Mencari tempat menarik di Cameron Highland?
Tanan tinggi Cameron atau Cameron Highland terkenal dengan ladang teh dan kebun strawberi. Siapa yang tidak kenal dengan Teh BOH yang dijual di setiap kedai dan pasaaraya di Malaysia. Selain itu, terdapat juga tarikan yang lain di sini. Berikut senarai lokasi menarik boleh dilawati:
Oleh itu, jika mahu udara sejuk dan segar, pengalaman memetik buah, dan jauh dari bandar bolehlah datang ke Cameron Highland. Ia sesuai untuk beristirehat dan cuti seketika bagi melepaskan lelah selepas lama bekerja keras.
Kaki ootd dan penggemar bunga memang wajib datang ke Cameron Highland Flora Park. Taman bunga yang besar ini terdiri daripada beberapa zon iaitu Golden Maple Bridge, Flora Hills, Sakura Garden, Stairway to Infinity, Petunia Garden dan sebagainya.
Jarak dari Pasar Kea Farm mengambil masa 6 minit berjalan kaki sahaja. Walaupun ditutup pada pukul 7.00 petang, namun panggilan akhir untuk masuk adalah 5.30 petang. Pastikan kamera dan telefon bimbit anda mempunyai banyak baki memori agar anda boleh bergambar dengan puas.
Jika datang bersama pasangan, apa kata tempah bersama pakej picnic bernilai RM 288 sahaja. Melalui pakej ini, anda dapat berkelah dikelilingi ribuan bunga sakura dan lengkap dengan sandwich, buah-buahan, goodies dan pemanis mulut yang lain. Memang berbaloi dengan pakej yang sangat romantis selama 2 jam ini.
Alamat: Lot191, Kea Farm, 39010 Brinchang, Pahang
Waktu operasi: Isnin-Ahad (9.30 am – 7.00 pm)
Harga tiket: Dewasa (RM 50) | Kanak-kanak (RM 10) | Kanak-kanak bawah 3 tahun (Percuma)
Nak ootd dengan latar dan vibe di Eropah? Datang saja ke Cameron Centrum Mall yang terletak di Brinchang. Kami cadangkan anda untuk datang pada waktu malam kerana suasananya lebih meriah dengan lampu berkelipan serta pelbagai permainan untuk kanak-kanak.
Dah jemu bergambar dengan latar bunga, ladang teh dan ladang strawberi? Jom bergambar di sini dengan latar yang memukau. Yang penting, tiada sebarang bayaran dikenakan. Tempat menarik di Cameron Highland ini sesuai untuk seisi keluarga untu duduk bersantai.
Di sini juga terdapat banyak restoran dengan makanan yang sedap serta kedai runcit. Dalam satu tempat, banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di sini.
Alamat: F9WQ+2R, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang
Satu lagi tempat menarik di Cameron Highland yang baru dan best adalah Agro Market yang mula dibuka pada April 2023. Walaupun bayaran tiket dikenakan sebanyak RM 25 untuk dewasa, namun sangat berbaloi kerana pelbagai tarikan yang ada di sini.
Agro Market terbahagi kepada dua kawasan iaitu ruang luar dan ruang dalaman. Ruang dalaman lebih kepada port ootd manakala ruang luar ruang membeli-belah. Antara yang menarik di ruang dalaman adalah Flora Garden, Mini Zoo, Little Santorini dan lain-lain.
Ramai yang mengatakan membeli-belah di sini lebih murah dan berbaloi dari tempat membeli-belah di Cameron Highland yang lain. Nak tahu berbaloi atau tak, jom datang ke sini!
Alamat: PT 3440, Jalan Brinchang, Sungai Burung, Brinchang, Cameron Highlands
Waktu operasi: Dalam (8.30 am – 5.00 pm) | Ruang luar (9.00 am-11.00 pm)
Harga tiket: Dewasa (RM 25) | Kanak-kanak (RM 10)
Kebanyakan pengunjung memang tidak akan melepaskan peluang untuk ke pasar malam ini walaupun sesak. Banyak makanan viral dijual dan antara yang perlu anda cuba adalah jagung cheese, aiskrim berasap, bebola ubi, keledek rebus dan nasi goreng viral.
