Acara sukaneka kanak-kanak yang sering diadakan di sekolah-sekolah rendah amat menarik. Jarang sekali kita kita berasa bosan pada hari sukaneka. Paling best, semua murid-murid dikehendaki menyertai sukaneka sekolah dalam apa jua acara sukaneka yang disediakan.

acara sukaneka kanak-kanak
Imej via [fafa01]

Apakah jenis acara sukaneka kanak-kanak yang perlu diadakan di sekolah? Terdapat banyak jenis acara sukaneka yang boleh dilakukan dalam kalangan kanak-kanak. Jom lihat senarai acaa sukaneka kanak-kanak yang boleh anda lakukan di sekolah.

1. Bawa Bola Dengan sudu

Kanak-kanak akan bermain dengan berlari mengambil sudu dan bola plastik kecil yang disediakan. Kemudian, bola diletakkan di atas sudu dan kanak-kanak dikehendaki membawa sudu dengan mulut. Kumpulan mana yang sampai dahulu, dia dikira pemenang.

acara sukaneka kanak-kanak
Imej via [youtube]

2. Cari Gula-Gula Dalam Tepung

Acara sukaneka untuk kanak-kanak seterusnya adalah lari ke pinggan yang disediakan dan cari gula-gula dalam tepung. Gula-gula yang terbanyak dikumpul akan membuatkan kanak-kanak itu dikira sebagai pemenang. Namun, tangan dan baju pasti putih dengan tepung! Anda juga boleh lakukan sukan ini menggunakan mulut untuk mencari gula-gula.

acara sukaneka kanak-kanak
Imej via [komuniti merak]

3. Makan Laju

Kanak-kanak dikehendaki makan semua buah-buahan yang disediakan dengan cepat. Antara buah-buahan yang disediakan perlulah buah-buahan yang selamat dan mudah dibuka seperti anggur, pisang, apel dan lain lagi. Kumpulan kanak-kanak yang berjaya habiskan semua buah dalam masa yang ditetapkan dikira sebagai pemenang.

4. Lari Dalam Guni

Lari dalam guni juga adalah salah satu senarai acara sukaneka kanak-kanak yang mudah untuk anda adakan. Hanya perlukan guni sahaja. Mereka harus berlari dengan menyarung guni di kaki dan serahkan kepada ahli kumpulan yang lain pula.

acara sukaneka kanak-kanak
Imej via [youtube]

5. Kutip Kacang

Kanak-kanak dikehendaki kutip kacang yang bertaburan di satu taman atau di padang. Kanak-kanak yang berjaya kutip kacang dengan banyak akan dinobatkan sebagai pemenang. Menarik kan acara sukaneka kanak-kanak kali ini.

6. Rekacipta

Bahan-bahan yang disediakan adalah kotak besar, plastisin, surat khabar, ranting, daun dan banyak lagi barang-barang buangan. Semua bahan-bahan ini membolehkan kanak-kanak melakukan apa sahaja ciptaan atau DIY mengikut kreativiti mereka. Mereka boleh mencipta robot, dapur, kereta kecil, kipas angin atau apa-apa sahaja yang kreatif.

7. Penuhkan Air

Senarai acara sukaneka kanak-kanak yang satu ini sangat menarik. Span diberi kepada setiap kumpulan. Mereka akan masukkan span dalam baldi kemudian berlari ke depan untuk perah span dan masukkan air di dalam botol besar. Serahkan span kepada kawan, kawan akan lakukan hal yang sama. Air dalam botol yang paling banyak akan membuatkan kumpulan itu dikira sebagai pemenang.

acara sukaneka kanak-kanak
Imej via [Cikgu Share]

8. Fesyen Batik

Setiap kumpulan dibekalkan sehelai kain batik. Mereka dikehendaki melakukan fesyen dari kain batik, sama ada dijadikan tudung, kain dan lain-lain lagi pun tiada masalah. Setiap seorang akan menggayakannya. Jika salah seorang ahli kumpulan ketandusan idea, kumpulan dikira terkeluar dan kalah.

9. Jalan Pening

Kanak-kanak akan berlari setelah wisel dibunyikan. Mereka dikehendaki mengikut kon yang menghalang perjalanan mereka dengan berlari ke kiri kemudian ke kanan dan ke kiri semula untuk mengelak kon. Sesiapa yang sampai lebih awal dikira pemenang! Mudahkan?

