Banyak pilihan hadiah untuk anak lelaki yang bermanfaat dan pasti meninggalkan memori manis buat si cilik. Pasti ada yang buntu dalam memilih hadiah yang sesuai dan menarik untuk diberikan sewaktu hari jadi atau sekadar membuatkan mereka gembira.

Jangan risau, kami telah sediakan 30 idea hadiah untuk anak lelaki yang boleh anda pilih mengikut minat mereka, umur dan paling penting bersesuaian dengan bajet anda. Pautan pembelian di Shopee turut disediakan agar urusan anda lebih cepat. Jom tengok 30 senarai tersebut!

Lego

Kebanyakan kanak-kanak lelaki sehingga dewasa memang suka bermain Lego. Jika anda memberikan set Lego pasti mereka akan suka. Antara kelebihan bermain Lego adalah dapat melatih kemahiran berfikir, mengenal pelbagai bentuk, bilangan atau warna serta mengembangkan kreativiti membina Lego.

Dalam set Lego Classic, terdapat 1504 kepingan Lego dengan model yang menarik dan turut diberi panduan untuk membinanya. Seawal umur 4 tahun, anak-anak boleh membina model katak, kapal lanun, istana, gajah dan lain-lain.

Kereta Elektrik

Kereta elektrik mini ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 8 tahun. Jika anak anda berumur lima tahun dan ke atas, mereka boleh memandunya sendiri. Dilengkapi dengan ciri keselamatan, ibu bapa tidak perlu risau namun masih perlu berwaspada dengan situasi anak.

Nak kawal guna remote pun boleh. Hanya ambil 6 hingga 8 jam untuk cas ia boleh bertahan sehingga 2 jam. Terdapat tiga kelajuan dan setiap permulaan enjin akan bergerak perlahan. Sesuai untuk dua orang kanak-kanak dilengkapi dengan tali pinggang keselamatan.

Skuter Mini

Jika anda mencari hadiah untuk anak lelaki yang aktif dan lasak, apa kata anda berikan skuter mini. Pada waktu lapang, boleh bersiar-siar di kawasan rumah atau taman. Bermain skuter mini bagus untuk perkembangan koordinasi dan kesihatan si cilik.

Skuter ini mempunyai 3 roda dengan dilengkapi dengan lampu LED pasti dapat menarik perhatian anak-anak untuk bermain. Pemegang berbentuk T dan kunci keselamatan boleh dilaraskan mengikut ketinggian. Mudah di bawa kemana-mana sahaja kerana mudah dilipat.

Set Jentera / Trak

Sesuai untuk pembelajaran awal kanak-kanak, mereka dapat mengenal pelbagai jenis dan bentuk jentera awam yang berada di dunia. Pelbagai set jentera yang boleh dijadikan hadiah seperti set jentera bomba, askar, polis, kapal selam dan lain-lain.

Banyak blok sesuai untuk kanak-kanak terutama yang berumur 6 tahun ke bawah. Pilih set mengikut bajet dan minat anak-anak anda.

Buku Elektronik

Pembelajaran alaf baru, buku elektronik sudah pasti dapat menarik minat dan memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak kerana mempunyai ilustrasi dan pelbagai bunyi menarik. Buku digital mampu mengelakkan ketagihan kanak-kanak terhadap gajet.

Buku digital keluaran MommyHana antara yang sesuai dalam pembelajaran awal si kecil. Terdapat dua siri iaitu My First Book yang sesuai untuk kanak-kanak dari 6 bulan hingga 6 tahun dan My Islamik Book yang sesuai untuk 4 tahun hingga 12 tahun.

Kandungan setiap buku memang bermanfaat kerana mengandungi ilmu dunia dan ilmu agama. Setiap pembelian buku akan mendapat dummy pen, marker pen, bateri dan satu hadiah tambahan yang boleh dipilih.

Alat Tulis

Alat tulis merupakan hadiah untuk anak lelaki yang bermanfaat. Hadiah ini dapat dapat memupuk minat si cilik untuk melukis, menulis dan belajar. Pelbagai corak yang sesuai untuk kanak-kanak lelaki seperti spiderman dan Disney cars.

Pakej ini termasuk kotak pensil, warna magik, krayon, pensil warna, pengasah, pemadam, pembaris dan buku mewarna. Alat tulis ini membantu melatih kreativiti, kemahiran berfikir, memupuk minat dan lain-lain.

Meja Belajar LED

Meja belajar juga mampu menarik minat anak-anak untuk belajar lebih-lebih lagi yang bersifat digital dan mempunyai reka bentuk yang menarik.

