Bestkan kalau kita boleh install ‘reminder’ Apps yang sangat powerful.

Powerful dia seperti ini ni.

Bila berlaku sesuatu (situasi) contohnya kita malas, kita down, rasa nak give up, tension, ‘reminder’ Apps tu ingatkan kita tanpa perlu susah payah kita nak baca balik nota dalam phone, atau tengok post-it note, atau baca buku motivasi yang tebal-tebal.

sticky notebuffalonews.com

Tak payah susah-susah, ‘reminder’ tu datang sendiri dan cukup mampu untuk buat kita tersedar dan tak jadi nak malas. Tak jadi rasa down.

Saya nak share teknik tu. Teknik ni dah banyak kali membantu saya sebagai reminder paling powerful. Contohnya, saya akan cerita apa yang berlaku pagi tadi.

Lepas solat subuh, saya baca Quran. Sikit je, dapat baca 4 page saja. Tapi saya baca sekali terjemahan (sebab tak tahu Arabic) dan mana-mana ayat yang menyentuh dan menyentap hati saya akan tandakan. Buat nota kecil di tepi pakai colorful sticker, sebab mudah untuk saya tengok-tengok balik ‘apa yang saya belajar dari Quran’

Hari ni, salah satu ayat yang saya tandakan ialah ayat ke 60 dari surah Al An’am:

“Dan Dia lah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Ia bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan masa umur kamu yang telah ditetapkan.

Kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Ia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan.”

Saya tandakan dan tepi Quran di page itu saya letak nota yang tertulis “make good use of time” dan saya sambung pembacaan.

Ok, ni part yang best.

Ada satu waktu pagi ini, saya terlelap. Mata rasa mengantuk. Adalah dalam 30 saat saya terlelap. Tiba-tiba, dengan mata yang masih terlelap, ada suara yang berbisik “Eh, make good use of time!!!”

Tuan-puan, tidak semena-mena mata saya terbuka dan terus jadi segar bugar, terus sambung buat kerja

Subhanallah. Sangat power reminder dari Tuhan ni. Bila situasi memerlukan, reminder tu terus datang.

Sahabat-sahabat boleh cuba. Ini step dia:

#1 Baca Quran beberapa muka, seeloknya di awal pagi ketika fikiran dan jiwa kita masih fresh.

#2 Niatkan semoga Allah bantu mudahkan urusan kita hari ini dan sebagai tanda Allah is my no 1 priority.

#3 Baca terjemahan sambil ponder benefit dan kaitannya dengan diri kita, perjuangan kita, masalah yang sedang dihadapi.

#4 Mana-mana ayat yang menyentuh dan menyentap hati, tandakan dengan nota kecil di tepinya. Nota kecil ini adalah rumusan dari ayat tersebut. Yang nantinya akan jadi ‘reminder’ kita.

Teknik ni alhamdulillah sangat berkesan kepada saya. Saya yakin ia juga pasti berkesan kepada sesiapa saja. Sebab ia adalah Al Quran, sumber inspirasi terbaik. Dan Tuhan sangat baik. Kita cuba sedikit mencari pertolongan dan tips dariNya, Dia akan beri lebih dari usaha kita.

Semoga bermanfaat.

Penulis: Dr Siti Ujila

Merupakan pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal danPembinaan, UPM. Minat berkongsi cerita-cerita motivasi dan memberi inspirasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.