Bukan makanan sahaja dijual, malah bunga, buah-buahan turut dijual dengan harga yang berpatutan. Jika tidak mahu bersesak, tempah sahaja hotel atau homestay di Golden Hills dan anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke pasar malam.
Pasar malam ini dibuka pada Jumaat dan Sabtu bermula dari 4.00 petang hingga 11.00 malam. Walaubagaimanapun, pasar malam ini dibuka setiap hari sepanjang waktu sekolah. Jangan lupa masukkan ke dalam senarai tempat menarik di Cameron Highland yang wajib dikunjungi.
Alamat: 12, Jalan Golden Hills 1, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang
Terletak di Kea Farm, Zoomania juga tempat popular di Cameron Highland untuk melihat pelbagai jenis haiwan jinak secara dekat dan anda berpeluang untuk memegangnya
Anak-anak pasti suka melihat dan bermain bersama rama-rama, kambing, arnab, kanggaru dan sebagainya. Selain bergambar, anda juga berpeluang untuk memberi makan pada haiwan tersebut.
Alamat: Zoomania De Butterfly Farm, UT/KF/0-5, Brinchang, 39100 Brinchang, Pahang
Waktu operasi: Setiap hari (9.00 am – 6.30 pm)
Harga tiket: Dewasa (RM 10) | Kanak-kanak (RM 5)
Bagi pecinta kucing, jangan lepaskan peluang untuk bersama kucing-kucing comel di Cat House yang terletak di Brinchang. Terdapat lebih 30 ekor kucing yang ada. Di sini anda boleh membelai, memberi makan, memeluk dan bergambar. Makanan kucing dijual dengan harga RM 1 sahaja.
Alamat: Jalan Aranda Nova, Greencow, 39100 Brinchang, Pahang
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 am-6.30 pm)
Harga tiket: Dewasa (RM 12) | Kanak-kanak (RM 8)
Jika bercuti di Tanah Tinggi Cameron, tak sah jika tidak memasukkan ladang teh sebagai tempat menarik di Cameron Highland yang perlu dikunjungi. Terdapat 3 ladang teh milik BOH Plantation di Cameron Highland iaitu di Sungai Palas, Ringlet, dan Habu. 3 galeri disediakan untuk pelawat selain kafe bagi pelawat menikmati teh segar dengan pemandangan indah ladang teh.
Harga Tiket: Percuma
Alamat: Sungai Palas, Cameron Highland
Waktu Operasi: 9am-430pm (Selasa-Ahad)
Ladang Teh Bharat atau Cameron Valley pula dibuka oleh seorang pendatang India. Ia turut menyediakan teh citarasa Sri Lanka dan India seperti teh rempah masala dan pelaga.
Harga Tiket: RM2
Alamat: 15-16 Main Road, Tanah Rata, 39000 Cameron Highland
Waktu Operasi: 830am-6pm setiap hari
Aktiviti paling menarik di ladang strawberi ialah memetik strawberi dan makan buah strawberi segar terus dari ladangnya. Bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa pun teruja. Selain strawberi, ada sayuran atau bunga di kebun mereka.
Kafe pula menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman berasaskan strawberi. Selepas semua aktiviti, bolehlah membeli cenderamata sebagai kenangan atau hadiah dari Cameron Highland. Ada banyak kebun strawberry di Cameron Highland. Ini antaranya:
Bulan Jun dan Disember adalah waktu memetik anggur. Pastikan ia dalam diari rancangan percutian anda.
Alamat: Thams Grape Farm (Ringlet), K.C Kwang & Sons Grape & Tomato Farm (Tanah Rata), Agro Technology Park MARDI (Tanah Rata).
