Mahu resepi periuk noxxa? Punyai periuk noxxa di rumah tapi tidak dipakai? Mungkin ada sebahagian orang yang mempunyai kes sama. Dikeranakan tidak tahu ingin masak apa dengan periuk noxxa, pada akhirnya periuk menjadi hiasan dapur saja.

Supaya periuk anda tidak hanya jadi hiasan dapur, baiknya anda intip resepi di bawah ini dan buat hidangan menggunakan periuk noxxa. Ada 25 resepi makanan periuk noxxa yang ingin kami hadirkan untuk anda.

Memasak dengan periuk noxxa sangat mudah. Malah ianya menjimat masa dan cara memasak tidak pula leceh. Tinggal tekan, tunggu dan siap! Sambil itu boleh buat kerja yang lain pula.

Resepi makanan periuk noxxa di bawah ini ialah antara masakan kesukaan ramai di Facebook. Rugi jika anda tidak mencuba resepi periuk noxxa ini. Selamat mencuba.

1. Resepi Kek Sarang Semut Noxxa

kek sarang semut

Imej via Facebook

Dengan periuk noxxa hanya steam selama 20 minit untuk membuat kek sarang semut. Berbanding dengan menggunakan oven boleh ambil masa hingga 1 jam. Boleh untuk buat bekal adik, anak mahupun suami untuk bawa ke sekolah atau tempat kerja. Resepi daripada Zarida CN di laman Facebook.

Bahan Untuk Karamel :

  • 1 cawan gula kasar,
  • 1 cawan air panas,
  • 5 sudu marjarin.

Cara Membuat Karamel :

  1. Hanguskan gula sehingga keperang-perangan menggunakan api kecil.
  2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit (hati-hati takut merecit).
  3. Kemudian larutkan gula sehingga cair.
  4. Akhir sekali, masukkan marjarin. Ketepikan.

Bahan-bahan Utama :

  • 1 cawan tepung gandum,
  • 2 sudu teh soda bikarbonat,
  • 4 biji telur,
  • 1 sudu teh esen vanilla,
  • ½ cawan susu pekat,

Cara-cara :

  1. Mula-mula ayak tepung dan soda bikarbonat dan ketepikan.
  2. Pukul telur hingga kembang selama 2-3 minit guna mixer atau guna blender.
  3. Kemudian masukkan susu pekat dan aising vanilla, masukkan gandum dan soda yang diayak.
  4. Seterusnya masukkan karamel.
  5. Blend sekejap saja atau guna mixer yang low speed sekejap atau kacau pakai senduk kayu (boleh guna blender saja).
  6. Masukkan dalam bekas (sapu marjarin dan gandum dulu) untuk dibakar.
  7. Perap selama 1-2 jam (1 jam sudah ada sarang).
  8. Bakar dalam oven biasa suhu 160°C selama 1 jam atau periuk noxxa dan steam selama 20 minit.

Tips :

  • Untuk dapatkan sarang yang cantik ialah bila masukkan gandum, soda dan karamel dicampur atau blend sekejap saja.
  • Untuk dapatkan kek yang berlubang-lubang caranya dengan memotong kek di tengah, kemudian tengok arah garisan kek dan potong kek melintangi garisan itu (ala-ala potong daging kena lawan arah garisan).

2. Resepi Sardin Homemade

sardin homemade

Imej via Facebook

Sardin homemade menggunakan periuk noxxa cara Ida Kamarudin‎ yang dikongsikan di laman Facebook. Dijamin halal, bersih, sedap, tiada bahan pengawet dan yang paling penting dijamin tidak terkontaminasi dengan cacing. Resepi menggunakan ikan selayang. Hidangkan sardin dengan perah asam limau, potong cili dan bawang.

Bahan-bahan :

  • 5 biji bawang besar,
  • 7-10 ulas bawang putih,
  • Tomato puri,
  • Sos tomato,
  • Sos cili,
  • 1-2 sudu tepung jagung,
  • Garam dan gula.

