Tidak tahu idea hadiah untuk pengantin? Memberi hadiah kepada pengantin merupakan satu kebiasaan dalam masyarakat sebagai tanda ucapan tahniah buat kedua pasangan mempelai. Pasangan pengantin pasti gembira dengan hadiah yang diperolehi.

Hadiah pula lebih manis jika ianya bermanfaat buat kedua mempelai tersebut. Selain barangan yang berguna, kos untuk menempuh alam baru juga dapat dijimatkan dengan adanya hadiah tersebut.

Mesti anda juga mencari hadiah apa yang sesuai untuk diberikan kepada pasangan pengantin. Jika tidak pasti anda tidak ke artikel ini. Jadi kami sediakan 20 idea hadiah yang bermanfaat untuk pengantin 2022 mengikut bajet dan kemampuan anda.

Pinggan Mangkuk

Hadiah yang lazim diberikan kepada pengantin adalah pinggan mangkuk. Kebiasaannya setiap pasangan baru berkahwin akan pindah ke rumah baru. Hadiah pinggan mangkuk sangat sesuai dan diperlukan untuk mereka bagi menjimatkan kos dalam menempuh alam baru.

Pelbagai jenis pinggan mangkuk yang viral dan tahan lama pasti dapat memukau setiap mata memandang terutama pengantin perempuan. Seperti gambar yang di atas, pinggan mangkuk yang mempunyai stail bohemian atau nordic memang sangat eksklusif dan kelihatan mewah.

Paling menarik pinggan mangkuk ini diperbuat daripada seramik, tahan jika dipanaskan dalam microwave atau oven. Setiap set pula ada 16 barangan. Memang sangat berbaloi!

Kuali / Periuk

Nak hadiah yang berlainan dari kebiasaan, anda boleh beri kuali atau periuk. Pelbagai jenama barangan ini yang anda boleh pilih seperti kuali enamel. Produk ini sememangnya sudah terkenal dan cukup familiar dengan rakyat Malaysia.

Kuali ini didatangkan dengan 8 saiz berbeza yang tebal dan tahan lasak, tak melekat jika memasak dan senang untuk dibasuh. Kalau guna sudip besi pun kuali tak akan calar. Paling spesial pengguna juga boleh mengukus menggunakan kuali enamel ini.

Cuba survey di kedai ini untuk mendapatkan harga yang lebih murah dan amat berbaloi setanding kualiti produknya.

Microwave

Bagi pasangan pengantin yang kedua-duanya bekerja, microwave amat diperlukan oleh mereka. Kesibukan bekerja membuatkan masa untuk berada di dapur dan memasak menjadi terhad. Namun, isteri pasti mahu menyediakan masakan air tangan sendiri lagi-lagi apabila baru mendirikan rumah tangga.

Microwave adalah pilihan hadiah terbaik. Isteri boleh memasak pelbagai jenis makanan dalam satu hari untuk seminggu dan menyimpan dalam peti ais. Apabila hendak dimakan, keluarkan saja satu menu dan panaskan dalam microwave. Senang, cepat dan puas bukan?

Jangan risau, microwave yang berharga bawah RM 100 pun ada tau. Senang dan selamat digunakan serta didatangkan dengan dua warna iaitu pink dan hijau.

Air Fryer

Pasti ada pasangan baru berkahwin yang kurang mahir untuk memasak di dapur tetapi mahu belajar dan menyediakan air tangan sendiri untuk pasangan.  Apa kata anda berikan air fryer yang mampu mempercepatkan dan memudahkan proses memasak untuk yang kurang mahir.

Yang penting, produk ini khas untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan penyediaan makanan yang rapi. Hal ini kerana, memasak menggunakan air fryer tidak memerlukan minyak untuk menggoreng membuatkan makanan tersebut kurang kolestrol dan lemak tetapi rasanya tetap sama seperti digoreng.

Beli air fryer ini anda akan dapat manual penggunaan dan buku resepi. Mudah untuk pengguna memakainya dan mencuba pelbagai jenis resepi. Bukan setakat memasak, nak panaskan makan juga boleh dengan air fryer.

Hamper Makanan

Antara hadiah yang bermanfaat untuk setiap pasangan mempelai sudah pastinya produk makanan atau bahan masakan yang pasti digunakan oleh mereka. Anda boleh membeli bahan masakan seperti rempah ratus, aneka coklat dan makanan ringan yang lain. Pasangan pengantin pasti suka dan mengingati hadiah lain daripada yang lain ini.

