Pernah tak anda berjumpa dengan pasangan suami isteri, di mana isterinya nampak jauh lebih tua daripada suaminya walhal umur sebenar isteri adalah muda. Kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.

Ia adalah keadaan yang paling ditakuti oleh semua wanita. Semua wanita ingin kelihatan cantik dan kekal muda walau pun sudah berumur. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan petua awet muda yang tak memerlukan belanja yang mahal. Semua orang boleh amalkan.

Amalkan mandi sebelum subuh setiap hari

Tahukah anda bahawa amalan mandi sebelum subuh adalah sangat baik untuk kesihatan dan dalam masa yang sama membantu wajah untuk kekal awet muda walau pun sudah berusia.

Apa yang paling penting, anda perlu mandi dengan air sejuk. Jangan mengelat buka water heater. Pada awalnya mungkin anda akan berasa sejuk sehingga menggigil kerana tidak biasa mandi air sejuk dalam suhu awal pagi yang sejuk mencengkam. Namun lama kelamaan anda akan biasa. Malah tubuh badan akan berasa segar dan cergas selepas mandi.

awet muda
Sumber: Hijabista

Kurangkan gula

Kita adalah apa yang kita makan. Setiap makanan yang masuk ke dalam tubuh badan akan terserlah pada kulit muka dan wajah. Makanan tertentu seperti gula terutamanya akan menyebabkan kita kelihatan tua sebelum masanya. Tahukah anda bahawa jika anda tidak mengambil gula dalam masa 3 bulan, wajah anda akan kelihatan lebih muda daripada biasa.

Nak tahu lebih lanjut tentang petua kekal awet muda dengan menghentikan pengambilan gula dalam menu harian, anda boleh masuk group sokongan di media sosial seperti facebook. Di sana ada banyak perkongsian info dan testimoni mereka yang telah berjaya menjadi awet muda selepas mengamalkan gaya hidup bebas gula.

Hidup tanpa gula kedengaran seperti mustahil namun ianya bukanlah sesusah yang disangka. Anda boleh menggantikan gula putih yang telah diproses dengan pemanis lain yang lebih sihat seperti madu, stevia, dan gula perang yang lebih baik daripada gula putih.

Kalau pun anda tak mampu untuk hidup tanpa gula, anda boleh bermula dengan mengurangkan pengambilan gula dalam pemakanan setiap hari. Ia bukan sahaja akan menjadikan anda awet muda malah akan membantu anda mendapat tubuh badan yang langsing.

Amalkan makan peria katak

Peria katak rasanya pahit. Tak ramai yang suka makan sayur yang pahit ini. Namun tahukah anda bahawa peria katak yang pahit dan dibenci ramai itu sebenarnya adalah sayur yang sangat baik untuk mengekalkan anda awet muda.

Rozita Che Wan sendiri mengamalkan makan peria muda sebagai ulam sebagai salah satu amalan dalam rutin kecantikannya. Nak cantik macam Che Ta? Jomlah makan peria katak.

Anda boleh makan peria katak sebagai ulam untuk dimakan dengan nasi. Cicah sambal belacan, silap hari bulan mertua lalu kat belakang pun tak perasan. Kalau anda berani boleh juga buat jus peria katak yang dicampurkan dengan ulam-ulaman lain seperti pegaga, daun celeri, dan sebagainya. Nak tak kalau kami kongsikan satu petua untuk mengurangkan pahit peria?

Cara untuk mengurangkan pahit peria ialah dengan cara berikut:

  • Basuh peria sehingga bersih.
  • Bersihkan peria, buang bahagian tengahnya yang putih sehingga bersih. Potong kecil.
  • Rendam potongan peria tadi dalam air rendaman berisi garam.
  • Kandungan garam dalam air tersebut akan mengurangkan kepahitan peria.
  • Rendam sekurang-kurangnya setengah jam.
  • Semakin lama anda rendam, semakin kurang pahit peria yang dimakan.
awet muda
Sumber: Freemalaysiatoday

Amalkan bersenam setiap hari

Senaman adalah sangat penting untuk kesihatan. Ia bukan sahaja menjaga kesihatan jantung dan tubuh badan anda, malah bersenam juga akan membantu anda mengekalkan tubuh badan yang langsing dan cantik.

Bonus yang ramai tak sedar ialah senaman membantu seorang wanita untuk kekal awet muda. Apabila kita bersenam, tubuh badan kita akan berpeluh.

Peluh yang keluar semasa kita berpeluh akan mengeluarkan toksin dari tubuh badan. Toksin yang berlebihan akan meracun semula badan kita dan salah satu daripada kesan lebihan toksin dalam badan ialah wajah kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. Oleh itu, bersenamlah. Bukan sahaja kita akan kekal awet muda, malah tubuh badan akan kekal sihat dan langsing.

Sauna

Tak ramai yang tahu bahawa bersauna adalah salah satu petua awet muda yang paling berkesan dan mudah. Anda tak perlu buat apa-apa.

Cuma duduk dalam sauna sekurang-kurangnya 30 minit sambil scroll facebook atau menonton televisyen, sedar-sedar siap. Anda cuma duduk sahaja. Menarik ke tak?

Bagaimana bersauna membantu mengekalkan kita awet muda? Bersauna akan menyebabkan tubuh kita berpeluh. Peluh yang keluar adalah toksin jahat yang boleh menyebabkan wajah kita nampak lebih tua daripada usia sebenar.

Oleh itu bersauna adalah cara untuk detox yang terbaik kerana seluruh tubuh badan kita akan berpeluh. Bukan itu sahaja, amalan bersauna akan memberikan kita kulit yang halus di seluruh tubuh badan.

Bonus? Sauna juga akan membakara kalori dan lemak berlebihan yang ada dalam tubuh badan kita. Best kan bersauna? Nak kurus boleh. Nak awet muda pun dapat. Rugi kalau kita tak amalkan bersauna sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Itulah dia info tentang petua awet muda yang boleh anda amalkan kalau nak kelihatan muda remaja setiap masa walau pun dah berusia. Semoag bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, pastinya anda juga berminat untuk membaca perkongsian kami tentang kolagen terbaik kebaikan aloe vera, dan toner terbaik pilihan ramai.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.