Cara-cara :

  1. Mula-mula tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris.
  2. Kemudian masukkan tomato puri, sos tomato, sos cili anggaran secawan setiap 1 jenis sos (atau ikut suka letak banyak mana janji sesuai dengan selera).
  3. Letak sedikit garam dan gula, tepung jagung yang telah dibancuh untuk pekatkan kuah.
  4. Kemudian masukkan ikan.
  5. Tambah air sedikit sampai paras ikan.
  6. Akhir sekali HP dan set masa selama 2 jam (120 minit).

3. Resepi Nasi Arab Style Noxxa

nasi arab noxxa

Imej via Facebook

Guna periuk noxxa untuk masak nasi arab macam mudah bukan? Seperti resepi nasi arab masak periuk noxxa yang dikongsikan oleh Suzanah Zakaria di laman Facebook. Kemudahan menggunakan periuk noxxa ialah, ianya boleh memudahkan anda memasak bahkan masakan yang rumit macam nasi arab sekalipun. Bahkan hasilnya pun sangat memuaskan.

Bahan-bahan :

  • 4 cawan beras basmathi,
  • 5 cawan air,
  • Ayam – ikut suka banyak mana,
  • 3 ulas bawang bawang putih – dihiris,
  • 1 biji bawang besar – dihiris,
  • 1 inci halia – dihiris,
  • Rempah 4 sekawan,
  • 4 sb butter atau marjarin atau minyak sapi,
  • Garam,
  • Gula,
  • 2 biji cili merah – belah tengah,
  • 2 biji cili hijau – belah tengah,
  • Daun ketumbar – patah-patahkan.
  • Tomato – optional.
  • Rempah nasi arab.

Cara-cara :

  1. Set SF (Stir Fry) pada noxxa.
  2. Mula-mula masukkan minyak sapi, tumis rempah 4 sekawan, bawang putih, bawang besar dan halia.
  3. Kemudian masukan rempah nasi arab.
  4. Lalu masukkan ayam dan air sedikit.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Biarkan mendidih dulu baru masukkan beras dan air.
  7. Kacau sebati.
  8. Lalu masukkan cili merah, cili hijau dan daun ketumbar.
  9. Kemudian OFF SF dan ON HP selama 6 minit.
  10. Siap.

4. Resepi Nasi Khaumok

nasi khaumok

Imej via Facebook

Selama masa raya, boleh sampai 3 kali memasak nasi khaumok untuk tetamu. Nasib baik ada periuk noxxa. Hanya dengan 8 minit High Pressure siap sudah nasi untuk dihidangkan pada tetamu. Resepi daripada Amalina Izzah Roslan di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Minyak sapi untuk menumis.
  • Beras basmathi 1 kg,
  • Sebiji bawang besar,
  • 5 ulas bawang putih dan halia,
  • Ayam 22 ketul campur isi dan tulang,
  • Rempah khaumok 3 sudu besar,
  • Cili padi ditumbuk bersama akar ketumbar,
  • Susu cair setengah mug + perahan asam limau. Tidak kisah berapa banyak, perah dalam susu cair sampai susu cair tersebut jadi pekat.
  • Daun ketumbar.

Cara-cara :

  1. Panaskan dua sudu besar minyak sapi.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang sudah dipotong.
  3. Bila bawang besar sudah wangi, masukkan cili api yang sudah ditumbuk bersama akar ketumbar.
  4. Masukkan daun ketumbar.
  5. Masukkan rempah khaumok.
  6. Masukkan susu cair bersama perahan asam limau.
  7. Bila sudah mendidih, masukkan air yang sudah dicampur pewarna kuning telur.
  8. Masukkan ayam dan garam.
  9. Masukkan beras dan tutup periuk dan tekan HP 8.
  10. Siap untuk dihidang bersama sup ayam dan kuah sos homemade.
  11. Makan dengan sup.
  12. Supaya senang masak sup selalunya high pressure kan kaki, leher, kulit dengan tulang-tulang ayam dengan halia, lengkuas dan serai.

5. Resepi Apam nasi

apam nasi

Imej via Facebook

Mudah dan simple masak apam nasi dengan noxxa. Merujuk resepi daripada MasitahLubis NinaLabuchi di laman Facebook. Boleh membuat apam nasi yang sedap bahkan pada percubaan pertama.

