Hadiah untuk kanak-kanak perempuan 5 hingga 8 tahun memang banyak pilihan yang boleh dibuat. Namun adakah mereka menyukai dan sesuai dengan peringkat umur? Oleh itu, ibu-bapa atau sesiapa sewajarnya meneroka minat kanak-kanak terlebih dahulu sebelum memilih hadiah yang sesuai.

Jika anda buntu mencari hadiah untuk kanak-kanak perempuan yang sesuai, melalui artikel ini kami telah senaraikan 35 idea hadiah untuk mereka yang pasti membuatkan mereka seronok pada hari istimewa.

Patung Beruang

Patung beruang atau teddybear sememangnya menjadi pilihan utama ramai orang untuk dijadikan hadiah buat kanak-kanak perempuan kerana sesuai untuk semua peringkat umur kanak-kanak.

Dengan 3 saiz patung beruang comel yang berbeza dan pelbagai warna anda boleh pilih. Hadiah ini sesuai seawal bayi tiga bulan ke atas sebagai bantal peluk atau mainan untuk dipegang. Saiz 40cm pun sudah cukup besar. Nak paling besar boleh ambil saiz 60cm.

Set T-Shirt

Baju juga menarik dan bermanfaat untuk dihadiahkan kepada kanak-kanak kerana semestinya mereka akan pakai. Mana tahu ianya menjadi baju yang teristimewa kerana dihadiahkan oleh anda.

Baju di atas sesuai untuk melakukan aktiviti luar atau membeli-belah. Jika anak anda berumur 1 tahun hingga 6 tahun, baju ini sangat sesuai untuk mereka bergaya kerana corak dan design harimau bintang yang cantik.

Pembelian termasuk sepasang baju lengan panjang dan seluar. Baju diperbuat daripada premium cotton sangat selesa dipakai dan tidak pudar.

Kamera Digital

Kanak-kanak juga tak dapat dipisahkan dengan dunia fotografi. Setap detik, peristiwa atau objek pasti menjadi bahan fotografi yang membuatkan mereka bahagia sambil meneroka alam sekeliling.

Walaupun kamera khas untuk kanak-kanak, ia bukan kamera permainan. Malah berfungsi sebagai kamera yang biasa digunakan. Kamera ini sangat sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 – 12 tahun.

Bukan sahaja berfungsi sebagai kamera, anak-anak juga boleh bermain game menerusi kamera digital 8MP ini.

Hoodie

Hoodie sangat sesuai untuk anak-anak atau anda yang suka bergaya. Ianya mungkin menjadi pakaian kegemaran mereka terutama pada musim sejuk dan ketika ke sekolah pada awal pagi.

Hoodie dari jenama Mini Pink sangat menarik kerana dipenuhi dengan corak bunga. Diperbuat daripada printed floral fleece, hoodie ini mempunyai zip yang penuh dan poket kangaru.

Buku Cerita

Menghadiahkan buku cerita sangat bermanfaat kerana dapat menimbulkan minat membaca, meningkatkan imaginasi dan meningkatkan penguasaan membaca bagi kanak-kanak.

Membaca boleh dijadikan hobi pada waktu lapang atau aktiviti sebelum tidur. Manfaatkan masa yang ada dengan didikan tentang agama seperti kisah Nabi pasti dapat menarik perhatian mereka untuk mengetahui lebih banyak berkaitan sirah.

Anda boleh dapatkan set buku cerita dari Ana Muslim tentang kisah-kisah Nabi. Setiap set ada 4 buku tentang kisah Nabi dengan ilustrasi berwarna. Sambil belajar ada aktiviti juga yang disediakan yang dapat menguji minda anak-anak.

Skirt

Pasti ramai kanak-kanak yang gemar memakai skirt. Kalau  bukan kanak-kanak pun, pasti para ibu gemar memakainya pada anak kerana lebih kelihatan bergaya.

