Ketahui Tips Untuk Elak Anak Bergaduh Sesama Sendiri
Setiap anak mempunyai keistimewaannya tersendiri. Ada anak yang menunjukkan sikap matang pada usia yang muda, ada anak yang keras kepala, ada anak yang…

Ringkasan Ringkas
- Adik beradik bergaduh adalah perkara normal, ibu bapa perlu memberi nasihat secara konsisten.
- Elak menyalahkan anak yang memulakan pergaduh secara keterlaluan, sebaliknya bersikap adil.
- Kawal emosi dan kekalkan ketenangan ketika meleraikan pergaduhan supaya anak tidak menyimpan dendam.
- Cari punca sebenar pergaduhan kerana mungkin anak memerlukan perhatian dan kasih sayang.
- Jangan amalkan pilih kasih, layan semua anak dengan sama rata tanpa mengira jantina atau susunan kelahiran.
- Ibu bapa perlu menjadi contoh teladan yang baik dalam menyelesaikan masalah di hadapan anak-anak.
Setiap anak mempunyai keistimewaannya tersendiri. Ada anak yang menunjukkan sikap matang pada usia yang muda, ada anak yang keras kepala, ada anak yang terlalu sensitif dan ada anak yang manja memanjang. Kita tidak dapat jangka anak perangai seperti apa yang kita akan dapat. Kehadiran anak-anak dapat menceriakan suasana dalam keluarga kita. Pelbagai kerenah yang kita dapat lihat dalam diri mereka. Sikap mereka juga berlainan masing-masing. Semakin banyak anak semakin meriah suasana dalam keluarga. Lebih-lebih lagi ketika ingin menyambut perayaan seperti Hari Raya Puasa dan Hari Raya Korban. Ia sememangnya satu memori yang terindah. Tetapi ada satu masalah apabila anak ramai iaitu berlaku salah faham antara adik beradik dan mereka akan mula bergaduh. Ianya satu masalah yang tidak dapat dihindari lagi daripada masalah adik beradik. Apabila mereka mula bergaduh, ibu bapa lah yang perlu menyelesaikan pergaduhan tersebut sebelum ia menjadi masalah besar. Masalah ini dapat ditangani oleh ibu bapa. Bagaimana? Mari kami kongsikan info sebenar mengenai tips untuk elak anak bergaduh sesama sendiri . Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.

Imej via limaumadu.com
5 Tips untuk elak anak bergaduh
Tips 1 : Pertama sekali kena tahu ianya normal untuk adik beradik bergaduh ( sibling rivalry ) asalkan ianya tak keterlaluan. Jadi nasihatkan anak kita secara konsisten dan jangan putus asa. Ianya sebuah proses. Tips 2 : Jangan salahkan ( blaming ) anak kita yang mulakan pergaduhan secara keterlaluan. Bersederhana dan bersikap adil lah. Tips 3 : Jangan gunakan emosi yang keterlaluan ketika meleraikan pergaduhan. Kita sendiri kena tenang dahulu. Baru anak anak kita pun boleh ikut tenang dan tak menyimpan dendam Tips 4 : Jangan tengok secara permukaan sahaja. Cuba gali ataupun decode penyebab sebenar anak kita bergaduh. Mungkin mereka sedang dahagakan ‘connection & attention’ daripada kita Tips 5 : Jangan amalkan Favouritism. Jangan pilih pilih kasih tak kisah la anak kita lelaki ke perempuan ke. Sulung ke bongsu ke. Anak kita sama je. Semuanya ada perasaan. Layan mereka dengan seadilnya. Mereka pun punya hati dan jiwa sama seperti kita juga. *Ibu bapa perlu menunjukkan sikap dan sifat contoh yang baik di hadapan anak-anak. Jika berlaku pergaduhan antara anak-anak, cuba selesaikan dengan cara yang baik dan beri nasihat kepada mereka. ‘Air yang dicincang tidak akan putus’ peribahasa ini bermaksud gaduh macam mana pun adik beradik, akhir nanti mereka akan berbaik juga. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang. Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.