Waktu Operasi: 8am-6pm
Pelbagai jenis kaktus terdapat di ladang ini. Semuanya dijual dengan harga yang murah. Selain kaktus, ada bunga dan strawberi juga. Turut disediakan ialah restoran dan kedai cenderamata. Dua ladang kaktus terkenal ialah Cactus Valley dan Cactus Point.
Harga tiket: Percuma
Alamat: Brinchang
Waktu Operasi: 8am-6pm setiap hari.
Ladang lebah di Cameron Highland mengeluarkan madu untuk pameran dan jualan kepada pengunjung. Ladang-ladang ini turut digabungkan dengan aktiviti memetik strawberi, pasar sayuran, kedai cenderamata dan aktiviti untuk kanak-kanak.
Harga Tiket: Percuma
Alamat: Highlands Apiary Farm, (Ringlet), Ee Feng Gu Bee Farm (Brinchang), dan Cameron Tringkap Bee Farm (Tringkap).
Kea Farm pula adalah ladang rama-rama. Ada dua bahagian di ladang ini di mana bahagian pertama dipenuhi rama-rama yang terbang bebas di dalam ruang khas. Manakala yang kedua ialah ruang untuk serangga, cicak, ular dan mamalia dipertontonkan kepada pengunjung. Jangan lupa singgah ke tempat menarik di Cameron Highland ini!
Harga Tiket: RM5 (dewasa), RM2 (kanak-kanak)
Alamat: Brinchang
Waktu Operasi: 8pm-530pm
Tarikan yang berbeza daripada sebelumnya. Cameron Adventurous sesuai untuk mereka yang lasak dan mahukan kelainan. Menaiki 4×4 Safari, ATV Safari, dan ATV Extreme. Di mana? Di ladang teh!
Harga: 4×4 Safari – RM10 (dewasa), RM5 (kanak-kanak)
ATV Safari – RM45 (sendiri), RM60 (berdua)
ATV Extreme – RM60 (sendiri)
Alamat: Kuala Terla
Waktu Operasi: 9am-6pm (Khamis-Selasa)
Jika mahukan cabaran lebih, cuba mendaki Gunung Brinchang untuk melihat Hutan Berlumut yang memukau. Khabarnya ia kurang popular kerana laluannya agak sukar. Tapi, bagi yang lasak, ia bukanlah alasan kerana kepuasan menjadi keutamaan.
Harga: Percuma
Alamat: Jalan Sultan Abu Bakar, Brinchang, 39000 Tanah Rata
Avant Chocolate telah menanam strawberi dan menghasilkan cokelat terbaik sejak tahun 1995. Tamannya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Green Garden View dan Strawberry Moment Desert. Green Garden View adalah taman warna-warni yang menjadi tempat tanaman pelbagai jenis pokok seperti strawberi dan lavender.
Di sini juga terdapat ruang Make A Wish di mana pengunjung menulis dan meletakkan hajat mereka di dalam botol kecil yang comel, menyerupai konsep padlock di Korea. Walaupun begitu, sebagai umat Islam, kita perlulah meletakkan hajat hanya kepada Allah SWT.
Strawberry Moment Desert pula dipenuhi makanan berasaskan strawberi dan coklat seperti puff, aiskrim, coklat, dan makanan kering yang dipekkan.
Alamat: 11, Taman Matahari Cerah, Kampung Raja, 39010 Cameron Highland
Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 7pm)
Ia dikatakan muzium 5D yang terbesar di Malaysia dan yang pertama di Camerin Highland. Kunjungan keluarga dan rakan-rakan akan menyeronokkan di sini kerana anda boleh bermain dengan imaginasi anda di sini.
Lukisan atau mural yang terdapat di dinding seolah-olah membawa anda kepada dunia fantasi penuh keajaiban. Jadi, ia amat digemari mereka yang mahukan rakaman kenangan yang lain dari yang lain.
