Pernahkah makan soto di kedai atau di mana-mana majlis kuah sotonya jernih macam kuah sup biasa? Ya itu ialah soto pada umumnya. Namun kalau kuah soto pekat ala Madura pernah rasa ke tidak agaknya?

Mari sini kami akan kongsi resepi soto yang pekat dan kaw kuahnya ala-ala Soto Madura gitu. Ini resepi daripada Bam Azimad yang berkongsi di laman Facebook. Kalau buat meniaga konfirm ramai pelanggan datang.

Tunggu apalagi mari buat soto kaw ala soto Madura sekarang. Untuk acara kenduri kendara pun nikmat. Selamat mencuba.

Resepi Soto Kaw Ala Soto Madura

soto madura

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • ½ ekor ayam,
  • 10 biji bawang merah*,
  • 5 biji bawang putih*,
  • 3 batang serai*,
  • 2 inci kunyit*,
  • 1 inci lengkuas*,
  • 2 inci halia*,
  • 1 bungkus rempah sup (yang kecil),
  • Rempah tumis – kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih,
  • ¼ cawan santan,

Cara-cara :

  1. Kisar yang bertanda * dan gaul dengan rempah sup (A).
  2. Tumis bahan A, masukkan sedikit air.
  3. Jika sudah garing, masukkan santan.
  4. Masukkan ayam dan air.
  5. Masak sampai mendidih, letak garam. Gula boleh letak sesudu kecil sebagai penambah rasa.
  6. Jika ingin lagi sedap letak seketul stok ayam.

Senang bukan? Campak-campak terus jadi soto kaw-kaw.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi soto, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.