10. Telur Busuk

5 Biji telur dibekalkan untuk 1 kumpulan. Seorang akan berada di garisan depan yang tidak berapa jauh, hanya selang beberapa tapak. Ahli yang lain akan membaling telur seorang demi seorang kepada penjaga telur. Dia akan sambut telur dengan kain yang dikembangkan untuk menangkap telur.

11. Kerusi muzik

Kerusi diletakkan secara memanjang. Kanak-kanak anda berpusing mengelilingi kerusi sepanjang muzik dibunyikan. Apabila muzik ditutup, kanak-kanak akan duduk di kerusi yang terdekat mereka. Salah seorang yang tak sempat mendapatkan kerusi akan terkeluar. Begitulah seterusnya, kerusi dikeluarkan satu lagi untuk mencari mangsa keluar seterusnya. Seorang yang tiggal adalah pemenang.

12. Pilihan Petani

Disediakan topi petani di bahagian hadapan dan memerlukan kanak-kanak melintas mengambil topi lalu memakainya. Kemudian mereka ke hadapan dan mendapatkan sayur yang disediakan. Sekiranya mereka mengambil bahan lain selain sayur seperti kurma atau air botol, mereka bukanlah pemenang. Hanya sayur sahaja yang diterima.

13. Anyam Ketupat

Daun ketupat atau kertas anyaman diberikan. Kanak-kanak dikehendaki menyanyam ketupat mengikut kretiviti masing-masing. Setiap kali wisel ditiup, tinggalkan bahan dan tukar tugas dengan kawan yang lain pula. Kawan akan sambung menyanyam selepas itu.

14. Mekap-Mekap

Seorang rakan menjadi model dengan duduk di kerusi yang disediakan. Kanak-kanak yang lain akan datang seorang demi seorang untuk mekap model tersebut. Akhir sekali, mekap paling cantik akan dikira sebagai pemenang.

15. Bowling Kampung

acara sukaneka kanak-kanak
Imej via [pisherorun2]

Tin-tin air yang kosong disusun tiga tingkat. Setiap kanak-kanak akan menggunakan bola untuk membaling tin tersebut seperti bermain boling. Acara sukaneka ini pasti menarik, meriah dan menghiburkan.

16. Tiup Belon

Setiap kanak-kanak akan meniup belon dan ikat. Acara sukaneka ini dilakukan secara bergilir-gilir dengan ahli kumpulan yang lain. Belon terbanyak dan terbesar akan memenangi sukaneka ini.

17. Gelung Getah

Senarai acara sukaneka kanak-kanak pasti akan membosankan jika tiada aktiviti yang melibatkan gelang getah. Kanak-kanak perlu berlari dengan menyarungkan gelang getah di pinggang, kemudian serahkan kepada kawan lain pula.

18. Kepala Seimbang

Letakkan botol air berisi sesuku air di atas kepala di perlahan-lahan berjalan menuju ke garisan penamat. Jika botol tidak jatuh, makan akan dikira sebagai pemenang.

19. Koleksi Barang

Wisel ditiup. Kanak-kanak akan menggunakan apa sahaja barang peribadi atau barang sekeliling mereka dan meletakkannya secara barisan. Barang-barang tersebut akan menjadi lebih panjang dengan adanya pelbagai barang. Barang kumpulan yang paling panjang akan jadi pemenang bagi acara sukaneka kanak-kanak ini.

20. Melukis Berjemaah

Kertas lukisan besar disediakan. Seorang demi seorang ahli kumpulan akan berlari dan berhenti di meja untuk melukis. Kemudian, mereka berpatah balik dan ahli kumpulan mereka pula menyambung lukisan tersebut. Lukisan yang cantik dan menjadi lukisan akan dikira sebagai pemenang.

acara sukaneka kanak-kanak
Imej via [instagram]

Itulah dia senarai acara sukaneka kanak-kanak boleh anda menarik dan boleh anda adakan untuk murid-murid anda. Pasti menyeronokkan! Jom baca Pusat Seni kraf Kanak-Kanak, Taman Permainan kanak-kanak dan Faedah Membaca kanak-kanak.

Rujukan:

  1. cikgushare
  2. raihanjalaludin
  3. slideshare

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.