Nak cari tips kenal pasti susu tiruan?

Sebagai seorang ibu pastinya kita mempunyai niat dan keinginan untuk menyusukan anak dengan susu ibu sehingga anak berumur sekurang-kurangnya 2 tahun. Namun tak semua ibu mempunyai peluang untuk menyusukan anak seperti yang diidamkan.

Terdapat pelbagai halangan dalam menyusukan anak dan alternatif yang ada ialah dengan memberikan anak susu formula yang terbaik di pasaran. Walau pun kita tahu bahawa susu formula tidak sebaik susu ibu ciptaan Allah.

Terdapat pelbagai jenama susu formula di pasaran dan masing-masing menjanjikan pelbagai khasiat dan kebaikan. Ada yang harganya murah dan tak kurang juga yang mahal dengan harga ratusan ringgit satu tin yang tahan tak sampai sebulan. Terpulang kepada pilihan dan poket kita untuk membuat pilihan. Bagi anak yang alah kepada susu lembu, susu soya adalah alternatif terbaik.

tips kenali susu tiruan

Sumber: Siraplimau

Namun begitu, akhir-akhir ini kita digemparkan dengan berita bahawa terdapat susu tiruan yang dijual di Malaysia malah ia juga dijual di pasaraya besar memandangkan mereka tidak menyedari bahawa stok yang datang adalah tidak asli. Pastinya kita menjadi risau untuk membeli susu sedangkan stok susu di rumah semakin surut. Jom hadam tips kenal pasti susu tiruan yang boleh anda amalkan semasa membeli susu nanti.

1. Susu yang asli mempunyai bungkusan sedikit kembung. Manakala yang tiruan bungkusannya sedikit kempis

Sebaik sahaja anda buka kotak susu, perhatikan bungkusannya. Menurut pakar, susu asli mempunyai bungkusan yang sedikit kembung dan bulat kerana banyak angin dimasukkan ke dalam bungkusan bagi melindungi susu daripada menjadi terlalu padat. Sementara susu formula yang tiruan biasanya mempunyai bungkusan yang kempis dan tidak kembung. Ini kerana semasa aktiviti membungkus, mereka tidak memasukkan udara yang secukupnya mengikut SOP yang sepatutnya diikuti oleh kilang yang mengeluarkan susu asli.

"

2. Susu asli tiada garis lipatan di sisi bungkusan. Manakala susu tiruan mempunyai lipatan tajam di kedua-dua bahagian sisi bungkusan.

Selain memerhatikan sama ada bungkusan susu adalah kembung atau pun leper akibat kekurangan udara yang dimasukkan, satu lagi perkara yang perlu anda perhatikan ialah dengan melihat garis lipatan pada sisi bungkusan susu. Cuba perhatikan bungkusan yang anda beli. Jika ia adalah susu yang asli, tiada garis lipatan yang anda akan jumpa pada sisi bungkusan. Jika anda melihat adanya lipatan tajam atau garis lipatan pada kedua-dua sisi bungkusan, ini bermakna bahawa anda sudah terbeli susu tiruan.

3. Susu yang asli kelihatan ada lebihan udara dalam bungkusannya. Tetapi susu tiruan, kurang udara dan susunya mampat.

Seperti yang kami nyatakan di atas tadi, susu formula yang asli akan kelihatan kembung kerana ada banyak udara yang dimasukkan ke dalam bungkusan bagi mengelakkan susu daripada menjadi terlalu mampat dan padat. Sementara susu formula tiruan pula biasanya kempes dan susu formula akan menjadi sangat padat di dalam bungkusan.

tips kenali susu tiruan

Sumber: Pa&ma

Apa nak buat kalau anda terbeli susu formula tiruan?

Setakat ini Mead Johnson adalah satu-satunya syarikat yang bersikap telus dalam isu susu tiruan yang bermaharaja lela di pasaran Malaysia. Di antara susu yang dikeluarkan oleh syarikat ini ialah Enfalac dan Enfamama. Sekiranya anda tidak bernasib baik dan terbeli susu formula tidak asli dengan jenama keluaran syarikat ini, apa yang boleh anda lakukan ialah:

  1. Segera menghubungi Mead Johnson di 1-800-88-3585 untuk membuat aduan. Talian ini dibuka dari hari Isnin hingga Ahad dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam.
  2. Anda akan diberikan produk ganti yang dijamin asli dan tulen yang dikeluarkan oleh kilang mereka.
  3. Simpan susu tiruan yang anda beli untuk diserahkan kepada pihak Mead Johnson untuk tujuaan siasatan. Seeloknya simpan kotak, bungkusan dan resit pembelian untuk memudahkan kerja siasatan.

Apa yang paling penting, jangan sesekali beri anak anda susu yang dibeli jika anda berasa curiga bahawa ianya adalah susu yang tidak tulen. Ini kerana susu tiruan boleh menjejaskan kesihatan anak anda. Di antara kesan sampingan yang pernah dilaporkan oleh ibu yang telah memberikan susu tiruan kepada anak mereka adalah seperti berikut:

  • Alahan kepada kulit. Secara tiba-tiba kulit anak anda akan menjadi gatal, kelihatan kemerahan, atau dinaiki ruam.
  • Kembung perut. Susu tiruan akan membuatkan anak anda berasa sakit perut, kekembungan, malah menangis dengan teruk akibat kejang perut yang melampau. Oleh itu jika anda melihat anak anda kesakitan pada bahagian perut selepas membuka susu baru, sila periksa semula bungkusannya untuk memastikan sama ada susu yang anda beli adalah tulen atau tiruan.
  • Muntah-muntah. Anak yang terminum susu tiruan akan mengalami muntah yang teruk dan berlarutan. Anak anda akan munta selagi anda memberikannya susu tiruan tadi. Oleh itu, jika anak anda muntah teruk selepas anda membuka bungkusan susu baru, mungkin anda telah terbeli susu tiruan.
  • Cirit-birit. Satu lati kesan buruk susu tiruan ke atas anak ialah ia akan menyebabkan anak mengalami cirit-birit yang teruk. Cirit-birit akan menyebabkan anak kehilangan air dari badan dan jika tidak dirawat akan menyebabkan anak anda mengalami dehodtrasi. Malah dubur anak anda juga boleh melecet lalu menyebabkan kesakitan.

Itulah dia info tentang  tips kenal pasti susu tiruan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga  kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang cara sediakan tempat tidur bayi, tips turunkan demam kuning bayi, dan tips bayi cepat bercakap.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.