Uniknya meja ini kerana mempunyai LED dengan 24 pilihan gambar yang terkandung dalam 3 kanta. Setiap kanta perlu dimasukkan ke dalam projektor dan paparan dengan pelbagai objek akan muncul pada meja.

Kanak-kanak bukan sahaja dapat belajar mengenal objek, malah mereka boleh melukis mengikut bentuk paparan di atas meja. Setiap pembelian akan mendapat meja LED, 3 kanta, 1 pemadam meja, buku melukis dan mewarna serta 12 batang warna magik.

Kereta Kawalan Jauh

Turut dikenali sebagai kereta control, memberi kereta ini kepada anak-anak mampu mengimbau kembali permainan suatu ketika dahulu. Permainan ini secara tidak langsung dapat mengembangkan fikiran kognitif, menerokai ilmu fizik dan meningkatkan perasaan ingin tahu terhadap mereka.

Dengan reka bentuk yang menarik, kereta ini mampu berputar 360 darjah. Sesuai untuk bermain atau perlumbaan dengan rakan yang lain. Kawalan jauh menggunakan remote sehingga 50 meter. Sesuai untuk kanak-kanak 6 tahun ke atas.

Kolam Mini

Kolam renang mini dengan 3 saiz berbeza pasti dapat memenuhi keperluan anak-anak untuk mandi kolam dengan riang. Keselamatan anak-anak lebih terjamin dan lebih puas mandi di kolam di rumah. Anak-anak juga boleh bebas mandi kolam tanpa had waktu.

Anda boleh pilih kolam yang mempunyai corak. Sesuai untuk kanak-kanak berumur 2 tahun dan ke atas, kanak-kanak boleh mandi, berenang dan bermain. Material kolam adalah mesra alam, mudah disimpan dan dibawa kemana-mana.

Puzzle

Sesuai untuk kanak-kanak 7 tahun dan ke atas, bermain puzzle dapat melatih kesabaran, meransang otak dan kemahiran berfikir kanak-kanak. Bukan itu sahaja, ianya bagus untuk daya menyelesaikan masalah.

Gambaran puzzle menarik, jelas dan terdapat pelbagai tema yang anda boleh pilih bersesuaian dengan minat kanak-kanak. Terdapat 1000 kepingan puzzle kecil yang boleh anda selesaikan bersama mereka.

Kasut

Jika ingin berikan hadiah untuk bayi dan kanak-kanak lelaki hingga 4 tahun, kasut adalah antara cadangan yang bermanfaat buat mereka. Berikan kasut yang berjenama agar lebih selesa dan tahan lama.

Kasut keluaran Puma seperti Puma Baby Smash V2 Animals adalah antara kasut yang mempunyai corak yang comel dan sesuai untuk kanak-kanak lelaki. Sockliner dalam kasut lembut dan akan membuatkan si kecil selesa memakainya.

Komik

Jika anak anda meminati animasi, wajarlah memberikan mereka komik sebagai hadiah. Membaca komik dapat menambah imaginasi, memberi nilai pengajaran, menambah kosa kata dan sebagainya.

Mungkin anda boleh berikan mereka koleksi komik Ejen Ali yang mempunyai 23 siri atau misi. Animasi dari Malaysia ini memang sangat terkenal di layar tv. Anak anda mungkin salah satu peminatnya pasti gembira jika menerima hadiah ini.

Baju

Hadiahkan si kecil sepasang baju pasti mereka suka lebih-lebih lagi dari anda. Sesekali belikan mereka baju berjenama pasti dapat menambat hati mereka.

Brand Anakku tidak asing lagi dalam pengeluaran barang-barang untuk kanak-kanak termasuk pakaian.  Set baju di atas sesuai untuk kanak-kanak lelaki berusia 3 hingga 24 bulan. Pakaian kasual ini sesuai ke mana-mana tempat dan selesa dipakai kerana diperbuat dari cotton.

Globe

Sekiranya anak anda baru memasuki alam persekolahan, hadiahkan mereka globe yang bersaiz 32cm pasti membuatkan mereka teruja untuk mengenal dan mempelajari tentang negara di dunia.

Globe bersaiz besar ini boleh diputar sehingga 360 darjah sesuai untuk kanak-kanak bermula 7 tahun dan ke atas. Globe juga membantu kanak-kanak untuk mengenal pasti kedudukan semua negara di dunia.

