Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Janji Buat Anak

MENGIMBAU KENANGAN SILAM "Syazana, esok kau bawakan aku sarapan macam ni boleh? Nanti aku bayarlah", ujar Syazni sambil menelan air liur melihat bekalan…

KeluargaDikemas kini 23 Februari 2018oleh Faz
Ilustrasi wanita menangis mengenangi kenangan silam dan tekad mendidik anak.

Ringkasan Ringkas

  • Jangan abaikan keperluan anak walau sibuk bekerja.
  • Jangan abaikan emosi anak walau kita sendiri penuh tekanan.
  • Jangan abaikan didikan ilmu agama walau kita sendiri jahil.
  • Usaha mencari ilmu Tauhid, Akidah, Ibadah, dan Al Quran dinilai Allah SWT.
  • Kesusahan mencari ilmu di awal akan berbuah kemanisan di hujungnya.

MENGIMBAU KENANGAN SILAM

“Syazana, esok kau bawakan aku sarapan macam ni boleh? Nanti aku bayarlah”, ujar Syazni sambil menelan air liur melihat bekalan rakan di sebelah. Sedangkan diri hanya mampu mencogak duit di dalam saku, jika beli makanan pagi, maka tiadalah makanan tengahari. “Ini Surat Jemputan Anugerah Kecemerlangan tahun ini. Nanti awak bagi pada ibu ayah ya”, kata cikgu. Lantas Syazni terus menyimpan surat tersebut di dalam beg dan berlalu pergi dengan wajah seribu kekesalan kerana sudah pasti tiada siapa yang menemani kelak. “Syazni, mari ke depan” panggil ustazah lalu menyuruh membaca al quran di  hadapan. “Maafkan saya ustazah, saya tak tahu mengaji”, mengigil-gigil tangan dan merah padam muka menahan malu di hadapan rakan-rakan apabila tidak reti membaca al quran. Ustazah hanya menggelengkan kepala sambil menulis “E” pada kertas ujian.  

jangan warisi kejahilan itu, ubah nasib keturunanmu

Imej via Blogspot

MASA KINI YANG MENJADI PERTARUHAN

“Huwarghhhhh…huwarghhhh”, tangisan si kecil menyentap lamunan panjang akan kenangan silam. Tertanam tekad dalam diri untuk membesarkan amanah ini dengan indah akhlaknya, cerdas mindanya, terang hatinya dengan agama.

jangan warisi kejahilan itu, ubah nasib keturunanmu.

Imej via abiummi

BUAT IBU AYAH, SEMATKAN PESANAN INI DI DALAM HATI

Jangan sekali kita abaikan keperluan anak walau kita sibuk bekerja.

Jangan sekali kita abaikan emosi anak walau kita sendiri seharian penuh dengan tekanan. Jangan sekali kita abaikan didikan ilmu agama anak walau kita sendiri jahil akannya.

Tidak mustahil kita yang bukan berserban, bertudung labuh, yang pada asalnya bukan keturunan ‘alim-alim’, mampu melahirkan anak dan keturunan yang hebat. Walau siapa pun kita pada asalnya, bukan itu yang dipandang Allah swt tapi USAHA menjadi yang lebih baik itu yang akan dinilai disisinya. Teruskan usaha mencari ilmu tentang TAUHID. Teruskan usaha mencari ilmu tentang AKIDAH. Teruskan usaha mencari ilmu tentang IBADAH. Teruskan usaha mencari ilmu tentang AL QURAN. Teruskan mencari ilmu walau kita merangkak dan terkapai-kapai pada awalnya kerana nikmat mencari ilmu agama tidak akan tergambar dengan kata-kata. Setiap kesusahan diawalnya akan ada kemanisan dihujungnya.Tingkatkan usaha untuk melahirkan keturunan yang hebat untuk ummah!

jangan warisi kejahilan itu, ubah nasib keturunanmu

Imej via tstatic.net