Tuhau. Anda pernah dengar? Bagi orang semenanjung mungkin perkataan ini agak aneh bagi kita namun bagi mereka yang menetap di kepulauan Borneo terutamanya di Sabah, pastinya air liur mereka mahu meleleh apabila mendengar perkataan tuhau.
Tuhau adalah sejenis tumbuhan yang sedap dimakan. Ia boleh dimakan begitu sahaja atau boleh juga dimasak. Yang sebenarnya di semenanjung juga ada tuhau cuma kita mengenalinya dengan nama yang lain.
Tuhau adalah makanan tradisi suku Kadazan-Dusun. Ia merupakan sejenis tumbuhan dalam kategori yang sama sepertu halia dan lengkuas. Ia juga dikenali sebagai Upak Kechalak. Pokoknya berbatang panjang dan mempunyai daun yang kurus dan panjang.
Tuhau biasanya tumbuh di kawasan yang redup dan lembab seperti di tepi sungai atau paya. Ia agak sukar untuk tumbuh di kawasan yang panas dan bertanah kering. Jika di Sabah, tuhau banyak ditemui di kawasan pedalaman seperti di daerah Keningau, Tambunan,Tenom, Ranau dan juga Nabawan.
Tuhau mempunyai aroma yang harum dan sedap untuk dihidu, hampir sama dengan aroma bunga kantan. Yang sebenarnya di semenanjung juga ada tuhau, cuma kita memanggilnya dengan nama tepus. Anda pernah dengar atau makan pucuk tepus? Nah itulah dia tuhau yang popular di Sabah.
Ada pelbagai cara untuk makan tuhau. Ia adalah makanan istimewa di Sabah dan biasanya dimasak pada Hari Gawai dan Hari Keamatan. Ia boleh dimakan begitu sehaja sebagai ulam dan boleh juga dimasak. Nak tak kalau kami kongsikan resepi tuhau yang boleh anda cuba? Percayalah sekali anda cuba tuhau, pastinya anda akan jatuh cinta dan ingin makan lagi. Di antara resepi tuhau yang boleh anda cuba adalah seperti berikut:
Tuhau sangat sedap jika dijadikan sebagai ulam. Apa yang perlu anda lakukan ialah ambil batang tuhau yang masih lembut. Pastikan anda ambil batang tuhau muda yang masih lembut dan bukannya tuhau tua yang keras. Sekiranya anda mengambil batang tuhau yang sudah keras, ia tidak sedap lagi untuk dimakan dan susah untuk dikunyah.
Sesudah diambil, bersihkan tuhau dan potong halus-halus seperti anda memotong ulam lain seperti timun. Kemudian anda boleh makan ulam tuhau tadi dengan nasi. Lebih enak kalau dimakan bersama nasi panas dan sambal.
Ini adalah sejenis resepi yang sangat garing seolah sambal kering yang boleh disimpan lama sehingga setahun, jika anda simpan dalam bekas bersih dan kedap udara. Ia akan tahan dengan lebih lama jika anda menyimpan di dalam peti ais. Cara untuk menyediakan tuhau garing bersama cili putih, bawnag goreng, dan ikan bilis adalah seperti berikut:
Bahan-bahannya:
Cara-caranya:
Resepi tuhau yang ketiga ingin kami kongsikan pada hari ini ialah tuhau ditumis bersama cili putih. Untuk menyediakannya:
Bahan-bahan:
Cara-caranya:
Ini pula ialah resepi tuhau yang ditumis bersama cili putih dan ikan bilis. Ini adalah salah satu resepi tuhau kegemaran kami dan anda wajib cuba. Untuk menyediakan menu ini, apa yang perlu anda lakukan ialah:
Bahan-bahan:
Cara-caranya:
Jeruk tuhau tahan sangat lama. Is boleh disimpan sehingga 6 bulan dan akan tahan dengan lebih lama jika anda menyimpan di dalam peti ais. Untuk membuat jeruk tuhau, apa yang perlu anda lakukan ialah:
Bahan-bahannya :
Cara-caranya:
Sedap sungguh semua resepi tuhau yang kami kongsikan tadi kan? Kalau anda teringin untuk merasa, bolehlah cari tuhau atau tepus di pasar pagi atau pasar basah berdekatan. Itulah dia info tentang tuhau yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat.
Semoga kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang pokok dukung anak dan khasiat bawang putih