Tiada masa nak beli dan gubah barangan tersebut? Dengan RM 30 sahaja akan peroleh 10 barang atau bahan masakan seperti beras, cili kering, kopi dan sebagainya.

Memang sangat berbaloi dan bermanfaat jika anda ingin membeli hadiah mengikut bajet. Jangan lupa minta seller selitkan kad ucapan untuk nampak lebih eksklusif.

Coffee Maker

Sudah menjadi trend kini banyak kedai minuman kopi yang wujud bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ini bermakna penggemar kopi semakin ramai bukan sahaja untuk golongan berusia, namun turut menjadi pilihan dewasa untuk menghilangkan rasa dahaga.

Jika rakan mempelai anda adalah hantu kopi, memberikan coffee maker sebagai hadiah pasti akan menjadi hadiah terbaik buat mereka.

Dengan adanya coffee maker, pasti dapat menjimatkan masa, wang dan tenaga untuk keluar semata-mata untuk membeli kopi. Pelbagai jenis kopi boleh diterokai dan rasai sepuasnya oleh penerima seperti latte, cappuccino, mocha, americano dan lain-lain.

Cara nak guna mesin kopi ini sangat senang dan dapat menjimatkan masa. Lagi-lagi dari jenama Konka, memang sangat berkualiti.

Buku Motivasi Perkahwinan

Mahligai yang baru dibina sudah pasti memerlukan tips dan motivasi dalam menempuh alam yang amat berbeza. Sudah pasti dalam kehidupan berumah tangga banyak asam garam yang akan dilalui sehidup semati bersama. Memberikan buku tentang tips atau motivasi perkahwinan amat berguna untuk pasangan baru berkahwin.

Sekurang-kurangnya setiap pasangan mempunyai ilmu kehidupan berumah tangga dan dapat dijadikan pedoman agar rumah tangga kekal bahagia sehingga ke penghujung hayat. Buku berjudul Isteriku Bidadari merupakan salah satu buku motivasi perkahwinan terbaik yang ditulis oleh pendakwah terkenal Ebit Lew.

Kelengkapan Ibadah

Anda cari hadiah kepada penerima yang mampu mengalirkan pahala kepada anda juga? Kelengkapan ibadah seperti Al-Quran, telekung dan sejadah adalah pilihan tepat untuk anda. Setiap kali si penerima memakai, sudah pasti pahalanya turut mengalir kepada anda.

Hadiah yang sangat bermanfaat ini juga dapat menggalakkan si penerima untuk lebih mendekatkan diri kepada Tuhan Yang Maha Esa terutama setelah mendirikan rumah tangga. Nak jadikan hadiah tersebut lebih istimewa? Apa kata anda pilih sejadah yang mempunyai sulaman nama pengantin tersebut.

Sejadah ini sangat tebal, gebu dan bahagian belakang yang anti-slip pasti selesa untuk dibawa solat. Lebih-lebih lagi ketika sujud, pasti tak sakit dahi. Terdapat lebih 10 warna sejadah dengan sulam yang sangat kemas dan rapi.

Baju Tidur

Baju tidur sedondon untuk pasangan mempelai adalah hadiah untuk pengantin yang paling comel. Kebanyakan pasangan sudah pasti menyukai pakaian yang sedondon tak kira pakaian untuk keluar bersama atau pakaian sewaktu di dalam rumah.

Walaupun kelihatan biasa, namun cukup dapat menghiburkan dan membibitkan kebahagian pasangan pengantin untuk memakai hadiah tersebut. Pilih baju tidur yang diperbuat dari kain satin sudah pasti si pemakai berasa selesa dan sejuk. Ada lima warna yang anda boleh pilih dengan size sehingga 5XL.

Vakum

Pasangan mempelai yang masing-masing bekerja sudah pasti mempunyai masa yang suntuk untuk mengemas rumah. Namun, kebersihan rumah perlulah dijaga untuk hidup dengan lebih selesa.

Bagi memudahkan mereka, hadiahkan vakum terkini yang tidak perlu dikawal dan mampu membersihkan segenap ruang dengan sendiri. Bukan sekadar vakum, namun ia juga mempunyai fungsi untuk menyapu dan mengemop.

