Ekzema. Hanya yang mengalami akan faham betapa sakitnya keadaan yang dialami. Lagi perit kalau penyakit kulit tersebut berlaku kepada seorang bayi. Susah sungguh hati ibu melihat kulit bayi yang kemerahan dan luka melecet. Lagi sayu hati melihat anak menangis kesakitan.

Dah macam-macam usaha anda lakukan namun ekzema pada bayi masih belum kurang, jauh sekali menunjukkan tanda untuk sembuh.

Berita baik untuk anda, kajian menunjukkkan bahawa 60% bayi eczema akan sembuh daripada penyakit tersebut dan akan menjalani kehidupan normal seperti anak lain semasa meningkat remaja sekiranya mereka mengamalkan gaya hidup yang bersih dan sihat serta mendapat penjagaan yang betul semasa kecil. Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda merawat eczema bayi anda dengan baik.

ubat eczema untuk bayi
Sumber: Babycenter

Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan tips menjaga bayi eczema serta ubat eczema untuk bayi yang terbaik dan berkesan berdasarkan pengalaman kami menjaga bayi yang mengalami eczema teruk. Semoga bermanfaat untuk anda.

Apa yang dimaksudkan eczema pada bayi?

Eczema adalah sejenis penyakit kulit di mana bayi anda akan mengalami keadaan kulit yang gatal, kemerahan, kering dan kadang kala melepuh, berair atau berkerak akibat keradangan pada kulit. Ia mungkin muncul dalam tompokan kecil atau besar pada mana-mana bahagian badan terutamanya pipi, tangan, dan kaki.

Apakah pencetus ekzema pada bayi?

Pasti anda nak sangat tahu, macam mana bayi anda boleh terkena eczema? Di mana silapnya? Apa puncanya? Untuk pengetahuan anda, di antara punca utama seseorang bayi boleh terkena eczema ialah:

  • Peluh
  • Udara kering
  • Hama rumah
  • Bulu haiwan
  • Debunga
  • Bakteria dan virus
  • Pemakanan ibu di mana ibu makan makanan yang boleh menyebabkan anak mengalami kegatalan seperti telur, gandum, susu lembu, soya, kekacang, makanan laut, dan lain-lain.

Apakah ubat terbaik untuk menghilangkan eczema?

Yang sebenarnya tiada ubat yang dapat menghilangkan eczema dengan cepat dan berkesan. Jika anda ke klinik untuk mendapatkan rawatan dari doktor, anda akan dibekalkan dengan ubat yang mengandungi steroid. Pengambilan ubat dengan steroid adalah selamat untuk bayi anda asalkan diambil dengan pengawasan doktor dengan dos dan kekerapan yang betul.

ubat eczema untuk bayi
Sumber: Herfamily

Walau bagaimana pun, cara terbaik untuk menghilangkan eczema ialah dengan cara:

  • Mandian Setiap Hari. Mandikan bayi anda dengan air sejuk setiap hari. Elakkan daripada menggunakan air panas atau air suam dan cuba pastikan tempoh mandian tidak lebih daripada 10 minit. Gunakan sabun dan syampu khas untuk kulit eczema. Elakkan menggunakan sabun, penggosok, loofah atau kain lap yang kasar. Jangan lap badan bayi anda dengam terlalu lama atau terlalu kuat. Gunakan tuala lembut untuk menepuk dan bukannya mengelap atau menggosok kulit untuk mengeringkan badan bayi anda. Ini adalah sangat penting untuk mengelakkan kulit bayi anda daripada menjadi kering atau rengsa.
  • Gunakan pelembap. Setiap kali selepas mandi, lembapkan kulit bayi anda untuk mencegah kerengsaan kulit dan dalam masa yang sama melembutkan dan menghilangkan gatal.
  • Mandikan dan bersihkan badan bayi anda dengan secepat mungkin sekiranya terdedah kepada situasi yang boleh menyebabkan eczema. Paling tidak, salin semua pakaian bayi anda dengan segera jika tidak dapat dimandikan.
  • Setiap kali selepas memandikan bayi anda, sapu badan bayi anda dengan bahan semulajadi seperti tea tree oil, calendula dan echinacea. Jika anda menggunaan tea tree oil, pastikan tea tree oil dicairkan terlebih dahulu sebelum digunakan.
  • Pastikan bahan sapuan yang anda sapukan kepada bayi adalah bersih dan tertutup rapat agar tidak kotor.
  • Semasa membersihkan rumah, amalkan mengelap permukaan dengan kain yang dibasahkan dengan clorox agar kuman dan bakteria yang ada akan mati dan tidak menjangkiti kulit bayi anda. Mengelap dengan kain basah juga akan mengelakkan habuk daripada berterbangan dan terkena kulit bayi anda.
  • Jika anda membersihkan rumah dengan menggunakan vacuum cleaner, pasti bahagian yang mengeluarkan udara panas ditutup dengan kain basah. Atau untuk kesan yang terbaik sila gunakan vacuum cleaner yang menggunakan air.
  • Jika bayi anda menyusu badan, elakkan daripada makan makanan yang boleh menyebabkan bayi anda kegatalan.

Bagaimanakah cara untuk mengurangkan kegatalan eczema bayi anda?

Selain menyapukan ubat yang diberikan oleh doktor, anda juga boleh membantu mengurangkan kegatalan dan kesakitan yang dialami oleh bayi anda dengan cara berikut:

  • Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman. Elakkan persekitaran yang panas dan menyebabkan bayi anda berpeluh. Peluh akan menyebabkan eczema bayi anda menjadi teruk.
  • Elakkan daripada memandikan bayi anda denga air panas atau air suam. Air sejuk adalah yang terbaik.
  • Elakkan memakaikan bayi anda dengan baju yang tebal atau berlapis-lapis yang akan menyebabkan bayi anda berpeluh.
  • Pakaian dari jenis kapas dan berkain nipis adalah yang terbaik untuk bayi anda.
  • Elakkan dari memakaikan bayi anda pakaian dari fabrik yang kasar kerana akan menyebabkan kulit bayi anda luka.
  • Jangan gunakan sabun mandi biasa apabila memandikan bayi anda. Sebaliknya gunakan sabun khas untuk eczema.
  • Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda setiap kali selepas mandi.

Itulah dia info tentang ubat eczema untuk bayi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang gripe water untuk bayi dan suhu normal bayi

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.