Skirt dengan 4 lapisan termasuk inner di dalam tidak panas jika dipakai kerana kainnya yang lembut. Skirt yang cantik ini mengembang dan kelihatan beralun. Sesuai untuk kanak-kanak berumur 6 – 10 tahun.

Aksesori Rambut

Set aksesori rambut pasti menjadi salah satu hadiah untuk kanak-kanak perempuan yang pasti mereka suka. Sangat padan dipakai tidak kira anak berambut pendek atau panjang. Dengan 18 item dalam satu kotak, sangat sesuai dengan harganya yang kurang dari RM 20.

Pelbagai corak dan warna aksesori rambut yang pasti membuat cilik tampil bergaya. Set termasuk getah rambut, penyepit rambut, riben dan macam-macam lagi.

Set Rumah Barbie

Tak kurang juga pasti ramai kanak-kanak perempuan amat menyukai kartun Barbie. Set ini pasti dapat meningkatkan imaginasi dan cara berfikir dengan kreatif bagi kanak-kanak.

Anda boleh memilih set rumah Barbie mengikut bajet anda kerana purata harga bermula dari RM 39.33 sehingga RM 85.89 sahaja. Jika anda mempunyai lebihan bajet, rumah Barbie dengan empat tingkat, 14 jenis bilik termasuk perabot dan patung Barbie pasti memuaskan anak-anak.

Topi Pantai

Kanak-kanak pasti suka pakai topi yang cantik ini lagi-lagi bila ke pantai. Jangan tak tahu, kanak-kanak juga mempunyai minat seperti orang dewasa untuk berfesyen.

Topi pantai dihiasi dengan riben dan bunga yang cantik. Warnanya juga sesuai untuk semua kanak-kanak perempuan kerana warna pastel dan lembut. Memang cantik dipakai sewaktu berkelah, bersiar-siar dan lain-lain.

Bath Bomb

Sekali-sekala mandi bagaikan di spa dengan bath bomb pasti mengujakan kanak-kanak. Cuba sekali pasti mereka nak mandi selalu dengan bath bomb ni. Jangan risau, bath bomb dijual dengan harga dan set yang berbaloi.

Bath bomb adalah sabun yang 100% dibuat sendiri dengan bahan mengikut cosmetic grade dan tidak bertoksik. Setiap bahan yang digunakan selamat dan mempunyai kebaikan tersendiri untuk kulit. 9 bauan dengan warna yang berbeza pasti akan menyegarkan badan dan minda.

Mesin Kaunter Pasar Raya Mainan

Kanak-kanak perempuan pasti menyukai permainan membeli-belah. Bukan sekadar bermain, mereka juga boleh meneroka dan mempelajari tentang perkhidmatan di kaunter pasar raya dan mengenali banyak barang, kreatif serta imaginatif.

Sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun dan ke atas, banyak perkakas yang ada hanya dalam satu set dan mempunyai lampu dan suara. Walaupun banyak perkakas, namun senang untuk dipasang dan hanya mengambil masa yang cepat.

Cadar

Cadar sangat sesuai untuk dijadikan hadiah terutama pada ibu bapa yang ingin mula mengasingkan tempat tidur kanak-kanak. Beli cadar dengan design menarik seperti kartun pasti membuatkan anak-anak ingin tidur di bilik sendiri.

Ada dua set cadar iaitu set katil bujang 2 dalam 1 serta set katil queen 4 dalam 1 dijual dengan harga murah dan berbaloi. 20 corak yang pasti membuatkan anda rambang mata kerana coraknya yang comel dan berwarna-warni.

Kasut

Tak dinafikan ada ibu bapa yang suka mengumpul koleksi kasut kanak-kanak kerana comel dan nampak bergaya. Jom tambah koleksi kasut kanak-kanak. Ada banyak pun pasti boleh pilih dan sesuaikan dengan konsep pakaian si cilik.

Kasut di atas yang penuh kerlipan dan riben yang besar pasti membuatkan anak-anak ingin pakainya selalu. Sesuai untuk kanak-kanak 18 bulan dan ke atas.