Satu set vakum ini didatangkan dengan 4 barang yang lain. Produk yang tidak mempunyai wayar ini sangat senang untuk di bawa ke mana-mana. Tak perlu memegang atau membongkokkan diri untuk vakum, dengan adanya vakum automatik ini kerja lebih mudah, lantai bersih dari habuk serta dapat menjimatkan masa.

Sambil menunggu mesin vakum comel ini bekerja, kerja rumah yang lain boleh turut dilakukan.

Hiasan Rumah

Jika pasangan pengantin akan memulakan hidup baru di rumah yang baru, hadiah yang merupakan hiasan rumah pasti dapat menjimatkan kos mendekorasikan rumah impian mereka. Antara cadangan hiasan rumah istimewa yang boleh diberi adalah seperti lukisan kanvas, pokok hiasan, rak dan lampu vintage.

Hadiah ini pasti digunakan oleh pasangan pengantin baru untuk mencantikkan segala sudut rumah baru mereka. Lebih-lebih lagi frame yang mengandungi tulisan khat dan ayat Al-Quran. Design memang cantik, kelihatan moden dan senang untuk dibersihkan. Cangkuk pada frame juga disediakan agar mudah untuk digantung.

Pakej Bulan Madu

Pakej bulan madu sebagai hadiah untuk pasangan baru berkahwin sudah pasti memuaskan dan bermakna buat mereka. Setelah berbulan-bulan penat untuk merancang dan mengadakan majlis perkahwinan, sudah pasti kedua mempelai menginginkan sebuah percutian bermakna buat mereka.

Banyak pakej percutian yang murah mengikut bajet anda dan sesuai dijadikan sebagai hadiah perkahwinan. Tak perlu ke luar negara, banyak lokasi dalam negara yang menjadi tumpuan buat pasangan yang ingin berbulan madu seperti Pulau Perhentian, Pulau Langkawi, Cameron Highland dan sebagainya.

Secara tidak langsung, kos buat pengantin untuk honeymoon dapat dijimatkan. Bukit Merah Laketown Resort juga best untuk honeymoon kerana banyak aktiviti boleh dilakukan bersama. Pakej serendah RM 126 sahaja boleh menginap selama 2 hari 1 malam termasuk sarapan. Ada bajet lebih boleh book bilik yang terapung di atas tasik di Kampung Air.

Set Cadar

Set cadar juga berguna buat setiap pengantin. Tambahan pula banyak set cadar yang menarik dan cantik dijual dengan harga yang murah dan berbaloi. Antara set cadar yang sesuai adalah cadar yang mempunyai ropol-ropol, sesuai untuk pengantin. Memang memukau setiap mata memandang. Mesti terbeli untuk diri sendiri juga.

Cadar patchwork iaitu cadar yang tidak mudah kedut walaupun kain lembut dan senang nak dipasang pada tilam juga memang menjadi pilihan ramai. Pakej 6 dalam 1 boleh dapat cadar, 4 sarung bantal dan 1 sarung bantal peluk. Memang berbaloi!

Rak

Cadangan hadiah untuk pengantin baru yang akan memulakan hidup baru di rumah baru adalah pelbagai jenis rak. Rak buku, rak hiasan, rak kasut dan sebagainya amat berguna dan menjimatkan kos untuk pasangan tersebut untuk membeli perkakas rumah.

Salah satu rak yang pasti digunakan oleh mereka adalah rak tv. Harga bawah RM 100 boleh dapat sebuah rak tv yang panjang dan dan simple namun kelihatan sangat eksklusif. Kabinet tv ini mempunyai 4 kotak penyimpanan barang dengan 2 buah pintu. Sangat mudah untuk dipasang!

Set Bbq & Steamboat

Pasti ramai yang suka makan bersama pasangan di rumah sahaja kerana dijamin bersih. Bukan itu sahaja, makan berdua di rumah lebih privasi serta suasana romantik. Nak makan makanan western dengan cara barbeku atau steamboat, di rumah pun boleh buat.

Pasangan pengantin mesti suka alat ini kerana tak perlu keluar rumah dan boleh masak mengikut portion yang dikehendaki dengan lebih mudah dan jimat. Set barbeku dan steamboat sangat mudah digunakan dan dibersihkan. Masa untuk dipanaskan sekejap sahaja. Harga bawah RM 50, memang sangat berbaloi!

