Siapa yang di sini masih mempunyai ayah? Siapa yang sudah tiada ayah? Kepada mereka yang masih mempunyai ayah, hargailah ayah anda itu.Walaupun mereka mungkin kadang-kala tidak seperti yang kita bayangkan, tetapi mereka seorang yang sanggup berkorban untuk kita.

Disini kami kongsikan tentang 8 kasih ayah kepada anak yang mungkin kita tidak tahu. Hasil karya ini diperolehi daripada BoredPanda.

#1 Suka atau tertawa dengan perbuatan kita, tetapi di depan kita lain mukanya

kasih ayah

#2 Mahu kita menjadi lebih baik daripada dirinya

kasih ayah

#3 Pandai menghibur kita dengan cara yang ‘pelik’

kasih ayah

#4 Pasti mempunyai anak yang menjadi kesayangan mereka. Anda anak ayah?

kasih ayah

#5 Adakah rupa anda sama seperti ayah anda?

kasih ayah

#6 Sanggup berkorban dengan anda hatta sekeping pizza

tentang-ayah-6

#7 Sanggup melepaskan keutamaan mereka untuk anda

tentang-ayah-7

#8 Sentiasa ada dalam diri anda walaupun mereka sudah tidak ada suatu hari nanti

tentang-ayah-8

Pengorbanan Seorang Ayah

Saya  semasa kecil, seorang yang sangat nakal. Tetapi apabila semakin meningkat usia, saya semakin sedar tentang erti tanggungjawab. Ayah saya mula pencen sebelum lagi saya bekerja.

Selepas pencen, ayah masih kerja lagi untuk sara kami keluarga, lebih-lebih lagi adik-adik yang bersekolah rendah dan berada di universiti. Di saat inilah saya rasa kasih seorang ayah yang tidak nampak.

Saya rasa sangat-sangat penting seorang ayah dalam kehidupan kami. Saya bagaikan hilang separuh semangat dan jiwa jika ayah tiada. Selepas pencen, ayah bekerja di satu tempat yang jauh daripada keluarga. Balik pun tidak selalu.

Tetapi apabila ayah balik, rumah jadi lain.Jiwa rasa tenang. Tidak serabut.Benarlah apa orang kata, apabila kita berjauhan dengan seseorang. Barulah kita akan rasa rindu.

Kita sebenarnya bertuah!Kepada mereka yang sudah tiada ayah, sedekahkanlah pahala kepada beliau.Semoga artikel ini membantu.

Jangan lupa untuk share supaya ramai lagi dapat membacanya.

Penulis: Lily Izzuan

Seorang yang simple dan berpegang pada prinsip bahawa sesuatu yang baik itu perlu dikongsi. Merupakan salah seorang penyumbang artikel di Bidadari.my. Mencari artikel yang menarik yang ada.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.