Alamat: Kea Farm Vegetable Market, Kea Garden, 39100 Kea farm, Cameron Highland
Waktu Operasi: Setiap hari (8am – 6pm)
Harga Tiket: RM25 (dewasa), RM20 (kanak-kanak)
Fragrance Nursery merupakan antara pengeluar bunga utama di Malaysia. Ia mengedar bunga di Malaysia dan juga ke negara-negara jiran seperti Singapura dan Thailand. Oleh itu, ada pelbagai jenis bunga dalam jumlah yang besar boleh ditemui di sini.
Lebih menarik, mereka turut menjadi pengeluar strawberi dan anggur! Pengunjung yang datang ke sini pasti rambang mata melihat bunga dalam pasu yang mana untuk dipilih dan dibeli bagi menghiasi kediaman.
Sebelum pulang, singgahlah di kedai cenderamata untuk mendapatkan tanda kenangan.
Alamat: Bt 41, Jalan Kea Farm, Brinchang, 39100 Cameron Highland
Waktu Operasi: Setiap hari (8am – 6pm)
Taman Agrotek MARDI pada asalnya merupakan stesen kajian British yang dibuka pada tahun 1926 sebelum diserahkan kepada MARDI. Ia menempatkan kira-kira 40 jenis bunga ros, 10 jenis strawberi, 100 jenis buah-buahan sitrus, 4 jenis epal, enam anthurium, dan beberapa pokok pear serta pisang kaki.
Taman berkeluasan 42 hektar ini dibahagikan kepada 6 bahagian iaitu Taman Inggeris, Taman Herba, Taman Orkid, Taman Ros, Pusat Kajian, dan Pusat Maklumat. Selepas melihat taman-taman yang cantik, cuba berjalan-jalan di dalam hutan melalui laluan yang disediakan.
Selepas itu, tamatkan ia dengan menjamu selera di kafe.
Alamat: JKR 266, Jln Persiaran Endah, 39000 Tanah Rata, Cameron Highland
Waktu Operasi: Isnin – Khamis (8am – 1245pm, 2pm – 5pm), Jumaat (8am – 1230pm, 230pm – 5pm), Sabtu – Ahad (8am – 5pm), Dibuka semasa cuti sekolah dan cuti umum kecuali Aidilfitri dan Aidiladha
Harga Tiket: RM5 (dewasa), RM3 (kanak-kanak)
Lokasinya menarik iaitu di atas bukit dengan teres 10 tingkat. Ia juga dihiasi batu hiasan, pagar dan anak-anak tangga. Taman yang pada asalnya merupakan ladang sayur-sayuran ini, kini menjadi tempat tanaman lebih daripada 100 jenis bunga mawar termasuk yang berwarna hijau dan hitam.
Rose Center membantu menambah maklumat kepada pengunjung dengan menyediakan muzium berkaitan ros, selain kedai untuk menjual hasil ladang serta cenderamata. Ramai mengesyorkan ia menjadi antara lokasi wajib dikunjungi kerana pemandangannya yang mendamaikan selain amat sesuai buat mereka yang mencintai bunga-bungaan.
Alamat: P.O Box 3, Pejabat Pos Brinchang, 39100 Cameron Highland
Waktu Operasi: Setiap hari (8am – 6pm)
Harga Tiket: RM5 (dewasa), RM2 (kanak-kanak)
Ia turut dikenali dengan nama Green Cow. Pasar Kea ialah pasar sayur-sayuran yang terletak di puncak di antara Tringkap dan Brinchang. Nama pasar ini bukanlah asing di kalangan penduduk tempatan.
Jadi, ia memang selalu dikunjungi ramai terutama semasa cuti hujung minggu. Sayurnya segar dan kebanyakannya lebih murah daripada tempat lain. Di sini juga pengunjung boleh membeli bunga-bungaan sama ada yang dijual bertangkai atau dalam pasu.
Pengunjung terutamanya yang datang dari luar Cameron Highland turut menjadikan tempat ini bagi membeli cenderamata dan tanda kenangan seperti rantai kunci.
