Perancangan keluarga amat penting kerana ia ibarat merancang kewangan di masa hadapan. Kehadiran bayi sememangnya penyeri dalam keluarga dan kunci untuk sesebuah keluarga untuk bahagia. Tetapi mampukah anda untuk mengekalkan kestabilan kewangan jika anak terlalu ramai?

“Anak adalah punca rezeki kita”. Ya, memang benar anak adalah punca rezeki kita jika kita mampu untuk menyediakan makan, pakaian yang lengkap untuk mereka dan masa yang kita perlukan untuk bermain dan menjaga mereka dengan sendirinya. Jika gaji kita tidak cukup dan isteri tidak bekerja, kita perlu fikir-fikirkan untuk mempunyai anak yang ramai.

Selain itu, jarak umur anak juga penting dan ia salah satu dalam perancangan keluarga. Jika bersalin setahun sekali, ia tidak baik untuk kesihatan ibu dan anak kerana ada risiko-risikonya. Jarak yang terbaik adalah paling kurang 2 tahun. Apakah kesan kepada kepada bayi jika jarak terlalu dekat?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai jarak bersalin terbaik adalah 2 tahun dan kesan kepada bayi. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

jarak bersalin 2 tahun

Imej via thezuriat

Jarak bersalin 2 tahun dari tarikh bersalin

Jarak sebaik-baiknya ialah dua tahun daripada tarikh bersalin terdahulu. Misalnya jika ibu bersalin pada Ogos 2017, sebaik-baiknya boleh merancang untuk hamil lagi pada Ogos 2019.

Kesan kepada bayi

Bagi kandungan yang mempunyai kehamilan jarak kurang daripada 18 bulan, bayi berisiko untuk mengalami keadaan seperti berikut;

📍 Risiko kematian anak meningkat.

📍 Risiko saiz bayi lahir kecil (kurang daripada 2.5kg)

📍 Risiko kandungan kecil berbanding usia kandungan.

📍 Risiko lahir pramatang.

Setiap pasangan dinasihatkan untuk mengamalkan perancang keluarga untuk memastikan kehamilan dapat dijarakkan dengan lebih selamat dengan kaedah yang dipercayai berkesan.

Info tambahan : jenis kaedah perancang keluarga

Berikut, merupakan antara kaedah yang boleh digunakan. Pastikan anda memahami setiap kaedah dan risikonya sebelum membuat keputusan. Kaedah-kaedah pencegah kehamilan berikut ketika ibu masih menyusukan bayi:

📍 Kondom untuk lelaki atau wanita

📍 Pil mini

📍 Suntikan

📍 Implan

📍 Alat intrauterine (IUD)

*Ingat, perancangan keluarga amat penting. Suami isteri perlu merancang berapa orang anak yang hendak diperolehi dan perlu membuat tabung simpanan untuk kelengkapan anak. Jika gaji yang diperolehi cukup untuk menampung keluarga yang besar, maka ia tidak ada masalah tetapi pastikan jarak umur anak tidak terlalu dekat. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.