Bahan-bahan :

  • Secawan nasi,
  • Secawan tepung beras,
  • Secawan tepung gandum,
  • Secawan gula,
  • Secawan air,
  • 1 bungkus yis isi 11 gram,

Cara-cara :

  1. Blender semua bahan diatas.
  2. Simpan dalam bekas bertutup biarkan 1 jam.
  3. Bila adunan naik dan berbuih bermakna yis aktif dan bagus.
  4. Kacau balik bagi rata.
  5. Masukkan dalam acuan yang sudah disapu minyak dan kukus selama 25minit saja guna steamer noxxa.
  6. Kalau kukus pakai pengukus biasa 30 minit.
  7. Hasilnya lembut dan gebu juga.

6. Resepi Nasi Daging

nasi daging

Imej via Facebook

Memasak nasi daging senang saja menggunakan periuk noxxa HP selama 18 minit. Kalau biasanya menggunakan periuk biasa dan leceh namun dengan periuk noxxa segalanya jadi mudah. Resepi daripada Rumaiah Asan di Facebook.

Bahan-bahan :

  • 1 kg daging,
  • Halia dihiris,
  • 4 sudu minyak sapi,
  • 3 bunga lawang,
  • 1 batang kayu manis gemuk,
  • 4-5 biji buah pelage,
  • 1 bawang besar hiris,
  • 1 inci halia – cincang,
  • 4 garlic – cincang,
  • 4 sudu makan rempah kurma,
  • 3-4 helai daun pandan,
  • 4 cawan basmathi (mogul),
  • 1 cawan susu cair,
  • 1 tomato besar potong dadu,
  • Perasa garam,

Cara-cara :

  1. 1 kg daging dihiris nipis dan hirisan halia direbus dengan noxxa HP 18 min.
  2. Tumis minyak sapi sampai jadi cecair, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga.
  3. Terus masukkan dan tumis bawang besar, halia, garlic dan rempah kurma.
  4. Masukkan 3-4 helai daun pandan.
  5. Bila wangi, masukkan basmathi (mogul) yang sudah direndam selama ½ jam. Toskan.
  6. Kacau semua bahan kemudian masukkan dalam noxxa dengan nisbah 1:1.5 liquid masak nasi dan 5 cawan air rebusan daging.
  7. Masukkan lagi 1 cawan susu cair.
  8. Terus masukkan 1 tomato besar potong dadu.
  9. Jangan lupa masukkan daging rebus tadi dan garam untuk nasi.
  10. Kemudian high pressure selama 8 minit.

Bahan Air Asam Nasi Daging :

  • 1 labu bawang besar hiris,
  • 1 biji tomato besar dadu,
  • Cili besar 3 biji,
  • Cili api 4 biji,
  • Kerisik 1 sudu makan,
  • Limau kasturi potong ikut suka nipis-nipis.
  • Gaul semua.
  • Letak garam dan gula ikut rasa.

7. Resepi Kek Coklat Kukus Noxxa

kek coklat kukus

Imej via Facebook

Mencari resepi kek noxxa yang mudah dan sedap? Nur Farah Syamimi membagikan resepi kek coklat kukus sukatan cawan di laman Facebook. Gerenti mudah dan lazat. Selamat mencuba.

Bahan Blend :

  • 1 cawan susu pekat,
  • 1 cawan minyak,
  • 2 biji telur,
  • 1cawan air panas,
  • 1 cawan gula,
  • Sedikit esen vanilla,

Bahan Ayak :

  • 1 sk soda bikarbonat,
  • 2 cawan tepung gandum.
  • 1 cawan serbuk koko.

Cara-cara :

  1. Gaul sebati bahan ayak dengan bahan blend.
  2. Kukus mengguakan steamer noxxa selama 30-40minit.
  3. Untuk tahu kek masak atau tidak, boleh cucuk di tengah-tengah kek, kalau tidak melekat maknanya sudah masak.

Bahan Topping Coklat :

  • Setengah cawan susu cair ,
  • 1/3 cawan susu pekat (kalau mahu manis boleh tambah lagi).
  • 3sudu minyak masak,
  • Setengah cawan serbuk koko.