Alamat: 3km utara Brinchang atau 3km sebelum Brinchang
Green View Garden mempunyai beberapa bahagian di dalamnya. Pertama, kebun strawberi dan hidroponik. Ia menempatkan lebih daripada 20,000 pokok strawberi. Melihat sayur-sayuran yang ditanam secara hidroponik pula menambah selera perut yang lapar.
Kedua, ungu dari kebun lavender tidak pernah mengecewakan pengunjung. Di situ juga ada bunga-bunga lain yang berwarna-warni.
Ketiga, haiwan-haiwan peliharaan comel seperti burung nuri dan ikan koi bertujuan mendidik kanak-kanak mengenali haiwan.
Keempat, kafe dan kedai disediakan khas untuk pengunjung menikmati hidangan dan membeli produk berasaskan tanaman yang ada.
Alamat: 11, Taman Matahari Cerah, Kampung Raja, 39010 Cameron Highland
Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 630pm)
Anda pasti pernah mengunjungi muzium 3D yang terdapat di Melaka, Port Dickson, Pulau Pinang atau Langkawi. Apa yang anda ditemui di Muzium 3D di Cameron Highland ini serupa dengannya.
Bezanya adalah lukisan atau mural yang ditemui berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain. Jadi, kalau anda peminat muzium-muzium seperti itu, dijemput untuk mengunjungi tempat ini.
Siapa tahu anda boleh menyimpan koleksi gambar dari Muzium 3D yang ada di seluruh Malaysia!
Alamat: The Square, Jalan Aranda Nova, Green Cow, 39100 Cameron Highland
Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 10pm)
Harga Tiket: RM18 (dewasa)
Tempat menarik yang seterusnya ialah The Sheep Sanctuary. Tempat ini merupakan salah satu tarikan pengunjung apabila datang ke Cameron. Hal ini kerana, anda tidak perlu ke luar negara untuk melihat sheep yang begitu comel dan menarik, hanya datang ke cameron sahaja.Untuk masuk ke ladang ini tiada caj yang dikenakan, anda boleh bermain dengan biri-biri dan sekali gus mengambil gambar bersama mereka.
Alamat: Kea Farm, Brinchang, 39100 Brinchang, Pahang
Ini adalah tempat paling sesuai untuk anda membeli pokok-pokok kaktus dalam pasu yang pelbagai saiz. Ada banyak pilihan untuk peminat kaktus. Jika anda bukan peminat kaktus, anda boleh memilih pokok-pokok dalam pasu yang lain yang juga ada dijual di sini.
Mereka turut menjual pasu bunga dari pelbagai bentuk dan saiz. Jumlahnya memang banyak. Selain itu, sayur-sayuran dan strawberi pun ada dijual di sini. Usah bimbang mengenai tempat meletak kereta.
Ini kerana mereka ada ruang meletak kereta yang luas, sesuai dengan fungsi mereka sebagai tempat jualan.
Alamat: 39100 Brinchang, Cameron Highland
Waktu Operasi: Setiap hari (8am – 6pm)
Harga Tiket: PERCUMA
Lawatan ke Cactus Valley tidak akan mengecewakan. Ia antara lokasi tarikan pelancongan yang terbesar yang ada di Cameron Highland. Tapi, ia bukanlah khusus untuk kaktus sahaja. Mereka juga ada pelbagai jenis sayur-sayuran, strawberi dan bunga-bungaan yang lain seperti lili, fuchsia, camellia, bird of paradise.
Sebagaimana ladang yang lain, Cactus Valley menyediakan ruang khas untuk pembelian tanaman mereka.