Basikal

Berbasikal dari kecil dapat meningkatkan keberanian kanak-kanak dalam mencuba sesuatu yang baru. Bukan itu sahaja, anak-anak dapat belajar menyeimbangkan diri, meningkatkan stamina dan meningkatkan kecekapan dalam mengawal basikal.

Sekiranya anda mencari hadiah untuk kanak-kanak berumur 2 dan ke atas, basikal dengan pelbagai corak dan warna ini sesuai untuk anak-anak anda. Tempat duduk yang boleh laras, mempunyai raga dan tempat duduk belakang pasti menarik minat anak-anak.

Gelongsor

Keadaan cuaca dan pandemic yang melanda pasti membuatkan ibu bapa khuatir untuk membawa anak-anak bersuka ria di taman. Beli sahaja set mini permainan gelongsor dan buaian untuk anak-anak bermain di rumah. Jimat masa, tenaga dan keselamatan anak-anak juga terjamin.

Selain gelongsor, terdapat buaian dan jaring bola khas untuk mereka. Lengkap dengan musik, pasti anak-anak akan merasai feel yang lebih menarik berbanding di taman awan. Permainan ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 0-6 tahun.

Katil

Kanak-kanak juga mempunyai citarasa yang tinggi untuk mendeko bilik tidur mereka. Secara tidak langsung, mereka juga akan lebih seronok dan berani untuk tidur seorang diri di bilik yang baru.

Jika anda mempunyai anak perempuan yang ramai, katil ini mempunyai dua tingkat. Lapisan bawah katil juga boleh ditarik dan sesuai untuk dijadikan tempat tidur yang ketiga. Bukan itu sahaja, di dinding katil ada banyak rak yang boleh menyimpan barang anak-anak.

Buku Mewarna

Didikan awal kanak-kanak dimulakan dengan mengenal warna, huruf dan nombor. Berikan anak-anak buku mewarna kerana menjadi asas untuk menulis dengan baik. Buku mewarna juga dapat meningkatkan kreativiti dan bertindak sebagai terapi psikologi si kecil.

Nak jimat beli buku berwarna magik yang berfungsi dan bertukar warna apabila menggunakan pen air. Beli satu buku percuma pen magik air. Nak warna berulang kali pun boleh kerana warnanya akan kembali putih setelah kering.

Puzzle

Bermain puzzle dapat meningkatkan kemahiran berfikir dalam menyelesaikan masalah, meningkatkan koordinasi mata dan tangan serta merangsang kemahiran kognitif.

Sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke atas, belajar melalui puzzle juga salah satu cara terbaik. Puzzle dengan pelbagai tema, gambar dan warna pasti menarik perhatian mereka.

Gelang Tangan

Sudah menjadi kelaziman membeli barang kemas untuk anak-anak perempuan sewaktu kecil. Bukan sahaja untuk perhiasan malah sebagai pelaburan sewaktu dewasa kelak.

Gelang emas 916 pelbagai corak juga dijual di Shopee dengan berat dan saiz yang tepat serta harga berbaloi. Pakej termasuk kotak barang kemas. Beli dengan penjual di bawah kerana boleh dipercayai dengan maklum balas yang banyak dan positif.

Mini Mikrofon

Jika anak-anak anda suka menyanyi, hadiah mini mikrofon yang sangat sesuai untuk si cilik yang ingin mengembangkan bakat terpendam mereka. Mikrofon dengan LED berkilauan padanya agak unik dan boleh disambungkan dengan telefon bimbit, MP3 dan komputer riba.

Mikrofon ini boleh dilaraskan sehingga 110cm, menggunakan bateri untuk berfungsi dan bertindak sebagai salah satu teknik pembelajaran.

Telekung

Hadiahkan telekung pada kanak-kanak sudah pasti anak-anak gembira dan lebih seronok dan bersemangat untuk menunaikan solat dan ibadah lain lebih-lebih lagi apabila mendapat telekung baru.

