Jika anda mencari idea bilik tidur anak perempuan anda, fikirkan tentang apa yang anak perempuan anda suka. Anda juga harus lihat bilik tidur mereka dari perspektif mereka minati. Ingatlah apabila umur mereka semakin meningkat, tema bilik tidur yang dikehendaki oleh mereka pasti berbeza.

bilik tidur anak perempuan simple
Imej via [warehousemold]

Bila bercakap mengenai anak perempuan yang berusia 8 tahun, mereka pasti menginginkan suasana yang ceria. Mereka tidak lagi menjadi bayi atau kanak-kanak kecil, tetapi belum lagi menjadi remaja dengan sikap yang sama. Untuk mereka, bilik tidur adalah tempat yang mencerminkan statusnya sebagai “aku bukan lagi seorang anak gadis kecil”.

Manakala remaja pula mempunyai pandangan yang berbeza dari bilik tidur daripada gadis kecil. Susah juga nak penuhi mood bilik tidur anak perempuan ni kan? Jom kita ketahui beberapa idea bilik tidur anak perempuan simple untuk anda realisasikan kepada bilik anak perempuan anda.


1. Bilik Tidur Bertemakan Warna Merah Jambu

bilik tidur anak perempuan simple
Imej via [paintonline]

Siapa yang tidak suka warna merah jambu? Kebanyakan orang perempuan akan tertarik dengan warna ini dan ia merupakan warna yang paling disukai di dunia. Apatah lagi dalam kalangan anak perempuan. Ini adalah cara mudah untuk menghiasi bilik tidur anak perempuan simple iaitu dengan warna merah jambu di bilik tidur anak perempuan anda.

  • Cat dinding dengan merah jambu atau pilih beberapa sisi bilik tidur yang bersesuaian.
  • Jika anda tidak menyukai satu warna, gabungkannya dengan kertas dinding yang berlainan yang anda suka. Pasti membuatkan suasananya lebih menarik.
  • Pilih warna yang terang atau yang lembut. Merah jambu memiliki beberapa jenis warna. Pilihlah mengikut citarasa anda gemari.
  • Hiaskan bilik tidur dengan perabot berwarna merah jambu. Bagi anda yang tidak sukakan terlampau banyak warna merah jambu, anda boleh mengenakan beberapa perabot berwarna merah jambu seperti katil, almari, drawer dan kerusi pasti membuatkan warna merah jambu itu lebih menyerlah.
  • Jangan lupa untuk menambah permaidani untuk melengkapkan tema bilik tidur ‘Tema Merah Jambu’ anak anda.

2. Bilik Tidur Bertemakan Warna Ungu

bilik anak perempuan simple
Imej via [Dekorrumah]

Sama seperti merah jambu, ungu adalah warna kegemaran kedua untuk para perempuan biasanya. Ramai yang tertarik kepada warna ungu ini kerana mereka menganggap warna ini seperti mempunyai perasaan yang elegan di dalamnya.

Idea bilik tidur anak perempuan simple yang bertemakan warna ungu juga merupakan pilihan terbaik jika anda masih mencari inspirasi yang elegan untuk anak perempuan anda.


3. Bilik Tidur Bertemakan Gaya Bohemian

bilik tidur anak perempuan simple
Imej via [antalyamantolama]

Ingin mencipta memori yang benar-benar indah bersama anak perempuan anda dalam menyediakan bilik tidurnya? Apa kata anda mencuba tema gaya bohemian. Pasti dapat menggamit memori yang indah nanti.

Dekorasi yang diilhamkan oleh Bohemian ini pasti membuatkan pandangan sesiapa yang memasuki bilik ini akan terasa segar dan ceria. Letakkan sentuhan warna yang lembut kerana warna yang lembut akan membuatkan fikiran kita tenang.

Di lantai pula, pilih corak lantai yang ada unsur-unsur tema kayu kerana ianya akan mengindahkan lagi suasana bilik anak perempuan anda ditambah dengan permaidani yang cantik-cantik.

Akhir sekali, jangan lupa lampu! Gantungkan candelier dan beberapa buah mentol di atas siling untuk menambahkan lagi kecantikkannya. Sekarang, bilik tidur anak perempuan simple bertemakan gaya bohemian sudah siap untuk anak perempuan anda.


4. Bilik Tidur Yang Bertemakan Bunga Yang Cantik

bilik tidur anak perempuan simple
Imej via [Desainrumahnya]

Untuk bilik tidur yang bertemakan bunga, anda boleh mencubanya dengan menggunakan kertas dinding corak bunga. Nak hasil yang lebih menarik, anda letakkan kertas dinding tersebut di satu dinding yang anda rasa sesuai sahaja.

