Tatkala anak-anak menjawab peperiksaan, ibu bapa boleh mengamalkan doa-doa yang bersesuaian sempena anak menduduki peperiksaan. Terdapat doa anak periksa yang mudah dibaca, dihafal dan difahami oleh anak dan ibu bapa.

Lebih afdhal lagi, jika doa ini sering diamalkan, anak akan mudah menduduki peperiksaan dan segala urusan dipermudahkan. Sememangnya menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk berdoa setiap kali peperiksaan anak akan berlangsung. Jom lihat doa anak periksa yang sesuai untuk ibu bapa dan anak.

1. Surah Insyirah

doa anak periksa
Imej via [Suara Media]

Surah Al- Insyirah sering kita dengari sejak kecil lagi. Ketika belajar membaca Al-Quran, surah ini pasti menjadi kewajipan untuk anak-anak menghafalnya. Dengan mengamalkan surah ini, anak akan mudah belajar, dilapangkan dada ketika menjawab soalan peperiksaan. Ibu bapa juga boleh membaca surah ini dan niatkan anak mudah menjawab peperiksaan.

2. Surah An-Nas

doa anak periksa
Imej via [Datos.me]

Surah An-Nas mempunyai khasiatnya yang tersendiri dalam mendapatkan keberkatan masa dan kejayaan dalam hidup. Sebagai ibu bapa, anda boleh amalkan surah ini dengan niat urusan peperiksaan anak dipermudahkan. Bacalah sekali dengan Surah Al-Ikhlas dan Al-Falaq.

3. Surah Al-Ikhlas

doa anak periksa
Imej via [islamituindah]

Surah paling mudah diingati ini boleh dibaca untuk anak periksa. Anak anda boleh membaca surah ini sebelum menjawab soalan peperiksaan. Dalam apa sahaja ujian, pasti akan tenang dan berjaya mengatasinya.

4. Surah Al-Falaq

Surah Al-Falaq wajar dibaca oleh ibu bapa dan anak yang ingin menduduki peperiksaan. Al-Falaq menghalang daripada berlakunya keburukan dan kerugian serta membantu anda daripada jalan kesesatan. Amalkan surah ini sebelum mula menjawab peperiksaan.

5. Surah Yasin

doa anak periksa
Imej via [SoundCloud]

Tahukah anda, Yasin adalah surah yang bakal memakbulkan segala hajat anda. Bacalah yasin dan niatkan supaya anak anda berjaya menjawab periksa dan dipermudahkan. Anda boleh amalkan pada pagi ketika anak anda sedang menjawab peperiksaan.

6. Doa Tambah Ilmu

doa anak periksa
Imej via [youtube]

Maksud Doa:

Dan katakanlah,‘Wahai Rabb-ku, tambahkanlah kepadaku ilmu.” (QS. Thaaha: 114)

Doa tambah ilmu boleh diamalkan walaupun ketika menduduki peperiksaan. Anak boleh bacakan doa ini untuk memohon pertolongan kepada Allah SWT semoga ditambahkan ilmu pengetahuan yang banyak dan dapat mengingati pelajaran.

7. Doa Mohon Kemudahan

doa anak periksa
Imej via [pkasih]

Maksud Doa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”

Doa mohon kemudahan untuk menyempurnakan urusan peperiksaan anak anda ini boleh diamalkan oleh anak dan ibu bapa. Baca pada bila-bila masa walaupun ditimpa kesusahan dan kesukaran.

8. Ayat Kursi

doa anak periksa
Imej via [masa-kini]

Ayat kursi adalah ayat yang hebat bagi orang-orang yang mengamalkannya. Ayat yang hebat ini memberi kemenangan kepada seluruh umat Islam yang benar-benar hayati dan mengamalkannya. Doa anak periksa ini boleh dibaca setiap kali ingin berdoa.

Maksud Ayat Kursi:

Allah. Tiada tuhan selain Dia Yang Hidup, Yang berdiri sendiri, Abadi. Tak pernah terlena, tak pernah tidur. Milik-Nyalah segala yang di langit, segala yang di bumi. Siapakah yang dapat memberi perantaraan di hadapan-Nya tanpa izin-Nya? Dia mengetahui segala yang di depan mereka dan segala yang di belakang mereka. Mereka tak akan mampu sedikit pun menguasai ilmu-Nya kecuali yang dikehendaki-Nya. Singgasana-Nya meliputi langit dan bumi. Tiada memberatkan Dia menjaga dan memelihara keduanya. Dia Mahatinggi, Mahaagung. (QS 2:255).

Lain-lain Doa Yang Boleh Diamalkan

doa anak periksa
Imej via [nasiloluyo]

Doa Anak Periksa #9

Rabbi adkhilni mudkhala shidqin wa akhrijni mukhraja shidqin waj’alli min ladunka sulthanan nashira. Wa qul ja’al haqqu wa zahaqal bathilu innal bathila kana zahuqa

Tuhanku, masukkanlah aku ke jalan masuk yang benar dan terhormat, dan keluarkanlah aku dari jalan keluar yang benar dan terhormat; dan berilah aku dari pihak-Mu kekuasaan yang dapat menolongku. (QS 17:81).

Doa Anak Periksa #10

Rabbi inni lima anzalta ilayya min khairin faqir

Tuhan, sungguh aku sangat mendambakan uluran kebaikan dari hadirat-Mu. (QS 28:24).

Doa Anak Periksa #11

Rabbana atina min ladunka rahmah wa hayyi’ lana min amrina rasyada

Ya Tuhan kami, anugerahilah kami rahmat dari hadirat-Mu, dan dalam perkara kami berikanlah kepada kami jalan yang benar. (QS 18:10).

doa anak periksa
Imej via [limaumanis]

Doa Anak Periksa #12

Ya Allah,

Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan SPM dan peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.

Doa Anak Periksa #13

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.

Doa Anak Periksa #14

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Doa Anak Periksa #15


Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

doa anak periksa
Imej via [Islampos]

Zikir Yang Boleh Diamalkan (Doa Periksa Anak)

  • Selawat Nabi (7 kali)
  • Subhanallah (44 kali)
  • Alhamdulillah (44 kali)
  • Allahuakhbar (44 kali)
  • Ya Hayyu Ha Qayyum (21 kali)

Itulah dia doa anak periksa dan zikir yang boleh diamalkan oleh anak dan ibu bapa. Semoga anak anda berjaya menduduki peperiksaan yang akan datang. Jemput baca Hadiah hari jadi anak perempuan, Punca dan kesan anak tak nak makan dan Petua tambah selera makan anak.

Rujukan:

  1. masa-kini
  2. fatehteam
  3. gpsbestari

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.