Telekung cotton untuk kanak-kanak pasti selesa kerana lembut dan sejuk. Sesuai untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun. Telekung tidak melekap pada badan dan tidak perlu memakai anak tudung kerana elok terletak. Telekung dihiasi lace atau sulaman mencantikkan lagi telekung.

Buku Digital Islamik

Kini lebih banyak buku digital diterbitkan selaras dengan peredaran zaman. Buku digital lebih menarik kerana mempunyai bunyi dan ilustrasi menarik. Beli buku digital islamik untuk anak-anak agar lebih mudah dedahkan mereka dengan ilmu agama.

Buku digital islamik keluaran MommyHana mempunyai dua target umur iaitu My First Book sesuai untuk kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 6 tahun. Manakala My Islamic Book sesuai untuk kanak-kanak berumur4 tahun hingga 12 tahun.

Kedua-dua buku mempunyai ilmu berkaitan agama sesuai untuk lingkungan umur tersebut seperti rukun solat, huruf hijaiyah dan doa harian. Kelebihan buku ini adalah boleh dicas, mempunyai bateri, isi kandungan islamik serta mempunyai dua bahasa iaitu melayu dan arab.

Wooden Jigsaw

Puzzle Jigsaw ini diperbuat daripada 100% kayu  MDF berkualiti yang sesuai untuk kanak-kanak dan tidak bertoksik. Wooden Jigsaw membantu koordinasi tangan dan mata serta meningkatkan daya penyelesaian masalah bagi kanak-kanak.

Puzzle kayu ini berpotensi untuk tahan lebih lama. Walaupun diperbuat daripada kayu, namun design dan corak berwarna dan jelas. Anda boleh borong papan jigsaw yang berbentuk huruf, nombo, bentuk, haiwan dan sebagainya.

Sejadah Elektronik

Sejadah elektronik sangat bagus untuk anak-anak yang baru mahu belajar untuk solat. Jika anda sibuk dan tiada masa, bagi saja sejadah ini dan mereka boleh mempelajari sendiri dengan jelas dan mudah.

Sejadah ini dilengkapi dengan audio bacaan dari niat sehingga doa dan tasbih, bacaan untuk solat fardhu dan sunat, kompas kiblat, gambaran tertib dan kiraan rakaat untuk rujukan pengguna. Sesuai untuk anak-anak berumur 4 sehingga 12 tahun.

Tabung

Didik anak dari kecil untuk menabung dengan memberinya hadiah tabung yang unik dan comel seperti tabung dalam rajah di atas. Berkonsepkan mesin ATM, tabung digital mempunyai musik terutama bila wang dimasukkan ke dalam tabung dan memasukkan kata kunci.

Kanak-kanak pasti teruja dan ingin selalu menyimpan duit. Secara tidak langsung, mereka belajar untuk menguruskan wang yang diperoleh.

Khemah

Sekiranya anda tiada masa untuk bawa anak bermain di taman, bawakan konsep taman ke rumah dengan membeli set permainan khemah yang besar dan bagus untuk si cilik.

Set ini termasuk sebuah khemah, sebuah terowong dan kolam bola yang menghubungkan antara satu sama lain. Ringan, mudah dipasang dan disimpan. Corak juga pasti  membuatkan anak-anak berasa seolah-olah berada di istana.

Papan Tulis

Anak-anak suka menconteng dinding? Apa kata anda hadiahkan mereka papan tulis 2 dalam 1 yang sesuai dengan ketinggian dan umur mereka. Papan ini terdiri daripada papan putih dan papan hitam dengan beg penyimpanan barang.

Paling menarik, papan ini mampu berputar 360 darjah dan boleh mengubah ketinggian dan sudut agar anak-anak lebih selesa. Hal ini juga dapat membolehkan anak-anak menulis dengan pelbagai posisi. Sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke atas.

Smart Watch

Salah satu aksesori yang digilai ramai kanak-kanak adalah jam tangan. Hadiahkan jam tangan digital kanak-kanak pasti mereka suka. Walaupun ianya hanyalah jam tangan kanak-kanak, namun fungsinya tetap canggih.