Untuk bahagian dinding yang lain, anda cat lah dengan warna-warna yang lembut serta dapat memberi ketenangan apabila melihatnya. Tema bunga ini sesuai untuk bilik tidur anak perempuan simple dan cantik. Anda juga boleh meletakkan lukisan bunga ataupun melukis bunga yang cantik di dinding yang anda mahu.

Untuk hiasan perabut pula, gunakan bingkai katil logam, ini akan membuat pemandangan bergaya yang berwarna-warni serta menggunakan cadar katil yang bercorak bunga yang menarik. Nak lagi menaikkan lagi seri bilik tidur, gunakan perabut-perabut yang ala-ala vintage, pasti menarik.


5. Bilik Tidur Yang Bertemakan Unicorn

bilik tidur anak perempuan simple
Imej via [agoda]

‘Unicorn’ adalah kumpulan kuda putih bersayap yang mempunyai tanduk yang sememangnya amat digemari oleh peminat cerita-cerita fantasi. Jika anak perempuan anda salah seorang yang amat suka dan mengagumi unicorn dengan begitu banyak, ini adalah salah satu idea bilik tidur anak perempuan simple yang akan membawa semua fantasinya ke dunia nyata yang pasti sangat indah.

Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah menghiasi biliknya dan menukar cadar tempat tidur biasa kepada cadar yang bercorak unicorn. Bukan hanya setakat cadar katil itu sahaja, malahan kertas dinding bercorak unicorn akan menaikkan lagi seri bilik yang bertema unicorn ini. Anda juga boleh letakkan aksesori pelangi untuk melengkapkan tema yang indah ini.


6. Bilik Tidur Yang ala-ala V.I.P

bilik tidur anak perempuan simple
Imej via [femina]

Siapa yang tidak suka reka bentuk bilik tidur yang mewah? Ia juga merupakan idea bilik tidur anak perempuan simple. Jika anda mahukan bilik anak perempuan anda lebih mewah dan menarik, anda hendaklah pilih jubin marmar atau granit yang akan menonjolkan suasana yang paling mewah.

Biarkan warna bilik menjadi agak pucat tetapi di ruangan dinding diletakkan hiasan 3D yang akan menaikkan suasana bilik tersebut. Gunakan perabot yang mempunyai ruang yang luas serta warnanya tidak menonjol. Manakala untuk kerusi pula, pilihlah warna merah jambu yang ‘pinkish’. Akhir sekali, hiasi dengan cahaya lampu yang cantik.


7. Bilik Tidur Yang Bertemakan Disney Princess

bilik tidur anak perempuan simple
Imej via [referensirumah]

Pasti anak perempuan anda akan mengenali watak Snow White, Cinderella, Fa Mulan ataupun Ariel Si Puteri Duyung kan? Apa kata anda menghiasi bilik tidur mereka dengan tema Disney Princess, jika anak anda merupakan penggemar watak tersebut.

Hiasi dinding dengan kertas dinding Disney Princess disamping mengecat seluruh ruang dengan warna merah jambu pasti mengindahkan lagi suasana bilik tersebut. Perabut-perabutnya pula dihiasi dengan warna-warna yang lembut. Menarik kan idea bilik tidur anak perempuan simple sebegini?


8. Bilik Tidur Yang Bertemakan Tempat Permainan

bilik tidur anak perempuan simple
Imej via [Desainrumahid]

Setiap anak perempuan pasti mahu bilik tidur dengan kawasan permainannya berdekatan. Pastinya idea bilik tidur anak perempuan simple ini sesuai untuk anak anda yang aktif bermain!

Tambah-tambah lagi anda menjadikannya seperti katil dua tingkat dengan tangga untuk memanjat dan tingkat dibawahnya sebagai tempat belajarnya. Pasti menyeronokkan.

bilik tidur anak perempuan simple
Imej via [impiana]

Ketahuilah apa yang dimahukan dan apa yang diperlukan oleh anak perempuan anda. Lebih baik jika dia mahu bekerjasama dengan anda untuk membuat bilik tidur mengikut tema kesukaannya.

Semoga anda mendapat banyak inspirasi dari idea-idea di atas! Jom baca Tabung Raya adik beradik, Cara mengurus anak bermain gajet dan Resepi pau goreng untuk anak.

Rujukan

  1. Desainrumahid
  2. femina
  3. Dekorrumah

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.