Tidak perlu tunggu hari ibu, hari bapa atau hari jadi sahaja untuk memberi hadiah kepada ibu bapa. Anda boleh berikan hadiah untuk ibu dan ayah pada bila-bila masa. Selain menggembirakan hati mereka, mereka akan berasa begitu dihargai.
Apakah hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada ibu dan ayah? Jika difikirkan, terdapat banyak hadiah yang sesuai dan pasti ibu ayah sukakan. Ia bergantung kepada minat mereka juga selain dari kemahuan mereka. Jom lihat 20 hadiah untuk ibu dan ayah yang boleh anda berikan.
Telekung boleh diberi kepada ibu dan kopiah untuk ayah. Hadiah untuk ibu dan ayah ini adalah pemberian yang ringkas tetapi amat bermakna. Mereka akan memakainya setiap kali solat dan anda juga memperoleh pahala.
Hadiahkan rantai emas kepada ibu dan cincin lelaki kepada ayah. Mereka pasti gembira menerima hadiah daripada anda. Ia juga sebagai penghargaan atas penat lelah mereka bekerja membesarkan anda.
Belikan set pakaian untuk ibu dan ayah anda. Set pakaian yang lengkap seperti baju, seluar, kasut pastinya membuatkan mereka tersenyum. Sekurang-kurangnya ada lagi orang yang shopping untuk mereka.
Hanya dengan kek sahaja, mereka pasti teruja akan hadiah untuk ibu dan ayah yang anda dapatkan. Luangkan masa makan bersama-sama dengan mereka. Pastikan kek anda tak penuh krim semata-mata, kebanyakan ibu bapa kurang gemar krim kek yang banyak.
Berilah hamper kepada mereka, hamper yang besar akan mengejutkan ibu dan ayah anda. Walaupun hamper berisi pelbagai makanan, ia merupakan hadiah terbaik untuk ibu dan ayah.
Ibu pasti sukakan bunga hidup, dia akan simpan dan jaga bunga tersebut dengan baik. Apa kata anda hadiahkan ibu sejambak bunga yang cantik. Buatlah suprise delivery, pasti dia terkejut.
Terdapat banyak jenis mesin urut yang boleh anda hadiahkan kepada ibu dan ayah. Mesin urut khas untuk kaki sahaja atau mesin urut badan, semuanya bergantung kepada bajet anda.
Set barang mandian amat sesuai untuk ibu dan ayah. Hadiah ini adalah barang keperluan yang mungkin lama diidam-idamkan oleh ibu bapa anda tetapi tetap tidak dibeli sebelum ini. Inilah masanya untuk anda hadiahkan set barang mandian kepada mereka.
Minyak wangi atau perfume yang bersesuaian untuk ibu dan ayah adalah hadiah terbaik dan romantis. Wangiannya juga pasti menggembirakan mereka. Mereka boleh memakainya ke mana sahaja yang mereka suka.
Hadiah untuk ibu dan ayah yang boleh anda berikan adalah barangan rumah seperti set pinggan mangkuk, frame gambar, hiasan rumah, perabot, katil baru dan lain-lain lagi. Ibu Ayah pasti tersenyum riang melihat hadiah daripada anda ini.
Selain hadiah fizikal, anda boleh memberikan hadiah perkhidmatan buat ibu dan ayah. Contohnya, anda boleh membawa mereka ke spa untuk membuat rambut, rawatan muka dan lain-lain lagi.
Sekali sekala, jom bawa ibu dan ayah menonton wayang. Menonton wayang cerita kegemaran mereka atau movie yang best-best pasti akan membuatkan mereka terhibur. Apa salahnya kan?
Hadiah untuk ibu dan ayah yang ramai tak terfikir adalah Set Quran Digital. Mereka boleh mengaji dan belajar Al-Quran menggunakan quran digital ini. Amat menyeronokkan dan mengujakan.
Wang tunai juga merupakan hadiah untuk ibu dan ayah yang terbaik diberikan. Selama ini pun anda berikan duit, kali ini anda berikan duit yang lebih banyak. Contohnya, duit bulanan diberikan adalah RM200, untuk hadiah kali ini, berikan seorang RM500 sebagai hadiah.
Alat senaman di rumah membolehkan ibu dan ayah anda bersukan dan bersenam secara berterusan di rumah. Ia bagus untuk kesihatan mereka. Nak beli, tetapi mahal dan tak mampu. Oleh itu, hadiahkanlah kepada ibu dan ayah anda!
Berikan hadiah tiket percutian di dalam Malaysia untuk kedua ibu bapa anda sebagai hadiah. Bolehlah mereka bercuti berdua sekaligus sebagai hadiah anniversary mereka sebagai suami isteri.
Anda boleh jadikan motosikal sebagai hadiah untuk ibu dan ayah juga. Mereka akan menggunakan motosikal tersebut untuk ke mana sahaja dan ronda-ronda petang. Ayah pasti gembira dapat motosikal baru yang lebih sedap dibonceng.
Hadiah untuk ibu dan ayah yang boleh anda berikan juga adalah penapis air serta penapis udara. Ia amat sesuai dan perlu ada dirumah demi menjaga kesihatan ibu dan ayah anda. Buatlah perubahan pada rumah anda dengan lebih baik.
Barangan elektrik seperti mesin basuh, pembuat kopi, pembakar roti, oven dan lain-lain lagi sebenarnya menjadi kesukaan ibu anda. Mereka amat suka barang-barang baru dan barang yang belum pernah mereka miliki. Ia amat sesuai dijadikan hadiah untuk ibu dan ayah!
Sponsorlah ibu dan ayah anda untuk menunaikan umrah atau haji di Mekah. Biayai segala perbelanjaan mereka dan hantar mereka ke sana untuk melakukan umrah. Ia adalah impian untuk semua ibu bapa yang dipendam rapi. Buatlah kejutan hadiah ini untuk mereka!
Begitulah hadiah untuk ibu dan ayah yang menarik dan boleh anda berikan. Pasti tak kering gusi ibu dan ayah anda tersenyum. Jom baca Cara pikat hati mertua, Peranan ibu bapa, cabaran ibu tunggal dan Cara hilangkan sedu bayi.