Terpapar di dada akhbar dan media sosial akan kisah-kisah pembuangan bayi yang kian berlaku tanpa noktahnya. Setelah dikaji oleh beberapa pihak, kes pembuangan bayi realiti kini berlaku bukan sahaja melibatkan mereka yang sudah cukup umur, tetapi turut melibatkan para remaja di bawah umur.

Punca pembuangan bayi yang berleluasa di negara ini telah dikenalpasti. Bagaikan tidak percaya, dengan kesilapan kecil ibu bapa dan masyarakat, pastinya pembuangan bayi masih lagi berlaku sehingga kini. Untuk mengatasi gejala pembuangan bayi, jom lihat punca pembuangan bayi yang berleluasa di negara ini.

punca pembuangan bayi
Imej via [sinarharian]

1. Kurang Didikan Agama

Didikan agama sangat penting dalam membentuk peribadi seseorang. Oleh itu, ia juga mempengaruhi setiap perbuatan anak-anak sepanjang hari. Kurang didikan agama menyebabkan mereka akan melakukan apa sahaja dan tidak berlandaskan agama. Ia adalah salah satu punca pembuangan bayi berleluasa dari dahulu lagi.

2. Kurang Kasih Sayang Keluarga

Kasih sayang keluarga sangat penting dalam membentuk anak-anak yang pandai menjaga maruah diri dan keluarga. Tanpa kasih sayang keluarga, kemungkinan anak akan terabai dan membuat hal masing-masing. Hal-hal yang negatif akan menyebabkan mereka terpesong melakukan zina sehingga terjadinya punca pembuangan bayi.

3. Kurang Perhatian Keluarga

Sekiranya anak dibimbing dan mendapat perhatian penuh daripada keluarga, pastinya mereka tidak berasa sunyi dan tidak terjebak dengan segala masalah gejala sosial. Selalunya, mereka yang mendambakan perhatian, mencari cinta dan terlanjur adalah disebabkan kurang perhatian daripada keluarga. Ia juga merupakan punca pembuangan bayi yang amat berleluasa kini.

punca pembuangan bayi
Imej via [okezone]

4. Kurang Pendidikan Akademik

Statistik menunjukkan punca pembuangan bayi yang terbesar adalah datang dari remaja yang tidak bersekolah terutamanya yang menetap di kawasan pedalaman. Kurang pendidikan akademik adalah punca pembuangan bayi, tetapi ia boleh dielakkan sekiranya remaja berkenaan mendapat pendidikan agama yang sempurna.

5. Tiada Pendirian Diri Dan Tidak Berfikir Kesan

Para remaja yang tidak ada pendirian diri tidak memikirkan kesan sekiranya mereka melakukan sesuatu perkara. Seks bebas juga adalah perkara yang menjadi punca pembuangan bayi, tetapi semuanya bermula dari para remaja sendiri. Pendirian yang kuat dan sering memikirkan kesannya akan menjadi penghalang mereka melakukan perkara yang tidak diingini.

punca pembuangan bayi
Imej via [kisahteladannco]

6. Pengaruh Gejala Sosial Dan Teknologi

Teknologi seperti telefon bimbit dan internet adalah pengaruh besar kepada para remaja serta menjadi punca pembuangan bayi yang berleluasa. Remaja sering melayari internet dan melihat perkara berfaedah menyebabkan mereka terikut-ikut apa yang dilihat. Remaja juga tidak teragak-agak lagi untuk mencari rakan berlainan jantina di luar sana.

7. Pengaruh Rakan Sebaya

Punca pembuangan bayi juga adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya. Jangan terkejut, kes pembuangan bayi juga berlaku di sekolah. Sudah semestinya kes ini melibatkan pelajar sekolah. Punca pembuangan bayi ini salah satunya adalah dengan siapa kita berkawan dan bergaul. Kalau tersalah pilih kawan, buruk padahnya.

8. Tidak Menjaga Diri Dan Gaya Pakaian

Menjaga diri dengan cara berpakaian sopan dan menutup aurat adalah salah satu cara yang dapat menghalang pembuangan bayi berlaku. Punca pembuangan bayi akibat tidak menjaga diri menyebabkan berlakunya kes jenayah seperti kes rogol dan akhirnya melahirkan bayi, seterusnya pembuangan bayi.

punca pembuangan bayi
Imej via [jayaberkata]

9. Pergaulan Bebas

Awas, jika tidak menjaga batas pergaulan dan mengamalkan pergaulan bebas, gejala sosial boleh berlaku dalam kalangan anak anda. Punca pembuangan bayi akibat pergaulan bebas dapat diatasi sekiranya ibu bapa memantau pergaulan dan perkenalan anak-anak dengan kawan-kawan mereka.

10. Jarang Berkomunikasi Dengan Ibu Bapa

Jarang berkomunikasi dengan ibu bapa menyebabkan anak kurang perhatian dan terasa diabaikan. Mereka akan mencari keseronokan di luar dan tidak mengendahkan keluarga lagi. Sekiranya terjebak dengan pergaulan bebas, ia juga menjadi punca pembuangan bayi yang berleluasa abad ini.

11. Terdesak Kerana Wang Dan Harta

Demi wang dan harta, ramai remaja serta wanita lain sanggup menggadai maruah. Akhirnya, kes buang bayi berleluasa. Puncanya adalah mereka terdesak kerana wang dan harta sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya. Banyak kisah benar yang diceritakan semula dalam rancangan TV seperti 999 dan lain-lain lagi.

punca pembuangan bayi
Imej via [ngopibareng]

12. Sumbang Mahram Yang Berleluasa

Punca pembuangan bayi yang berleluasa ramai orang tak tahu adalah sumbang mahram yang berleluasa. Jangan terkejut, kes sumbang mahram masih berlaku di Malaysia dan masih ada sehingga tahun 2019. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak dengan baik dan tidak membiarkan anak-anak anda menjadi mangsa oleh keluarga atau saudara mara.

13. Kes Jenayah Lain

Kes jenayah lain yang melibatkan para remaja bakal menjerumuskan mereka sehingga kes pembuangan bayi. Sebagai contoh, sekiranya seseorang terlibat dalam gejala sosial dadah, mereka juga mungkin terlanjur dan menyebabkan punca pembuangan bayi. Kes jenayah lain juga seperti penculikan, rogol dan sebagainya.

punca pembuangan bayi
Imej via [bidadari]

14. Gaya Hidup Yang Terlalu Bebas

Bermula dari kekeluargaan, gaya hidup yang diamalkan terlalu bebas menyebabkan remaja tidak kisah apa yang mereka ingin lakukan. Mereka terus lakukan tanpa ada rasa bersalah, takut dan memikirkan agama. Gaya hidup yang terlalu bebas adalah punca pembuangan bayi.

15. Tiada Moral Dan Akhlak

Sejak kecil, kita diajar modal dan akhlak untuk tidak melakukan hal yang sia-sia dan tak berfaedah. Tanpa moral dan akhlak, semuanya akan berlaku tanpa ada pengawasan dari sesiapa. Punca pembuangan bayi sudah pastilah adalah kerana remaja tiada akhlak dan moral untuk berfikir sebelum bertindak.

Itulah dia 15 punca pembuangan bayi yang berleluasa kini. Bendunglah masalah ini sebelum terlambat! Jom baca juga Statistik anak luar nikah terkini, Peranan ibu bapa dan Kelebihan asid folik ibu mengandung.

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.