Alamat: Pekan Lama, 39100 Brinchang, Cameron Highland
Waktu Operasi: Setiap hari (8am – 6pm)
Harga Tiket: RM4 (dewasa), RM2 (kanak-kanak)
Blue Valley Flowers merupakan tapak semaian pokok-pokok dalam pasu dan bunga-bungaan. Mereka juga banyak menanam pokok strawberi. Pemiliknya turut membela burung-burung peliharaan yang comel dan menjualnya kepada pengunjung. Penduduk sekitar mengenali Blue Valley Flowers sebagai tempat yang menanam sayur-sayuran menggunakan kaedah hidroponik.
Alamat: Kampung Raja, berhampiran Tringkap
Ia terletak di puncak Gunung Brinchang iaitu pada ketinggian 2000 meter dari paras laut. Tapi anda tidak perlu berjalan kaki mendaki setinggi itu untuk ke sini. Ini kerana puncak Gunung Brinchang mempunyai jalan bertar yang sesuai untuk kenderaan ringan.
Menara tinjau ini diperbuat daripada besi keluli dengan ketinggian 30 meter. Dari atas menara tinjau, anda dapat menyaksikan keindahan pemandangan Cameron Highland meliputi ladang-ladang, Gunung Irau dan pekan-pekan kecilnya sampai ke Perak.
Alamat: Gunung Brinchang
Walaupun ia disebut sebagai taman lavender, tapi kawasan untuk bunga Lavender di sini tidaklah besar. Taman ini menggabungkan pokok bunga lavender dengan bunga-bungaan lain. Hiasan taman ini juga berwarna-warni dengan peti-peti surat, gerbang, dan Volkswagen.
Sebagaimana beberapa taman lain yang terdapat di Cameron Highland, Taman Lavender juga mempunyai kebun strawberinya sendiri di mana pengunjung boleh memetik buah strawberi yang ada. Selain itu, mereka menanam sayur-sayuran dengan kaedah hidroponik. Hasilnya turut dijual kepada para pelanggan.
Di penghujung lawatan, ada kafe dan kedai cenderamata untuk mengisi perut dan membeli barangan kenangan. Jangan lupa cuba aiskrim lavender mereka sebelum pulang.
Alamat: Lot UT/KT/K22 Tringkap, 39100 Cameron Highlands
Harga Tiket: RM5 seorang
Ini tarikan yang berbeza di Cameron Highland kerana Cameron Highland biasanya dikenali dengan ladang teh dan strawberinya. Tapi, jika anda berminat dengan aktiviti jungle trekking dan berehat atau mandi-manda di air terjun, ini adalah tempatnya.
H.C Robinson iaitu Pengarah Muzium Negeri diberi penghargaan dengan namanya diletakkan pada air terjun ini. Air Terjun Robinson merupakan satu daripada tiga air terjun terkemuka di Cameron Highland.
Alamat: Tanah Rata, 39000 Cameron Highland
Lokasinya bukanlah tepat di Cameron Highland. Namun, ia diingati setiap kali nama Cameron Highland disebut kerana lokasinya yang terletak dalam perjalanan ke Cameron Highland dari Tapah iaitu kira-kira 25km sebelum Ringlet.
Air terjun ini amat terkenal sehingga ia selalu mendapat kunjungan ramai pelancong terutama semasa hujung minggu. Air terjun bertingkat dan batu-batan yang ada di sini menjadikan ia lokasi yang digemari pengunjung untuk merakamkan gambar.
Sepanjang jalan juga ada banyak kedai dan gerai, memudahkan pengunjung mendapatkan snek semasa berkelah.
Alamat: 25km dari Ringlet
Ladang lebah merupakan tarikan yang boleh dikatakan baharu di Cameron Highland. Ladang ini mengeluarkan madu ratu lebah (royal jelly) dan debunga (pollen) selain madu biasa. Kerana tanah tinggi Cameron Highland ini dikenali sebagai ladang teh, sebahagian Taman Madu Lebah ini juga ditanam dengan teh.
Anda boleh mendapatkan produk madu lebah, membeli cenderamata di kedai cenderamata, dan membiarkan anak-anak bermain di taman permainan mereka.
