Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

10 Senarai Lagu Patriotik Malaysia Yang Semua Anak Patut Tahu

Mencari senarai lagu patriotik Malaysia? Lagu patriotik bukan sahaja boleh menyemarakkan perasaan cintakan negara malah ia juga merupakan salah satu cara…

KeluargaDikemas kini 24 Februari 2019oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
Ilustrasi: 10 Senarai Lagu Patriotik Malaysia Yang Semua Anak Patut Tahu

Nota: artikel ini mungkin mengandungi pautan afiliasi. Bidadari.my mungkin memperoleh komisen kecil tanpa kos tambahan kepada anda.

Mencari senarai lagu patriotik Malaysia?

Lagu patriotik bukan sahaja boleh menyemarakkan perasaan cintakan negara malah ia juga merupakan salah satu cara untuk kita menghargai kemerdekaan yang dikecapi pada hari ini. Istimewa untuk anda, hari ini kami kongsikan senarai lagu patriotik Malaysia yang wajib dikenali oleh setiap anak Malaysia untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan.

1. Tanggal 31 Oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad

Siapa yang tak kenal lagu ini? Setiap kali tiba bulan kemerdekaan, pastinya lagu evergreen nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad ini berkumandang di corong radio dan televisyen sebagai salah satu lagu patriotik terbaik Malaysia.

2. Warisan Oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad

Lagu Warisan nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad pula berentak lembut dan meruntun jiwa. Lagu indah ini melambangkan kecintaan yang tidak terhingga kepada tanah air Malaysia.

3. Bahtera Merdeka Oleh Aisyah

Bahtera Merdeka nyanyian Aisyah kekal menjadi kegemaran ramai dengan melodi dan vokal yang mantap. Lagu kemerdekaan ini wajib dikenali oleh setiap anak Malaysia.

4. Saya anak Malaysia Oleh Dr Sam

Lagu rancak nyanyian Dr Sam ini cukup memikat hati dengan iramanya yang ceria. Jika anda berada di perantauan, lagu ini pasti membuatkan anda semakin rindu untuk pulang ke Malaysia.

5. Setia Oleh TV1

Jika anda membesar pada tahun 70-an dan 80-an, pastinya anda ingat lagu Setia yang disiarkan di TV1. Alunannya yang indah menyemarakkan rasa cinta kepada Malaysia setiap kali berkumandang.

6. Inilah Barisan Kita

Inilah Barisan Kita lazimnya dinyanyikan sempena sambutan bulan merdeka sebagai penghargaan kepada askar yang bersiap siaga menjaga keamanan dan kedaulatan negara.

7. Keranamu Malaysia

Keranamu Malaysia menjadi lagu kebangsaan sempena bulan merdeka bagi tahun 2000 sehingga 2006. Rentaknya yang rancak membangkitkan semangat cintakan negara setiap kali berkumandang.

8. Malaysia Berjaya

Malaysia Berjaya sering berkumandang di televisyen dan radio pada era 90-an. Lagu ini mengundang nostalgia sambil membangkitkan semangat cintakan negara.

9. Malaysia Sejahtera

Mungkin kurang dikenali generasi muda kerana jarang diputarkan kini, namun lagu ini kaya dengan mesej rakyat Malaysia berbilang kaum yang bersatu padu dan hidup penuh harmoni.

10. Gemuruh Jiwa Oleh Faizal Tahir

Gemuruh Jiwa nyanyian Faizal Tahir tidak pernah gagal menaikkan semangat cintakan negara. Lagu patriotik moden ini wajib dikenali setiap anak Malaysia.

Itulah dia 10 lagu patrotik Malaysia yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang permainan tradisional.