Cara-cara :

  1. Masak semua bahan di atas api slow sampai pekat.
  2. Jika sudah pekat, tutup api.
  3. Pastikan kek sejuk dulu baru letak topping.

8. Resepi Ayam Panggang

ayam panggang

Imej via Facebook

Teringin masak ayam panggang tapi tidak ada oven mahupun pemanggang ajaib? Tidak perlu risau jika anda punya periuk noxxa. Segalanya jadi mudah bahkan memanggang ayam sekalipun. Resepi daripada Dhila Fadhila di Facebook.

Bahan-bahan :

  • 2 ketul ayam paha sahaja,
  • 4 ulas bawang putih diblend,
  • 1 inchi halia diblend,
  • 3 sudu sos tiram,
  • 4 sudu madu,
  • Sedikit garam,
  • Sedikit serbuk cili,
  • Sedikit lada hitam yang sudah ditumbuk.

Cara-cara :

  1. Blend bawang dengan halia.
  2. Tumbuk lada hitam.
  3. Lumur semua bahan dengan ayam dan perap selama 3-4 jam atau lebih.
  4. Simpan dalam peti 1 malam bagi lama perap supaya sedap.
  5. Lepas perap kemudian masukkan ayam dan lebihan air perap tadi dalam inner pot noxxa.
  6. Set high pressure 8 minit. Samakan titik pressure di tudung.
  7. Jika sudah siap 8 minit, bukak tudung dan tukar mode stir fry selama 5 minit.
  8. Kacau-kacau ayam dalam noxxa.
  9. Siap.

9. Resepi Laksam Ala Noxxa

laksam

Imej via Facebook

Antara resepi terbaik yang pernah ada. Gabungan antara tepung beras dan tepung gandum menghasilkan laksam yang lembut (bukan lembik) dan tidak melekit apabila dipotong. Resepi daripada Zura Ibrahim di laman Facebook untuk hidangan 5 orang.

Bahan-bahan :

  • 250 g tepung beras dan ½ cawan tepung gandum,
  • 2 ¾ cawan air sejuk,
  • 2 ¾ cawan air panas.

Cara-cara :

  1. Masukkan semua ke dalam mangkuk.
  2. Masukan air sejuk dan kacau.
  3. Kemudian masukkan pula air panas. Kacau guna whisk sehingga tidak berketul.
  4. Panaskan periuk kukusan (kalau guna steamer Noxxa tidak perlu panaskan).
  5. Griskan minyak pada loyang dan masukkan ke dalam kukusan.
  6. Sendukkan bancuhan laksam ke dalam loyang dan pastikan lapisan tidak terlalu tebal atau nipis.
  7. Kukus sehingga masak/timbul gelembung-gelembung.
  8. Steamer Noxxa setkan selama 5 minit.
  9. Sejukkan dahulu sebelum digulung.

Bahan Kuah Laksam :

  • ½ kg ikan kembung atau sardin (selayang) – bersihkan buang kepala dan ekor.
  • 1 kotak santan 200 ml,
  • 500 ml air untuk kuah,
  • 1 cawan air – untuk merebus ikan,
  • 1 st garam – untuk rebus ikan,
  • ½ st garam – untuk kuah,
  • 2 sb gula,
  • 8 ulas bawang merah,
  • 1 ulas bawang putih,
  • 10 keping asam keping,
  • Sedikit lada hitam tumbuk.

Cara-cara :

  1. Susun asam keping dalam innerpot noxxa.
  2. Letak ikan dan taburkan garam.
  3. HP selama 60 minit.
  4. Ikan tidak perlu buang tulang. Lagipun akan lembut sampai tulang nanti.
  5. Blend bersama bawang-bawang.
  6. Masukkan semula ke dalam periuk dan keluarkan asam keping.
  7. Masukkan bahan-bahan lain dan stir fry sampai mendidih.

Bahan Ulam :

  • Bunga kantan,
  • Timun,
  • Kacang panjang,
  • Kobis,
  • Daun kesum,
  • Tauge.
  • Hiris semua ulam kecuali tauge.

Bahan Sambal :

  • 10 tangkai cili kering,
  • 1 sb gula,
  • 1 st garam,
  • Belacan.
  • Blend semuanya.

