Setiap anak mempunyai perangai yang berbeza dan kerenah yang berlainan. Ada anak yang pendiam, tidak banyak ragam, ada yang kuat menangis dan hati yang sensitif, anak yang aktif berlari, berlompat dan macam-macam lagi. Boleh dibuat pening kepala ibu bapa untuk melayannya.

Lebih-lebih lagi anak yang semakin membesar dan mencapai umur akil baligh. Mereka akan menjadi lebih sensitif dan ingin melakukan perkara yang mereka tidak pernah buat. Jika kita memarahinya, mereka akan memberontak dan akan lakukan perkara yang tidak diingini.

didik anak sebelum akil baligh
Imej via Facebook

Namun ada caranya untuk kita lakukan kepada anak-anak sebelum mereka mencapai umur akil baligh dan menjadi lebih sensitif. Apakah caranya?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 6 cara yang perlu dilakukan oleh ibu bapa sebelum anak mencapai umur akil baligh. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting.

Cara untuk didik anak sebelum masuk umur akil baligh

  • Sensitif dengan perubahan emosi dan perangai dia
  • Peluk cium anak setiap hari walaupun kita sendiri rasa tertekan setiap hari
  • Respon perangai pelik mereka dengan penuh sabar dan tenang
  • Tidak gunakan jerkahan dan kekuatan fizikal kita untuk menekan emosi anak kita
  • Bagi perhatian yang seadil yang kita mampu pada semua anak anak kita
  • Tidak mengamalkan Favouritism dalam parenting, iaitu melebihkan anak anak yang tertentu sahaja

*Ikuti cara yang diberitahu oleh Dr. Taufiq ini, insyaallah anak akan menjadi lebih baik dan dididik dengan penuh kasih sayang. Cara ini dapat menunjukkan kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak. Mereka akan nampak usaha dan kasih sayang yang kita curahkan kepada mereka. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.