Perasaan cinta seorang isteri terhadap suami boleh dipamerkan dalam banyak cara. Sebagai contoh, anda boleh berikan ucapan hari lahir untuk suami sebagai tanda yang anda tidak pernah melupakan tarikh hari istimewa di dalam hidupnya.

Ucapan hari lahir untuk suami ini tidak semestinya perlu panjang lebar. Walau hanya dengan satu ungkapan telah dapat membuktikan kasih anda terhadap suami. Sampaikan ucapan untuk suami tercinta dengan penuh rasa ikhlas.

Bagaimanakah Cara Untuk Sampaikan Ucapan Hari Lahir Untuk Suami?

ucapan hari lahir

Anda masih tidak tahu cara terbaik untuk menyampaikan ucapan hari lahir untuk suami? Anda boleh gunakan kata-kata bernada romantik untuk suami di hari yang istimewa ini. 

Kata-kata ini boleh di tulis melalui surat atau atas sekeping kad ucapan untuk diberikan bersama hadiah. Ia juga boleh dihantar melalui pesanan SMS, Facebook atau Whatsapp.

Yang penting, suami anda tahu bahawa anda tidak pernah melupakan tarikh ulang tahun kelahirannya itu. Gerenti suami anda akan berasa sangat terharu dan gembira.

Ungkapan Terbaik Paling Sesuai Sebagai Ucapan Hari Lahir Untuk Suami

suami gembira

Di sini turut dikongsikan beberapa contoh ungkapan terbaik yang boleh digunakan sebagai ucapan hari lahir untuk suami tersayang.

Ucapan #1
Selamat ulang tahun suamiku. Semoga kemakmuran, kesihatan, kejayaan, kebahagiaan dan kesejahteraan akan sentiasa menyertai di setiap langkahmu.

Ucapan #2
Happy Birthday suamiku sayang. Di kau adalah ayah terbaik untuk anak-anakku dan lelaki terhebat di hidupku. Semoga dirimu selalu sihat dan terus dipanjangkan umur. Ameen

Ucapan #3
Terima kasih untuk kebahagiaan yang telah kau berikan kepadaku selama ini sayang. Semoga aku bisa menjadi isteri terbaik untukmu. Selamat ulang tahun suamiku. 

Ucapan #4
Suamiku, selamat ulang tahun. Tidak ada yang bisa aku berikan untukmu selain rasa sayang ini. Engkau lelaki terbaik untukku, semoga sentiasa sihat dan terus panjang umur.

Ucapan #5
Bukan emas berlian yang membuatku memilihmu. Bukan penampilan yang membuatku jatuh cinta padamu. Kesabaranmulah yang membuatnya terpesona hingga sudi menjadi suri hidupmu. Sempena di usiamu yang ke 40 tahun ini, daku ingin katakan yang aku terlalu sayang kepadamu. 

Ucapan #6
Mimpiku menjadi sempurna saat ada kamu menjadi suamiku. Hidupku makin jadi indah tika kau hadir melengkapi kekuranganku. Terima kasih suamiku tersayang, selamat ulang tahun dan semoga cinta kita akan terus kekal hingga ke jannah.

Ucapan #7
Selamat ulangtahun suamiku sayang. Semoga di kau akan terus sihat sejahtera untuk sentiasa menjadi imam yang terbaik untukku dan anak-anak kita.

Ucapan #8
Tiada hadiah mahal yang mampu sayang berikan selain ucapan selamat ulangtahun dari lubuk hati yang paling ikhlas. Setianya sayang hanya pada abang. Semoga hubungan kita akan sentiasa terpelihara.

Ucapan #9
Wahai suamiku, hadirmu umpama seorang penyelamat yang telah berjaya membawaku ke jalan bahagia. Terima kasih kerana sudi memperisterikanku dan membimbingku ke jalan yang diredhai Allah. Aku senantiasa berdoa semoga dirimu akan terus dipanjangkan usia. Ameen.

Ucapan #10
Hari ini adalah hari yang paling special. Hari ini usiamu telah semakin bertambah dan bertambahnya usia mu itu telah membuktikan yang kita telah semakin lama bersama. Terima kasih untuk segala pengorbananmu wahai suamiku. 

Ucapan #11
Happy birthday suamiku. Selamat bertambah usia dan aku akan terus menyayangimu sehingga ke akhir hayatku. Aku berjanji akan terus membuatmu tersenyum hari demi hari. I love you so much from the bottom of my heart!!

Ucapan #12
Tarikh ini muncul lagi. Seperti biasa, sayang ucapkan selamat ulang tahun kelahiran. Terima kasih kerana sudi hadir di sisi sayang selama ini. Tiada yang lain hanya abang sorang. Cinta sayang pada abang akan sentiasa mekar sampai bila-bila.

Ucapan #13
Sayang, kau adalah lelaki yang terbaik untukku. Kau imamku. Kau teman hidupku. Kau belahan jiwaku. Kau pendengar setia segala masalahku. Sesungguhnya kau adalah segalanya bagiku. Tanpamu siapalah aku. Selamat ulang tahun sayang. Bahagiamu adalah bahagiaku.

Ucapan #14
Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah dipanjangkan lagi usiamu. Terima kasih ya Allah kerana sudi mempanjangkan lagi umur suamiku. Sesungguhnya dialah jodoh yang paling terbaik untukku. Akan ku menyintainya sehingga ke akhir hayatku. Selamat ulangtahun kelahiran wahai suami mithaliku.

Ucapan #15
Salam ulangtahun kelahiran suamiku sayang. Terima kasih kerana telah menjadi lelaki terbaik untukku. Mohon maaf andai di atas segala salah silap yang isterimu ini pernah lakukan. Sesungguhnya kaulah calon imam terbaik untukku dan calon ayah terbaik untuk anak-anak kita. We love you so much!

Hari lahir hanya tiba sekali dalam setahun. Ucaplah ungkapan yang ada sebagai tanda terima kasih di atas segala bakti yang telah suami berikan.

Jemput juga membaca artikel tulisan lain kami seperti tanggungjawab suami nafkah isteri hadiah untuk lelaki.

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.