10. Resepi Dodol Periuk Noxxa

dodol noxxa

Imej via Facebook

Jarang orang mahu membuat dodol di rumah kerana penyediaannya yang leceh. Dodol yang dimasak dengan periuk biasa juga memerlukan tenaga untuk mengacaunya dan lama. Namun dengan periuk noxxa semuanya jadi mudah. Memasak dodol dengan periuk noxxa hanya memerlukan masa yang singkat. Jom tengok resepi perkongsian daripada Ida Karim di facebook di bawah ini.

Bahan-bahan :

  • 1 paket tepung pulut (500 g)
  • 3 ketul gula enau atau gula melaka
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1 cawan gula (boleh lebihkan kalau suka manis)
  • 2 kilo santan pekat
  • 2 mug air
  • 2 helai daun pandan

Cara Menyediakan :

  1. Cairkan gula dengan secawan air, biarkan sejuk.
  2. Campur tepung, santan, air kemudian kacau sampai sebati dan tidak berketul.
  3. Masukkan air gula (pastikan sejuk).
  4. Letak daun pandan.
  5. Masukkan dalam periuk noxxa.
  6. Kemudian masak steam 20 atau hp 10 min (saya guna hp).
  7. Pastu stir fry (tak perlu tutup periuk noxxa) dan kacau sampai pekat.
  8. Stir fry lebih kurang 1 jam. Ikut pekat mana yang kita nak.
  9. Test dengan sehelai daun pandan letak dipermukaan kalau tak melekat maknanya sudah masak lah dodol itu.

Nota :

  • Jangan guna santan kotak.
  • Anggaran masak lebih kurang 1 jam 30 min.

11. Resepi Bubur Jagung

bubur jagung

Imej via Facebook

Membuat bubur jagung tidak sukar. Resepinya iaitu dengan mecampurkan pulut ke dalam bubur jagung. Sedap sungguh rasanya, sangat pekat memikat lemak berkrim jika menggunakan cara ini. Style bubur jagung daripada Rozmaliza Omar di laman facebook ini mengungkapkan rahsia resepi bubur jagung yang lazat.

Bahan-bahan :

  • 4 tongkol jagung dihiris,
  • ½ cawan beras pulut dibasuh dan toskan,
  • 2 helai daun pandan,
  • 2½ cawan santan pekat,
  • Air secukupnya (ikut kepekatan),
  • 2 keping gula melaka (kalau rasa kurang manis bole tambah gula putih biasa).

Cara-cara :

  1. Dalam bekas lain, masukkan jagung yang telah dihiris, beras pulut dan air paras melebihi jagung.
  2. Tutup periuk noxxa, tombol hala ke “pressure” dan tekan mode “high pressure” selama 10 minit.
  3. Bila bunyi beep, putar tombol ke arah “steam” untuk lepaskan wap.
  4. Buka tudung noxxa. Jika jagung dan beras pulut sudah masak, masukkan santan, gula melaka, sedikit garam dan daun pandan yang telah disimpul.
  5. Kacau rata sekejap dan on mode “stir fry” dan kacau sehingga kesemua bahan sebati. Sekiranya kurang manis boleh tambah gula putih mengikut citarasa sendiri.
  6. Bila sudah nampak sebati dan pulut sudah pun kembang, boleh offkan “stir fry”.
  7. Siap untuk dihidangkan.

12. Resepi Bingka Ambon

Imej via Facebook

Bingka ambon selalunya dijadikan oleh-oleh dari suatu negeri. Dijual dengan harga yang tidak murah. Kelazatan bingka ambon mampu menarik hati orang ramai. Jika anda punya noxxa di rumah, mendapatkan bingka ambon bukanlah benda yang sukar. Dengan noxxa anda boleh membuat bingka ambon macam kedai jual. Sedikit resepi yang diubah suai oleh ‎Myra Nysa di laman Facebook ini boleh anda cubakan.

Bahan-bahan :

  • 250 gram santan pekat,
  • 3 helai daun limau purut,
  • 1 batang serai,
  • Sedikit serbuk kunyit,
  • Masak sehingga pekat dengan api perlahan.