Diffuser

Diffuser ini mempunyai pelbagai fungsi seperti pelembap, penyebar wangian, pembersih udara dan aromaterapi. Memang sesuai untuk pasangan yang ingin bersantai, berehat dan tidur dengan nyenyak kerana bau yang dikeluarkan melalui pati minyak memberi pelbagai kelebihan pada fizikal dan mental.

Kapasiti air boleh memuatkan hingga 400ml. Beli satu diffuser dapat percuma remote, mudah kerana boleh dikawal dari jauh. Waktu malam diffuser ini boleh dijadikan lampu tidur. Dah beli diffuser ini jangan lupa tambah pati minyak seperti lavender dan peppermint. Kedua-dua minyak ini mengeluarkan bau yang wangi dan segar.

Bagasi

Pengantin baru juga pasti memerlukan bagasi untuk membawa barang pindah ke rumah baru atau bercuti untuk berbulan madu. Jarang orang beri bagasi sebagai hadiah untuk pengantin. Pasti bagasi menjadi salah satu hadiah yang akan diingati oleh pasangan pengantin.

Bagasi 28 inci yang diperbuat daripada ABS pasti tahan lasak dan kalis air. Roda pula boleh pusing 360 darjah, memang senang nak di bawa. Bukan itu sahaja, bagasi ini mempunyai kunci keselamatan yang berkualiti. Terdapat 20 pilihan warna bagasi yang membuatkan anda rambang mata.

Tudung Saji

Tudung saji yang moden dan unik ini menampakkan ruang dapur si pemakai kelihatan minimalis. Strukturnya yang bertingkat ini dapat menjimatkan ruang serta menghindarkan makanan daripada tercemar. Ruang hadapan tudung saji ini lutsinar membolehkan setiap hidangan dilihat dari luar. Tak perlu lagi mengangkat tudung saji untuk melihat menu apa di bawahnya.

Terdapat dua pilihan warna yang cantik iaitu biru nordic dan putih. Anda boleh membeli tudung saji bertingkat mengikut bilangan yang anda mahukan. Diperbuat daripada ABS, tudung saji bertingkat ini sangat kukuh dan tahan lama.

Juicer

Pemakanan dan kesihatan amat penting dalam sesebuah keluarga. Sebagai tanda ingatan atau prihatin apa kata anda beri juicer sebagai hadiah perkahwinan. Minum jus sayur atau buah-buahan akan memberi banyak khasiat untuk tubuh badan. Tak perlu susah-susah keluar untuk mencari jus buah, buat sendiri menggunakan juicer pasti jimat dan cepat.

Juicer ini boleh memuatkan hingga 300ml isipadu jus dan hanya memerlukan 30 saat sahaja untuk menghasilkannya. Paling penting mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja kerana boleh dikisar tanpa wayar. Pakej termasuk satu juicer, USB dan manual penggunaan bersama waranti.

Kad Netflix

Kebanyakan pasangan baru berkahwin pasti memilih untuk meluangkan masa bersama di rumah sahaja. Sambil berehat, menonton filem atau drama di Netflix pasti menjadi aktiviti utama bagi mengisi waktu terluang.

Memberi kad Netflix sebagai hadiah untuk pengantin pasti luar biasa. Beli sahaja kad di Shopee sangat mudah dan cepat. Anda boleh pilih sama ada ingin memilih akaun privasi atau akaun dikongsi. Banyak pakej menarik dan berbaloi anda boleh pilih untuk dijadikan sebagai hadiah.

Banyakkan idea hadiah untuk pengantin yang bermanfaat buat penerima hadiah tersebut. Rata-rata hadiah juga sangat murah dan berbaloi setanding dengan kualitinya. Memang sesuai untuk pasangan mempelai yang baru berjinak-jinak di alam perkahwinan ini.

Jom baca artikel kami yang lain seperti:

Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah perkongsian dan pendapat penulis.

Penulis: Saiful Izzuan

Menulis berkenaan tips motivasi dan kejayaan di blog drInspirasi.com. Seorang yang gemar berkongsi mengenai prinsip Kejayaan dan Bakat. Kebanyakan artikel beliau boleh dibaca di www.drinspirasi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.