Botol Air

Walaupun kelihatan sebuah hadiah yang simple, siapa tahu pemberian ini menjadi yang bermakna dan membuat kanak-kanak sering minum dan bagus untuk mereka kekal hidrasi. Botol air ini mempunyai straw, penutup dan tempat pemegang yang kukuh.

Botol air di atas mempunyai 14 corak berbezak dan corak yang sesuai dengan kanak-kanak lelaki adalah Thomas, Tsum Tsum, Avengers dan Spiderman. Boleh memuatkan 500ml, botol ini sangat berkualiti dan senang untuk di basuh.

Snapback Cap

Hadiahkan snapback cap kepada kanak-kanak lelaki agar mereka nampak lebih bergaya di samping melindungi wajah dari panas yang terik. Dengan snapback bolehlah mereka memakainya sewaktu keluar bercuti, membeli barang atau sewaktu bersukan di taska.

Snapback jenama OEM ini sesuai untuk semua lapisan kanak-kanak. Terdapat dua pilihan warna dengan logo Superman. Kualiti sememangnya bagus dan berkualiti.

Trampoline

Trampoline sesuai dijadikan hadiah buat anak yang aktif, suka melompat atau memanjat. Banyak kebaikan melompat atas trampoline seperti meningkatkan keseimbangan badan, bagus untuk kesihatan jantung dan hilangkan tekanan.

Trampoline di atas mampu menampung berat sehingga 150KG. Terdapat ciri keselamatan yang baik sepertisafety pad, spring yang kukuh dan jaring yang melindungi anak-anak daripada jatuh. Permainan ini sesuai untuk kanak-kanak seawal dari tiga tahun.

Bag

Beg sekolah yang kelihatan simple ini pasti sesuai untuk kanak-kanak yang suka bergaya dengan macho. Sesuai untuk kanak-kanak yang ingin menjadikannya sebagai beg sekolah. Terdapat tiga pilihan warna dengan ruang penyimpanan yang banyak.

Set Gelongsor Mini

Sekiranya anda risau atau tiada masa untuk bawa anak-anak ke taman permainan, beli saja set gelongsor mini tiga dalam satu untuk mereka. Puas dan boleh bermain pada bila-bila masa. Keselamatan si kecil juga terjamin.

Permainan yang ada seperti gelongsor, buaian dan jaring bola keranjang. Paling penting, dilengkapi dengan ciri keselamatan dan material setiap permainan juga selamat. Sesuai untuk bayi sehingga kanak-kanak berumur 5 tahun.

Set Miniatur Dinasour

Lazimnya kanak-kanak lelaki lebih menyukai miniatur dinasour berbanding kanak-kanak perempuan yang menyukai anak patung. Hadiahkan set miniatur dinasour kepada anak lelaki pasti mereka suka. Secara tidak langsung, mereka boleh mempelajari jenis haiwan prasejarah ini.

Miniatur ini diperbuat daripada plastik ABS yang bukan toksik. Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 12 tahun. Set miniatur dinasour mengandungi 46 miniatur dengan pelbagai saiz, jenis dan bentuk. Anda juga boleh mendapat bekas mainan secara percuma.

Pistol Mainan

Anak-anak suka menonton cerita aksi? Pistol mainan pasti menambah ‘feel’ buat mereka bermain bersama rakan atau keluarga. Sesuai juga untuk anak-anak yang bercita-cita ingin menjadi polis. Boleh memupuk atau mendedahkan mereka dengan kerjaya ini.

Mempunyai ciri keselamatan yang baik untuk kanak-kanak kerana peluru diperbuat daripada EVA yang ringan dan lembut dan dilontarkan sejauh 39 kaki sahaja. Permainan ini dicadangkan untuk kanak-kanak berumur 7 tahun dan ke atas.

Set Bola Sepak dan Bola Keranjang

Jika anda mencari permainan untuk kanak-kanak lelaki sambil yang boleh mencungkil atau mengasah bakat mereka, set bola sepak dan bola keranjang adalah pilihan terbaik. Bukan itu sahaja, malah permainan ini menjadikan kanak-kanak aktif bersukan dan sihat tubuh badan.

Pakej termasuk 1 bola sepak, 1 bola keranjang, 1 jaring bola sepak dan satu jaring bola keranjang. Anak-anak boleh bermain pada bila-bila masa dengan riang dan tanpa batasan waktu.

Foosball

Foosball adalah bola sepak meja yang dimainkan menggunakan tangan. Permainan ini lazimnya dimainkan oleh dua orang. Keluarga juga boleh turut bermain permainan ini bersama anak-anak pada waktu lapang.

Terdapat dua saiz yang boleh anda pilih yang dibekalkan bersama 2 biji bola. Permainan ini dapat membentuk perkembangan anak-anak.