Bahan B :

  • 2 sb gula (gula perang),
  • 2 sb tepung gandum,
  • 6 g yis,
  • 60 ml air suam,
  • Campur semua biar 15 minit.

Bahan C :

  • 4 biji telur kuning,
  • 1 biji telur,
  • 100 g gula perang,
  • 70 g tepung ubi,
  • Sedikit esen vanilla,
  • Sedikit garam.
    Campur semua pukul sekejap.

Cara-cara :

  1. Campur bahan C dan A. Adun sebati dan campurkan bahan B. Simpan 15 minit.
  2. Masukkan ke dalam inerpot noxxa.
  3. Tutup macam biasa.
  4. Tekan mode steamer 20 minit.
  5. Tunggu masak.

13. Resepi Pizza Noxxa

Imej via Facebook

Suasana petang-petang paling sedap kalau dapat duduk rilek depan TV dengan family sambil makan pizza. Masak pizza guna Noxxa tidak sampai 5 minit sudah siap. Di bawah ini kami sertakan resepi yang sangat fleksibel, terpulang pada kreativiti anda untuk hasilkan pizza yang sedap. Resepi pizza noxxa oleh Noor Aisyah II di laman Facebook. Pizza rangup berkerak di bawah, lembut di atas.

Bahan-bahan :

  • Hirisan daging,
  • Italian herbs,
  • Garam,
  • Sos tomato Prego,
  • Bes pizza segera.

Cara-cara :

  1. Masukkan hirisan daging, sedikit italian herbs dan secubit garam ke dalam periuk Noxxa.
  2. Set high pressure 5 minit.
  3. Sementara tunggu daging masak, sapukan sos tomato Prego ke atas bes pizza. Saya guna bes pizza base yang sudah siap, beli dekat pasaraya Giant jenama Italiano.
  4. Susun topping mengikut citarasa masing-masing.
  5. Kalau sudah siap letak topping dan daging yang sudah dimasak tadi, masukkan pizza ke dalam periuk Noxxa.
  6. Letak sedikit butter di permukaan periuk supaya rasa bes pizza lebih lazat.
  7. Set high pressure 3-4 minit. Sila nikmati pizza anda panas-panas.

Cadangan Topping :

  • Bawang holland (rasanya lebih manis),
  • Sosej dihiris,
  • Hirisan ayam,
  • Hirisan daging,
  • Lada benggala @ capsicum,
  • Mix veggie,
  • Nenas,
  • Cendawan apa sahaja.
  • Cheese. Lagi bagus guna shredded cheese berbanding yang kepingan sebab kita boleh tabur meliputi semua permukaan pizza. Pentingnya cheese ini ialah untuk lekatkan semua topping ke atas pizza, supaya tidak berguguran jatuh.

‎14. Resepi Puding Caramel

Imej via Facebook

Bernoxxa masak puding caramel dengan resepi daripada ‎Ezzah Azlinda di laman Facebook. Lembutnya puding disira gula hangua @ caramel yang lemak manis menjilat jari. Cara masaknya pula mudah sangat dan tidak memakan masa. Sila cubakan.

Bahan Puding :

  • 10 biji telur gred D,
  • 1 tin susu pekat,
  • 1 tin susu cair,
  • 3 sudu tepung kastard,
  • 1 sudu esen vanila,
  • Secubit garam.

Cara-cara :

  1. Pecahkan telur kacau dengan garpu.
  2. Campurkan kesemua bahan-bahan lain. Kacau sebati dan tapis.

Bahan Gula Hangus @ Caramel :

  • 3 sudu besar gula putih,
  • 3 sudu besar air.

Cara-cara :

  1. Masukan gula dalam loyang. Panaskan gula sampai cair dan keperangan. Masukkan air.
  2. Ratakan dalam loyang dengan dan biarkan sejuk.
  3. Kemudian masukkan adunan puding dalam loyang dan kukus.
  4. Dalam noxxa, masukan air dan susun pelapik agak tinggi supaya mudah angkat loyang nanti.
  5. Set steam selama 20 minit.

