Majlis cukur jambul adalah salah satu sunnah. Ia adalah di mana rambut bayi perlu dicukur sehingga botak untuk membuang segala kotoran yang melekat di kepala bayi semasa dalam kandungan. Selepas rambut bayi dicukur bersih, barulah rambutnya dapat tumbuhbaru dengan lebih sihat.

Selepas rambut bayi dicukur habis, maka kulit bayi akan terdedah dan di situ kita akan lihat betapa lembutnya kulit kepala bayi. Namun, ada di kalangan bayi yang kulit kepalanya berkerak dan berkuping. Kenapa ia boleh terjadi di kepala bayi dan bagaimana untuk hilangkannya secara baik?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai tips untuk atasi anak yang kerap demam panas. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

Punca kepala bayi berkerak dan berkuping

punca dan cara hilangkan kerak di kepala bayi
Image via siraplimau

Kerak kepala ini muncul kerana pengeluaran minyak di bahagian kepalanya yang kemudian akan mengering dan mengelupas. Ada juga pendapat mengatakan bahawa hormon yang diterima bayi dari ibunya diakhiri kehamilan berlebihan sehingga mengakibatkan masalah tersebut.

Dalam minggu-minggu pertama bayi biasanya beberapa orang bayi mengalami pembentukan kerak di bahagian kepala bayi. Ia seakan serpihan kulit seperti kelemumur. Jangan anggap ia perkara yang remeh. Ini kerana jika kerak ini semakin banyak dan tebal akan semakin sukar menghilangkannya.

5 Perkara yang perlu dielakkan jika kepala bayi berkerak

1. Cuaca atau suhu yang panas di ruangan yang membuat bayi berkeringat.

2. Pemakaian topi bayi tempoh masa yang lama.

3. Meletakkan bedak di kepala bayi.

4. Jika kerak sangat tebal, jangan mencuci kepala bayi setiap hari kerana kepala bayi akan semakin kering.

5. Jangan memaksa mengelupas kerak dalam keadaan kering kerana akan membuat kepala bayi terluka.

Cara hilangkan kerak di kepala bayi

Berikut ialah langkah demi langkah menghilangkan kerak kepala bayi. Disarankan untuk melakukannya sebelum atau sewaktu memandikan bayi.

– Sediakan minyak kelapa, berus rambut bayi dan tuala kecil. – – Santan kelapa atau minyak zaitun juga boleh digunakan.

– Letak sedikit minyak pada tuala kecil dan gosokkan pada kulit kepala bayi.

– Lakukan gosokanlembutdi atas kepala bayi pada kawasan yang didapati mengandungi kerak kepala. Lakukan secara perlahan dan lembut untuk mengelak kulit kepala bayi luka atau melecet.

– Biarkan minyak itu meresap dalam tempoh minimum 15 minit sehingga 1 jam. Dalam tempoh itu biarkan bayi anda bermain dengan permainan kesukaannya.

– Selepas tempoh itu, gosok pada bahagian kerak kepala yang telah disapukan minyak tadi dengan menggunakan berus khas bayi. Buat gosokan secara bulatan berulang kali secara lembut. Hati-hati, kulit kepala bayi masih lembut.

– Setelah itu, basuh rambut bayi menggunakan air untuk mengeluarkan kerak kepala yang masih melekat pada rambut nipis bayi. Untuk lebih berkesan gunakan sedikit syampu atau sabun bayi dan tuala basah untuk mengeluarkan sisa-sisa kerak kepala bayi anda.

– Selepas kepala bayi dikeringkan, sapukan sedikit minyak kelapa atau minyak zaitun untuk melebatkan rambut bayi anda. Ia seakan menjadi minyak rambut bayi anda. Lakukan pembersihan lagi jika kerak masih ada keesokan harinya.

*Kerak dan kuping di kepala bayi mungkin tidak merbahaya, tetapi masih perlu dicuci dan dibersihkan. Jika tidak dibersihkan, ia akan mengakibatkan kegatalan dan kepala bayi akan berbau bau yang tidak menyenangkan. Jika rasa takut untuk bersihkan sendiri kepala bayi, pergi berjumpa doktor untuk merawatnya. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.