Di sekolah, murid-murid diajar untuk menghormati ibu bapa atau orang yang lebih tua. Begitu juga di rumah, ibu bapa mengajar anak-anak untuk menghormati dan menyayangi ibu bapa. Itu adalah perkara normal dan wajib bagi setiap orang untuk melakukannya.

Tetapi, kini kita lihat, ramai ibu bapa yang mengambil kesempatan dengan tidak menghormati keputusan anaknya sendiri. Setiap anak mempunyai keinginan dan impian tersendiri. Selain itu, ada juga ibu bapa yang tidak mengambil kisah tentang anaknya dan menyerahkan 100% kepada sekolah untuk mendidik anak-anak mereka.

Perlakuan ini boleh menyebabkan anak-anak kecewa dengan ibu bapanya. Seterusnya, mungkin akan menyimpan dendam kepada ibu bapanya sendiri. Selain daripada perlakuan di atas, terdapat beberapa punca yang menyebabkan anak-anak menyimpan dendam kepada ibu bapa. Apakah punca-puncanya?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 punca anak boleh berdendam dengan ibu bapa. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.

5 Punca anak boleh berdendam dengan ibu bapa

punca anak dendam dengan ibu bapa
Imej via Bidadari.my

1. Kita amalkan Neglectful Parenting

Neglectful ataupun Uninvolved Parenting ni adalah bila kita terlalu lepas tangan dalam mendidik anak anak- Mungkin kita terlalu sibuk sampai kita abaikan anak anak. Sibuk boleh tapi kena bayar balik defisit emosi dan perhatian anak anak. Kalau tak, anak kita mungkin berakhir menjadi pendendam, haus perhatian dan dahaga kasih sayang

2. Kita abaikan Basic Needs anak

Dalam Maslow’s Hierarchy of Needs keperluan paling diperlukan adalah makanan, minuman, tempat tinggal, tidur dan lain lain- Kalau yang ni tak setel, maka yang lain pun akan jadi haru biru. Bayangkan kalau ketua keluarga abaikan nafkah anak anak. Habis kucar kacir semuanya pada diri anak

3. Kita menduakan ayah atau ibunya

Ayah dan ibu kepada anak anak kita adalah simbol kehormatan dan simbol maruah anak anak- Jika kita menduakan ibu dan ayah kepada anak kita tanpa alasan yang Syarie, ianya seolah olah kita menghancurkan maruah dan kehormatan si anak. Akan berlaku Trust Issues yang sangat teruk jika tidak diselesaikan daripada awal.

4. Kita mengamalkan Favoritism

Favoritism berlaku kita selalu pilih kasih antara anak anak. Tanpa sedar Favoritism ni boleh berlaku bila kita hanya utamakan Eye Contact pada anak yang lebih kecil hingga abaikan kakak dan abangnya ataupun bila kita selalu puji anak tertentu sahaja sehingga anak yang lain terasa diabaikan- Ingat, Favoritism akan menyuburkan sifat saling dengki mendengki dalam diri adik beradik kalau tak ditangani dari awal!

5. Kita cederakan emosi anak secara keterlaluan

Mengikut kajian, bahagian otak yang aktif ketika Emotional Pain lebih kurang sama dengan bahagian yang aktif ketika Physical Pain. Ya, kesakitan yang disebabkan oleh kecederaan emosi kadangkala lebih menyakitkan daripada kesakitan pada tubuh badan dan ianya bertahan lebih lama.

*Berikut adalah punca-punca yang menyebabkan anak-anak boleh menyimpan dendam kepada ibu bapa. Ibu bapa perlu ingat bahawa setiap perlakuan yang dilakukan kepada anak-anak akan memberi kesan kepada mereka. Maka, ibu bapa perlu elakkan daripada membuat anak-anak rasa kurang kasih sayang. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.