15. Resepi Nasi Impit Noxxa

Imej via Facebook

Siapa yang ada noxxa, boleh buat nasi impit sendiri di rumah. Tidak perlu guna nasi impit mini dalam plastik lagi. Senang dan pantas menggunakan noxxa. Sila cubakan resepi oleh Iza Khair di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 1 cup beras,
  • 3 cup air,
  • Sedikit minyak masak,
  • Garam.

Cara-cara :

  1. Beras ditambahkan air (nisbah beras kepada air 1:3) ditambah sedikit minyak masak dan sedikit garam.
  2. HP 30 minit. Off suis selepas bunyi beep.
  3. Selepas bunyi beep, biarkan sahaja selama 30 minit – 1 jam.
  4. Buka penutup dan tekan-tekan nasi lembi tadi dengan sudip atau spatula sehingga padat dan biarkan hingga sejuk sendiri.
  5. Untuk keluarkan, sisip bahagian tepi dengan spatula untuk melonggarkannya dari dinding periuk dan telungkupkan di atas dulang besar untuk dipotong.

16. Resepi Roti Loaf Coffee

Imej via Facebook

Dengan noxxa masak jadi mudah. Resepi noxxa berikut ini paling senang ialah roti loaf coffee. Untuk hidang roti loaf coffe untuk sarapan pagi, sebelum tidur campak-campak dulu bahan dalam bekas, masukkan dalam breadmaker noxxa set No.4. Biar saja satu malam dalam noxxa esok pagi langsung makan. Resepi dikongsikan oleh ‎Sue Anna‎ di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 200 ml air,
  • 1 biji telur,
  • 60 gm gula,
  • 60 gm majerin,
  • 10 gm kfine,
  • 1 sk garam,
  • 1 sk coffee emulco,
  • 400 gm tepung high protein,
  • 8 gm yis.

Cara-cara :

  1. Malam hari, masukkan semua bahan dalam bekas pengadun. Masukkan cecair dulu akhir sekali masukkan bahan kering.
  2. Tekan setting bread No. 4 biar dia adun dan masak esok pagi baru boleh makan.

17. ‎Resepi Bubur Kanji Utara

Imej via Facebook

Bubur kanji utara memang terkenal di Kedah. Bubur ini lain resepi nya tidak sama dengan bubur lambuk tapi macam bubur lambuk. Bubur kanji inilah yang akan diedarkan di masjid-masjid masa bulan Ramadhan sekitar kedah. Orang ramai sama-sama kacau bubur kanji dalam kawah. Resepi diberikan oleh ‎Farihan Azizan di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Beras 2 pot,
  • Carrot (didadu),
  • Bawang putih*,
  • Bawang merah*,
  • Halia*
  • Bahan yang bertanda * dihiris.
  • Serai (diketuk),
  • Lada hitam,
  • Halba,
  • Daging (didadu),
  • Udang,
  • Santan,
  • Air,
  • Garam.

Cara-cara :

  1. Tekan mode stir fry.
  2. Masukkan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia.
  3. Bila sudah wangi masukkan lobak merah, daging, dan udang.
  4. Masukkan lada hitam dan halba.
  5. Kemudian masukkan serai. Tumis seketika.
  6. Masukkan beras dan air secukupnya.
  7. Kacau sekata dan tutup tudung periuk.
  8. Tukar ke mode HP dan set masa 25 minit.
  9. Setelah 25 minit, buang wap. Bubur akan nampak macam ini.
  10. Kemudian masukkan santan, agak-agak ikut citarasa. Kalau terlalu pekat boleh tambah sedikit air.
  11. Perasakan dengan garam.
  12. Tukar ke mode stir fry. Didihkan seketika, dan OFF kan periuk. Siap.

‎18. Resepi Kuih Seri Muka

Imej via Facebook

Tidak perlu pening cari pengukus untuk buat kuih seri muka. Dengan noxxa menyediakan kuih seri muka jadi lebih senang. Bahkan yang tidak pandai masak kuih pun boleh jadi pandai. Resepi dikongsikan oleh ‎Hasrina Bakar di laman Facebook. Sedap dihidangkan sebagai kudapan minum teh sambil tengok TV layan drama korea.

Bahan-bahan Pulut :

  • 2 cawan beras pulut,
  • 1 cawan air,
  • 1 cawan santan pekat,
  • