Anak-anak kita semakin hari semakin membesar dan akan mula mengenali dunia luar yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Kita sebagai ibu bapa perlu sentiasa ada di sisi mereka ketika susah atau senang. Namun, bukan setiap masa kita boleh berada di sisi mereka dan mendengar luahan hati mereka.

Kawan-kawan adalah tempat anak kita mula bersosial dan meluangkan masa lebih banyak daripada di rumah dan keluarga. Pada waktu ini, kita akan mula melihat perubahan perangai anak kita sama ada ke arah positif atau negatif. Jika anak anda mempunyai kawan atau sahabat yang baik dan sopan, anak anda juga akan turut sama seperti kawannya. Jika tidak, anak anda akan menjadi yang disebaliknya.

Faktor berkawan juga adalah salah satu penyebab perubahan perangai anak kita. Jadi, sebagai ibu bapa, anda perlu tahu perubahan-perubahan yang berlaku pada anak anda. Terdapat beberapa tanda yang boleh kita lihat jika hati anak mula gelap. Apakah tanda-tandanya ?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 7 tanda-tanda hati anak mula gelap. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.

7 Tanda-tanda hati anak mula gelap

tanda hati anak mula gelap
Imej via Bidadari.my
  • Anak kita mula banyak maki hamunnya-Anak kita mula kasar dalam percakapannya.
  • Anak kita mula suka menyakiti perasaan kita.
  • Anak kita mula malas ke tempat ceramah agama.
  • Anak kita mula malas membaca Al Qurannya.
  • Anak kita mula ketagih hiburan semata.
  • Anak kita mula suka melawan dan membantah nasihat kita.

Cara lembutkan hati anak kembali

Lembutkan hati anak kita kembali :

  • Dengan memperlunak nada suara kita.
  • Dengan menunjukkan kasih sayang pada mereka.
  • Dengan belajar Love Language dan Personaliti anak kita.
  • Dengan memberi sepenuh perhatian kita kepada mereka.
  • Dengan tanpa jemu menasihati mereka.
  • Dengan membawa mereka ke kelas dan ceramah agama.
  • Dengan mendoakan anak di tiap solat dan Qiyamullail kita.
  • Dengan memperbanyak cerita tentang syurga dan neraka

*Berikut adalah tanda-tanda hati anak kita mula gelap. Tetapi anda tidak perlu risau, terdapat cara yang boleh mengelakkan hati anak anda daripada terus gelap. Anda boleh ikuti tips di atas untuk lembutkan hati anak anda dan mula bimbing anak anda ke jalan yang betul. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.