Jam Tangan Digital

Walaupun ianya jam digital yang canggih, namun harga memang bersesuaian dengan kualiti dan bawah RM 50 sahaja. Anak-anak pasti kelihatan bergaya dan kacak jika memakai jam digital ini.

Paling penting, jam digital kanak-kanak mempunyai pelbagai ciri menarik seperti boleh dimasukkan simkad, boleh membuat panggilan, ambil gambar dan sebagainya. Bukan itu sahaja, terdapat beberapa permainan untuk kanak-kanak yang membolehkan mereka turut belajar.

Hot Wheels

Kanak-kanak lelaki pasti suka bermain dan mengumpul koleksi hotwheels. Jika dari kecil mempunyai minat atau hobi ini, pasti sampai ke dewasa mereka akan meneruskan hobi unik ini.

Apa kata anda berikan set hot wheels edisi stunt garage untuk peringkat yang pasti menarik minat mereka untuk bermain. Terdapat empat laluan bertingkat dengan 1 hot wheels disediakan dalam pakej, anak-anak boleh bermain dengan aksi atau debaran yang lebih tinggi.

Tabung

Pupuk amalan menabung dari kecil agar kanak-kanak belajar untuk berjimat serta menyimpan wang untuk masa hadapan. Berikan tabung yang mempunyai reka bentuk dan corak menarik agar mereka lebih berminat untuk menabung.

Uniknya tabung di atas, ia mempunyai musik dan latar suara. Paling menarik, terdapat kata kunci pada tabung ini jika anda ingin mengeluarkan wang yang telah disimpan. Ruang penyimpanan juga luas dengan anggaran 500 syiling atau 200 helai wang kertas.

Mainan Blok

Melihat bapa sibuk bertukang, pasti ada anak-anak yang turut ingin bertukang sehingga meniru aksi yang dilakukan. Dengan teknologi kini, drill mainan blok dicipta khas yang mirip dengan perkakas bertukang iaitu hand drill dan skrew.

Hanya dalam satu kotak boleh memuatkan 1 hand drill dengan 276 kepingan pelbagai bentuk bersama skrew. Anak-anak boleh membina pelbagai model 2D dan 3D mengikut panduan yang disertakan.

Sejadah Digital

Sejadah digital sebagai hadiah untuk kanak-kanak adalah hadiah berguna dan sangat bermanfaat buat kanak-kanak terutama yang baru belajar untuk solat. Dengan suara atau audio yang jelas dan mudah diikuti, kanak-kanak akan mudah memahami dan menghafal.

Terdapat bacaan dari awal hingga akhir solat, bacaan surah lazim, doa, cara berwudhuk dan sebagainya hanya dalam satu produk. Diperbuat daripada kain baldu, ianya sangat selesa untuk kanak-kanak. Sejadah ini berfungsi menggunakan bateri.

Pipe Line

Pipe line juga antara permainan untuk kanak-kanak yang menarik. Permainan ini mampu meningkatkan imaginasi dan kreativiti, meningkatkan kemahiran berfikir, meningkatkan koordinasi tangan dan mata serta sebagainya.

Pelbagai bentuk pipe dan roda yang berwarna-warni disediakan dan anak-anak cuma perlu menyambungkannya mengikut bentuk yang diingini. Panduan juga disediakan agar si kecil mudah untuk mencipta model dari pipe ini.

Tablet Huawei Matepad T10s

Jika anda mempunyai bajet yang lebih, apa kata anda berikan anak-anak sebuah tablet. Jangan risau, tablet Huawei Matepad T10s sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana mempunyai beberapa ciri menarik dan bagus untuk mereka.

Kapasiti storan sebanyak 64GB, resolusi kamera adalah 5MP. Sangat ringan untuk di bawa. Tetapan TUV Rheinland dapat melindungi mata anak-anak daripada terdedah dengan cahaya biru dari paparan skrin yang berbahaya. Ibu bapa juga boleh mengawal tempoh penggunaan tablet anak-anak serta memantau aplikasi yang dibuka menerusi App Management.

Hadiah untuk anak lelaki ini bukan sekadar permainan atau hadiah, malah ia memberi 1001 makna dan ada yang memberi manfaat terutama terhadap perkembangan kanak-kanak. Tunggu apa lagi? Jom beli untuk si cilik!

Jom baca artikel kami yang lain seperti:

Pandangan dan pendapat di atas bukan pendapat Bidadari. Ia adalah perkongsian dan pendapat penulis.

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.