Siapa yang tidak kenal dengan ikon negara Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang merupakan angkawasan pertama negara kita. Beliau bukan sahaja berjaya dalam bidang kerjaya malah seorang bapa yang HEBAT kepada 4 orang cahayamata kini.

Jika anda mengikuti beliau di media sosial, pasti terinspirasi dengan cara didikan yang diamalkan beliau dan pasangan Dr. Harlina dalam memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka.

Ikuti perkongsian Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar tentang pengalaman beliau dalam mendidik anak-anaknya dan bagaimana beliau memberi rangsangan yang optimum kepada mereka.

1. Ucapkan ‘I Love You’ Kepada Anak Setiap Hari!

Ini adalah kata-kata keramat kunci dalam membina hubungan yang baik antara ibu bapa dan anak.

Puji..Cium..Peluk..

Lakukan ini☝☝☝setiap hari ya ibu ayah! Tunjukkan perasaan kasih dan sayang kita yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak.

Apabila kita penuhi tangki emosi anak dengan kata-kata yang positif, pasti mereka akan membesar dengan baik juga.

Imej via facebook

2. Isi Masa Anak Dengan Aktiviti Bermanfaat

Pastikan setiap minit anak-anak itu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kerana setiap minit itu mereka belajar!.

Anak-anak kecil belajar daripada persekitarannya. Banyakkan aktiviti yang merangsang perkembangan mereka seperti educational toys dan bermain muzik.

Imej via facebook

3. Pentingnya Fasa 6 Tahun Pertama (Golden Age)

Tidak perlu dinafikan lagi, kajian memang telah membuktikan akan kepentingan fasa 6 tahun pertama anak-anak.

Isi dan penuhi tahun-tahun pertama anak dengan pelbagai ilmu memandangkan fasa ini otak mereka berkembang dengan pesat dan pantas.

Setiap ilmu dan rangsangan yang diberikan akan mempunyai potensi yang tinggi untuk tersimpan dalam memori jangka panjang ( long term memory) otak anak-anak.

Imej via facebook

4. Beri Galakan Kepada Anak Untuk Capai Tahap Tertinggi

Push to the limit!

Inilah yang sering Dr. Muszaphar kongsikan di dalam media sosial terutamanya kepada anak sulungnya Bella. Beliau menggilap potensi anaknya hingga ke tahap tertinggi dan terbukti Bella sangat cemerlang dalam setiap bidang yang diceburi.

Beri galakan kepada anak-anak untuk mencapai ke tahap yang tertinggi dalam hidup mereka supaya mereka kental, tidak suka membuat alasan dan suka mencabar diri sendiri untuk berjaya.

Imej via facebook

5. Tegas Dengan Setiap Peraturan

Tegas dengan peraturan yang dibuat dan dalam masa yang sama penuhi dengan kasih sayang.

Displin itu kunci bagi setiap orang yang berjaya. Tegas juga perlu bertempat bukan sehingga ‘mencederakan emosi’ anak-anak. Mendidik dengan kasih sayang itu adalah TERBAIK!

6. Dedahkan Anak Dengan Pelbagai Aktiviti

Pelbagai aktiviti yang dilakukan Dr. Muszaphar dengan anak-anaknya seperti mendedahkan mereka kepada  sukan renang, berkuda dan seni pertahankan diri.

Pengalaman baru yang dirasai anak-anak akan membina ‘neuron pathways‘ yang baru ibarat highway dalam otak mereka. Semakin banyak ‘neuron pathways’ ini terbina, makin berkembanglah otak mereka.

Dato Sheikh Muszaphar

Imej via facebook

7. Rancang Rutin Anak

Menurut Dr. Muszaphar, kanak-kanak sukakan rutin. Rancang rutin dalam kehidupan mereka seperti kelas mengaji, kelas berenang, kelas musik dan sebagainya.

Jadikan aktiviti ini sebagai rutin seharian mereka dan jadual yang perlu diikuti. Rancang dengan baik dan mengikut tahap dan kemampuan anak-anak.

8. Amalkan Komunikasi Yang Berkesan

Pastikan mata kita sama aras dengan anak semasa berkomunikasi dengan mereka terutamanya apabila ingin menegur dan memberi nasihat. Cara ini akan membuatkan anak merasa diri mereka dihargai dan penting.

9. Berhenti Berkata ‘TIDAK’ Sebaliknya Gunakan ‘KENAPA’

JANGAN lari..

