Di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ini adalah peribahasa yang bermaksud baik buruk ibu bapa sedikit sebanyak turun kepada anaknya. Jadi, jika ibu bapa menunjukkan contoh yang baik di hadapan anak, maka anak tersebut akan ikut tingkah ibu bapanya.

Hanya dengan kata-kata sahaja tidak dapat mendidik anak dengan sempurna. Ibu bapa perlu menunjukkan contoh dengan perbuatan bukan dengan kata-kata. Sebelum mempunyai anak, ibu bapa perlu perbaiki diri untuk jadi ibu bapa yang baik.

Jadi, penting untuk tahu ilmu parenting yang bagus. Apakah ilmu-ilmu tersebut?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai ibu bapa wajib belajar ilmu parenting untuk didi anak. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.

7 Ilmu parenting, ibu bapa perlu tahu

ilmu parenting
Imej via taknak.myhealth

✔️ Ilmu didik Tauhidic Mindset pada anak

Masa anak berumur 7 tahun ke bawah sewaktu Critical Thinking nya belum terbentuk secara sempurnalah waktu terbaik untuk didik anak tentang Allah, Nabi, syurga neraka dan semua hal yang berkaitan agama.

Supaya apa yang kita ajar tu akan terus masuk ke dalam diri mereka dan menjadi pegangan hidup anak anak kita seumur hidup mereka. Anak seperti kain putih, kitalah yang mencorak kepercayaan ( belief system ) mereka.

✔️ Ilmu kawal emosi diri

Bagaimana nak didik anak kalau emosi kita sendiri kacau bilau. Anak anak mungkin boleh taat ketika kita menengking dan mendidik mereka dengan emosi yang tidak stabil tetapi mereka mentaati kita kerana FEAR, bukan kerana RESPECT.

Di situlah nanti juga akan timbulnya reaksi 3F pada anak kita yang ditekan dengan amarah kita. Fear, Flight ataupun Freeze. 3F ni boleh membantutkan perkembangan anak kita!

✔️ Ilmu kawal emosi anak

Ketika anak Tantrum meraung meraung di dalam Mall bagaimana cara untuk urus mereka? Ketika anak kita meltdown di tengah keramaian manusia, bagaimana untuk hadapi mereka?

Tanpa ilmu kawal emosi anak, kita mungkin akan menggunakan kekerasan dan tengkingan untuk mendiamkan mereka. Padahal cara itu mungkin meninggalkan trauma pada anak anak kita jika salah caranya.

✔️ Ilmu perkembangan anak

Kadang kadang kita terlalu mengejar skor peperiksaan anak padahal mungkin ianya tak realistik dengan perkembangan anak.

Kita taknak anak kita boleh dapat capai apa yang kita nak tetapi sebenarnya ia tak sesuai dengan fitrah perkembangan anak. Mungkin terlalu cepat atau terlalu lambat ke. Hanya dengan belajar fasa perkembangan anak kita la kita dapat tahu apa sebenarnya yang anak kita perlukan pada umur mereka sekarang.

✔️ Ilmu mendidik EQ anak

Mengikut kajian, penyumbang kejayaan anak anak kita banyak dipengaruhi oleh EQ sebenarnya dibandingkan IQ semata mata.

EQ ni adalah kecerdasan emosi. Anak yang cerdas emosinya akan mampu mempengaruhi, memujuk, bernegosiasai dan menguasai orang lain. Kebanyakan jutawan dan orang yang duduk di jawatan penting kerajaan ataupun swasta adalah orang yang hebat EQ nya. Bukan sekadar hebat IQ nya.


✔️ Ilmu mendidik adab anak

Zaman sekarang ni sangat ramai anak yang bijak tetapi kurang adab. Terutamanya adab bila bergaul dan berkomunikasi.

Mak ayah kena peka untuk didik ilmu adab pada anak ni sebab kita taknak anak kita hebat di pentas peperiksaan tetapi gagal di pentas kehidupan.

✔️ Dan banyak lagi

Sebab tu lah kita kena labur duit pada ilmu parenting ni demi masa depan anak anak. Pergilah cari seminar ke ebook ke buku ke atau kelas kelas parenting.

Kita labur pada emas dan rumah, kita akan dapat duit tetapi bila kita labur pada anak anak kita akan dapat kepuasan dan kebahagiaan yang sebenarnya yang takkan dapat dibeli oleh mana mana harta sekalipun!

*Hanya 7 ilmu ini sahaja yang perlu diketahui oleh ibu bapa. Ini adalah asas untuk jadi ibu bapa yang baik di mata anak-anak. Insyaallah, jika kita amalkan ilmu-ilmu ini, anak akan mengikutinya. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.