Boleh merakam gambar, mengesan lokasi anak-anak, boleh membuat panggilan, bertindak sebagai jam loceng dan sebagainya. Paling penting jam ini mengandungi sistem keselamatan iaitu butang SOS yang mampu menghubungkan kanak-kanak dengan ibu bapa dalam 5 saat.

Beg

Nak hantar anak ke taska atau ke sekolah pasti memerlukan beg khas untuk mereka bawa barang bersama. Kanak-kanak perempuan khususnya pasti suka beg comel dengan kartun kegemaran mereka.

Antara kartun yang digemari kanak-kanak sekarang adalah Frozen. Beg Frozen ini mempunyai material nylon yang kalis air dan mudah untuk dicuci. Beg ini sesuai dengan kanak-kanak berumur 4 hingga 7 tahun.

Pop It

Permainan yang diperbuat daripada silikon dengan pelbagai warna menyerlah ini pasti membuatkan setiap kanak-kanak dan dewasa asyik memicitnya. Permainan sensori ini dapat menghilangkan tekanan atau lazim digunakan sewaktu bosan.

Anda boleh dapatkan permainan ini dengan harga yang sangat murah dan mempunyai pelbagai bentuk seperti Unicorn, epal, Ice Cream dan robot.

Scrunchy

Untuk anak-anak berambut panjang, hadiahkan mereka set scrunchies pasti membuatkan mereka terpukau kerana coraknya yang cantik dan menggunakan warna pastel. Getah rambut sangat elastik dan tidak sakit semasa hendak mengikat atau menguraikan rambut.

Play Dough

Kalau zaman dahulu dipanggil tanah liat, kini telah diinovasi dengan lebih baik menggunakan bahan yang selamat buat kanak-kanak bermain. Diperbuat daripada tepung gandum, garam dan bahan lain yang berkualiti tinggi dan tidak bertoksik sangat sesuai untuk kanak-kanak bermain sambil dapat mengembangkan minda dan kreativiti.

Terdapat 22 set play dough serta kelengkapan permainan lain dengan konsep berbeza dan menarik seperti sayur-sayuran, hutan, roket dan sebagainya pasti membuat anak-anak teruja. Play dough ini tidak melekit dan tidak berbau.

Bantal

Walaupun sekadar bantal peluk, pasti menjadi bantal yang paling istimewa dan kesukaan kanak-kanak sehingga mereka dewasa. Bantal kartun arnab dengan saiz 80cm sangat lembut.

Anda boleh pilih warna biru atau pink untuk diberikan kepada mereka. Tambahkan kad ucapan agar lebih bermakna.

Pensil Warna

Tak perlu tunggu untuk ke sekolah, belikan anak pensil warna sudah cukup membuat mereka bahagia. Sekurang-kurangnya ada aktiviti yang boleh dijadikan hobi. Hadiah ini dapat menggalakkan anak-anak untuk mewarna yang boleh meningkatkan fokus dan kreativiti si kecil.

Set pensil warna di atas mempunyai 3 set dengan jumlah alat mewarna yang berbeza iaitu 208, 150 dan 86 batang dalam setiap kotak. Setiap set mempunyai krayon, pensil warna, warna air, gunting, berus warna dan beberapa aksesori lain.

Botol Air

Jika anak anda kurang minum, apa kata anda hadiahkan botol air yang comel dengan corak kartun kegemaran mereka. Mana tahu mereka kekal hidrasi dan kerap minum dengan botol baru.

Botol air dari jenama Kidztime sangat berkualiti yang mampu memuatkan 550ml air. Corak dan design pula sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 5 tahun.

Pasti anda tidak buntu lagi mencari hadiah untuk kanak-kanak perempuan yang sesuai dan bermanfaat buat mereka. Selamat membeli dan semoga anak-anak gembira dengan hadiah tersebut!

Kami juga ada menulis artikel lain tentang:

Pendapat dan pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah perkongsian dan pendapat penulis.

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.