JANGAN panjat..

JANGAN conteng..

Memang terlalu banyak perkataan JANGAN yang kita sering gunakan terhadap anak.

Jika kita sering mengikut kursus-kursus keibubapaan, sering speaker akan mengingatkan bahawa tukarkan ayat JANGAN itu kepada yang lebih positif.

Lebih baik kita terangkan mengapa sesuatu perkara atau tingkahlaku itu tidak boleh dilakukan berbanding berkata JANGAN..JANGAN..JANGAN..

Hanya menegah tapi tidak memberikan penjelasan. Perkara inilah yang selalu kita terlepas pandang dalam mendidik anak-anak.

Marikan kita amalkan komunikasi berkesan dalam keluarga.

10. Mulakan Didikan Sejak Kecil

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pepatah ini memang sinonim dengan tips yang diberikan oleh angkawasan negara kita.

Nak ajar anak berdisplin?

Nak ajar anak menepati masa?

Nak ajar anak berdikari?

Nak ajar anak kerja rumah?

Nak ajar anak beradab sopan?

Semuanya kena bermula sejak dari awal agar amalan, tingkahlaku dan adab sopan dapat disemai sejak dari kecil dan proses dalam membesarkan anak lebih mudah kelak.

Imej via facebook

11. Persekitaran Rumah Yang Kondusif

Ini adalah tips yang penting. Sediakan ruang untuk anak yang dapat membantu dalam proses tumbesaran mereka. Contohnya, ruang membaca, ruang bermain dan ruang berkreativiti.

Sediakan juga kemudahan dan peralatan yang membantu dalam pembelajaran anak seperti buku-buku ilmiah, educational toys dan peralatan sukan.

Anak-anak akan menjadikan ruang rumah sebagai suatu tempat yang membolehkan mereka mempelajari pelbagai ilmu, bukan hanya terhad di sekolah sahaja.

Imej via facebook

12. Pelajari Pelbagai Bahasa

Tahukah anda, anak kecil boleh belajar bahasa sehingga 5 jenis bahasa yang berbeza? Wow!hebatkan?

Ayuh!dedahkan anak dengan pelbagai bahasa kerana memiliki potensi yang tinggi di usia kanak-kanak ini.

13. Kenali Tanda Tekanan Pada Anak

Ye betul! Mungkin apa yang kita rancang untuk anak dimata kita adalah terbaik. Namun, perkara itu adalah di luar kemahuan mereka atau tiada minat ke arah itu.

Sentiasa peka dengan emosi anak. Pastikan kita luangkan masa untuk berbual dengan mereka supaya mereka dapat luahkan apa yang dirasai.

Tiada guna mengejar kejayaan di dalam pelbagai bidang andai emosi anak kita abaikan. Jadi ibu bapa yang peka dan prihatin akan perubahan anak.

Raikan minat mereka agar sesi pembelajaran dan pembesaran anak-anak adalah dalam keadaan yang positif dan penuh kasih sayang.

14. Pendidikan Formal Bermula Pada Usia 6 Tahun

Tepat! Pendidikan formal bermula ketika anak sudah menganjak ke usia 6 dan 7 tahun. Namun, pembelajaran tentang kehidupan itu bermula sejak bayi lagi!

Jangan sangka bayi hanya terlentang, pandang dinding sahaja. Pelbagai rangsangan boleh diberikan kepada mereka untuk mereka belajar. Otak manusia berkembang dengan pesat ketika usia bayi.

Imej via facebook

Memang terinspirasi dengan perkongsian Dr. Sheikh Muszaphar ketika Seminar Super Parenting yang lepas. Terima kasih kepada followers yang telah berkongsi kembali isi kandungan ucapan Dr. Sheikh Muszaphar di media sosial. Ilmu itu sangat berharga. Semoga kita juga dapat menjadi ibu bapa hebat buat anak-anak kita supaya apabila dewasa mereka dapat memberi manfaat kepada ummah seperti angkawasan pertama negara kita ini 💖.

Sumber: Perkongsian Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar di laman facebook beliau.

Penulis: Faz

Merupakan graduan Psikologi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan sekarang memilih untuk menjadi surirumahtangga sepenuh masa demi keluarga. Seorang ibu yang sangat mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan kekeluargaan. Diharapkan dapat berkongsi ilmu seluas-luasnya dengan masyarakat melalui setiap penulisan yang ditulis. Klik sini untuk Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.