Kadang-kala kala kita mungkin menganggap perkara ini merupakana perkara biasa sahaja. Setiap masakan yang dibuat mempunyai maksud tersendiri. Ianya adalah hasil penat si isteri yang telah masak dengan dengan kasih sayang.

Tulisan daripada Puan Amalina Adam ini menarik untuk dilihat. Puan Amalina merupakan peguam dalam bidang Syarie. Boleh lihat link ini jika anda berminat untuk mengetahui perkara hal ini.

Cintailah Masakan Isterimu

Sebenarnya isu masakan pun boleh menjadi pertengkaran dan pergaduhan yang berpanjangan antara suami dan isteri. Rata-rata para isteri masih belajar , belajar dan belajar setiap hari dalam memperbaiki masakannya untuk yang tersayang. Tetapi yang mengecewakan adalah apabila menerima hinaan demi hinaan , cacian demi cacian dan maki hamun oleh si suami pada citarasa dalam masakkan isteri. Lebih kecewa apabila suami membandingkan masakan isteri dengan masakkan orang lain. Kecil Hati bukan?

Para suami, tahukah anda bahawa isteri sedang berusaha hari demi hari untuk mendapatkan masakkan yang setimpal dengan perut kamu ? ada nasi dan lauk yang dihidangkan. Setiap pagi sebelum memasak mesti memikirkan “nak masak apa harini?”, “bahan apa hendak digunakan?”, “ masih dalam keadaan segar, elok atau tidak?”. Kalau join group memasak pun kalau tiada bahan, tiada gunanya juga kan.

Jadi apabila tidak cukup bahan atau tiada bahan untuk memasak, pastinya si isteri akan keluar membeli belah ataupun yang bekerja, sebaik sahaja tamat waktu kerja, isteri akan keluar terus membeli bahan masakkan. Yang mana suami sudah beli stok untuk sebulan pun mesti ada bahan yang tidak cukup kan. Jadi anda rasa untuk apa semua ini isteri kena berusaha gigih fikir?

Mestilah untuk kesedapan dan keenakkan dalam masakkannya untuk dihidangkan kepada suami dan anak-anak tercinta. Kenapa masih perlu nak menghina atau menyindir masakkan tidak sedap? Memberi pandangan tidaklah salah, tetapi janganlah sampai menghina, menyindir atau membandingkan masakkan isteri tersebut ya.

Nak membasuh, memotong, mencuci bahan-bahan kesemuanya mengambil masa yang lama dan tidak mudah. Bukan sekelip mata sahaja untuk siapkan bahan masakkan. Kadangkala lambat masak pun menjadi punca pergaduhan disebabkan “lapar!”. Lebih malang, tolong pun tidak, hanya banyak bunyi dibelakang sahaja.

Mana-mana wanita, isteri atau ibu sekalipun tiada yang berkata dalam hati “hari ini aku nak masak tak sedap!”. Sangat pasti dan yakin semua dalam kepala masing-masing berfikir nak masak sedap-sedap untuk dihidangkan kepada suami dan anak-anak supaya perut berasa selesa dan kekenyangan. Makanan yang dimasak semestilah wujud perasaan cinta dalam masakkan tersebut.

Apabila dihina, dicaci atau dimaki humun, lebih malang ada yang kena pukul sehingga cedera disebabkan masak kurang sedap, adakah anda tahu bahawa perasaan dan hati si isteri tersebut terluka atau tidak? Ada isteri yang mempunyai perasaan yang sedikit sensetif akan merasa “down” dengan perkataan yang tidak boleh diterima contohnya seperti “ tak sedap baik tak payah masak, beli di kedai saja, tak membazir makanan”. Nampak simple ayat, tetapi boleh menguris hati yang memasak.

Fikirlah sejenak sebelum berkata-kata, pernah anda terfikir bahawa isteri pernah tangannya terluka ketika menghiris bawang, tepercik minyak masak di muka, tangan terkena periuk panas, menumbuk sambal tepercik kena mata, berdiri dua hingga tiga jam untuk memasak mengikut citarasa yang tercinta dan sebagainya lagi. Sebenarnya suami tugas anda mudah sahaja pada waktu itu iaitu duduk dan makan.

Elakkan menjadi “juri professional” jika tidak diminta. Maka, berdoa dan makanlah apa yang dihidangkan, cuba elakkan bertanya pada makanan yang tiada, makan sahaja apa yang tersedia pada ketika itu. Seusai memakan, sudah pun kekenyangan maka tersenyumlah dan beri pujian yang sewajarnya kepada isteri. Itu yang dinamakan “menghargai dirinya”.

Sudah cukup buat isterimu gembira sepanjang hari. Percayalah, esok isteri akan memasak lagi, bertambah lagi lauk disebabkan semangat memasak menggunung tinggi setelah dipuji oleh suami yang tercinta.

Penulisan ini adalah sedikit penerangan sahaja daripada sebahagian aduan yang kami terima dari para isteri dalam bab “memasak dicemuh, dihina & lain-lain”. Jadi diharap sesiapa yang membacanya sama ada belum berkahwin, akan berkahwin dan sudah berkahwin, ubahlah sikap yang mana membawa ke arah kebaikkan bersama. Akhir kata, “jangan lokek memberi pujian” di atas apa tindakan pasangan anda lakukan sekalipun. Tidaklah rugi seseorang itu dalam berpujian. Waallahu’alam. Sekian.

*Jemput juga baca artikel tips suami isteri bahagia dan punca isteri merajuk.

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.