Alamat: 75, Batu 43, Green Cow, 39100 Kea Farm, Brinchang, Cameron Highland
Waktu Operasi: Setiap hari (8am – 7pm)
Harga Tiket: PERCUMA
Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang kewujudan muzium ini kerana Cameron Highland lebih dikenali dengan tehnya. Sebenarnya, Muzium Time Tunnel sudah wujud lebih 10 tahun di tanah tinggi ini.
Muzium ini dibuka oleh En See Kok San yang mahu mempamerkan koleksinya kepada umum. Koleksinya akan mengimbas kenangan lalu datuk dan nenek, manakala orang muda pula teruja kerana kebanyakan barangan ini tidak lagi dihasilkan pada zaman ini.
Alamat: UT/MR/F-255, Jalan Sungai Burong, 39100 Brinchang (bersebelahan dengan Ladang Strawberi Kok Lim)
Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 6pm)
Harga Tiket: RM6 (dewasa), RM4 (kanak-kanak)
Taman peribadi ini akan memukau sesiapa sahaja yang mengunjunginya. Rumah pemiliknya, Encik Tan Chin Pa adalah sebuah rumah tudor yang kelihatan comel dikelilingi pohon-pohon hijau. Encik Tan melakukan kajian ke atas tumbuhan dan menanam beratus-ratus jenis Anthurium di tamannya.
Nama Camellia pada taman ini adalah bersempena bunga Camellia yang ditanam di taman ini. Bunga ini bukan sahaja cantik tetapi ia juga mempunyai nilai perubatan yang bagus untuk kesihatan. Selain itu, Tan’s Camellia Garden turut memiliki tanaman herba yang lain. Semua ini ada ditanam di dalam pasu dan boleh dibeli oleh pengunjung.
Alamat: 39000 Tanah Rata, Cameron Highland
Tempat menarik yang seterusnya di Cameron Highlands ialah Taman Pertabalan Tanah Rata. Tempat ini sering menjadi lokasi tumpuan pelancong sekiranya datang bercuti ke Cameron. Anda boleh mengambil gambar bersama kawan mahupun keluarga untuk dijadikan sebagai kenangan yang terindah dalam kehidupan. Selain daripada itu, disediakan juga taman permainan untuk anak-anak bermain dengan riang sekali.
Alamat: Taman Pertabalan Tanah Rata, 12, 59, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang
Tempat menarik yang seterusnya ialah Nova Higlands Resort& Residence. Apabila datang bercuti di cameron anda harus menginap di sini kerana menawarkan tempat penginapan yang begitu cantik dan menarik sekali untuk anda semua. Demikian itu, ia menawarkan pilihan bilik tidur yang banyak seperti suite, deluxe ataupun penthouse. Hotel ini terletak berdekatan dengan beberapa destinasi pelancongan di Cameron Highland yang popular yang boleh anda sekeluarga berjalan berkaki sahaja seperti ke Orchid & Rose Garden, Taman Rama-Rama Cameron Highlands, Ee Feng Gu Bee Farm & juga Q&R Garden. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.
Akhir sekali, tempat menarik di Cameron Highland ialah Arked Peladang Cameron Highlands. Mereka yang merupakan peminat bunga, anda boleh datang ke sini melihat pelbagai jenis bunga yang menarik dan cantik sekali. Pasti anda akan menjadi rambang mata untuk memilih jenis bunga untuk dibawa pulang ke rumah.
Selain itu, memandangkan pokok-pokok bunga di sini bercampur-campur susunannya, maka bermacam-macam aroma yang menyegarkan boleh anda bau sehingga tidak dapat membezakan bau apa yang sedang menusuk rongga hidung. Lokasi Arked Peladang Cameron Highlands ini hanyalah di tepi jalan besar & mempunyai ruangan parkir kereta berkotak yang agak luas berbanding kebanyakan destinasi lain.
Bagaimana dengan senarai tempat menarik di Cameron Highland yang dikongsikan? Anda teruja?Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat yang lain untuk dilawati.