Resepi Kuih Sagu Confirm Menjadi + Sedap! (Tak Rugi Cuba!)
Anda tahu cara untuk membuat kuih sagu? Jika tidak, memang tepat pilihan anda untuk ke bidadari.my hari ini kerana hari ini kami akan berkongsikan kepada…

Anda tahu cara untuk membuat kuih sagu? Jika tidak, memang tepat pilihan anda untuk ke bidadari.my hari ini kerana hari ini kami akan berkongsikan kepada anda resepi kuih sagu. Untuk yang baru pertama kali memasak kuih, jangan risau. Kuih sagu sebenarnya antara kuih yang paling senang untuk dibuat dan bahan yang digunakan juga senang untuk didapati. Kami pasti bahan bahan ini pasti ada di dapur anda. Kuih ini banyak dijual di pasar malam. Tapi pastinya belum tahu samada ia kena dengan selera anda atau tidak. Apa kata anda cuba sendiri resepi kuih sagu ini untuk minum petang anda. Resepi ini dikongsikan oleh Puan Nor Shakinah Md Zainal dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.
Resepi Kuih Sagu
Selamat petang. Harini saya nak share cara buat kuih sagu untuk yang belum tahu cara. Tanpa sukatan janji ikut cara dibawah confirm jadi. Cara buat dan bahan yang simple tapi ramai yang suka kan. Kenyal kenyal lembut

Imej via Facebook
Bahan Bahan

Imej via Facebook
- Sagu
- Gula
- Sirap
Cara cara Memasak
-
Rendam sagu selama sejam. Dah kembang toskan sekejap

Imej via Facebook
-
Masukkan dalam loyang. Tambahkan gula (ikut kemanisan yang anda nak) dan masukkan sirap pun ikut tahap mana nak, nak terang letak lebih ye

Imej via Facebook
-
Dah siap gaul akan jadi gini. Tak perlu tambah air

Imej via Facebook
-
Kukuskan. Kukus sampai biji sagu berkaca/berkilat

Imej via Facebook
-
Dah siap. Tutup api, sejukkan.

Imej via Facebook
-
Potong

Imej via Facebook
-
Gaul dengan kelapa yang dikukus sekejap kalau kelapa tua la. Kelapa muda tak payah kukus dah. Kelapa tu pulak gaul dengan sedikit garam

Imej via Facebook
-
Dah boleh makan

Imej via Facebook
Selamat Mencuba
Resepi Kuih Lain Yang Menarik
Selain resepi ayam masak merah, kami juga mempunyai beberapa resepi ayam yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.
- Resepi Kuih Tepung Pelita
- Resepi Kuih Keria
- Resepi Kuih Lapis
Jangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye.