Jom jenjalan ke Johor, teringin nak makan mi rebus sedap orisinil Johor!
Tidak perlu, kerna anda boleh buat sendiri di rumah, bahkan dengan rasa yang sama macam kedai di Johor.

Berbincang pasal mi, memang tidak dapat dielakkan bahawa mi telah jadi kesukaan dari masa ke masa. Dalam kalangan semua umur apalagi kanak-kanak konfirm sangat menyukai mi. Apalagi kalau mi tersebut dihidang dengan resepi yang power.

Resepi power seperti mi rebus Johor salah satunya. Dari bentuknya saja sudah sangat menggoda. Kuah dan kombinasi isi bahan hiasannya bikin menitik air liur. Rasa ingin menyedut semua mi dalam sekali suap.

Memang sedap apalagi resepi mi rebus Johor Hj Wahid yang dikongsikan oleh Khairul Ghazali‎ di Facebook ini. Anda patut cuba resepi ini. Supaya anda tahu keenakan mi rebus Johor. Resepinya senang dan hasilnya sangat sedap. Sila cuba.

Resepi Mi Rebus Johor

mi rebus johor

Imej via iresipi

Bahan-bahan:

  • 2 kilo mee kuning, dicelur ( sebenarnya, 3 bungkus saja sudah cukup, bila celur jadi banyak)
    1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel (boleh guna daging kisar untuk dalam kuah + rebus daging dan hiris untuk tak masuk dalam kuah)
  • 4 biji keledek, direbus dan dikisar (keledek merah, tapi rasanya kalau guna keledek kuning lagi elok kerna lebih manis)
  • 1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar (letak atas penapis halus dan lalukan dengan air)
  • 3 ulas bawang putih, dikisar
  • 3 biji bawang merah, dikisar
  • 1 inci halia, dikisar
  • 1/2 cawan udang kering, dikisar
  • 3 batang serai, dititik
  • 1 inci lengkuas, dititik (kalo malas, boleh blender sekali, senang)
  • 5 sudu makan rempah kari daging
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Bahan Taburan (Tepung Udang Kering)

  • 1/2 cawan udang kering, dikisar
  • 80g tepung gandum
  • ¼ camt serbuk kunyit
  • Garam
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan

  • Tahu yang digoreng, dipotong kecil
  • Daun sup, dimayang
  • Bawang goreng
  • Telur rebus, dibelah dua
  • Lada hijau, dipotong bulat
  • Taugeh, dicelur
  • Limau kasturi, dibelah dua

Cara Menyediakan Tepung Udang Kering

1. Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
2. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

Cara Menyediakan Kuah

1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
3. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
4. Masukkan rampah kari kacau rata,
5. Kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (Selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
6. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Cara Untuk Menghidang

Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tauhu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

Note : Penulis tidak menggunakan tepung udang kering kerana tak sempat masa.

selamat mencuba.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi mi rebus johor, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.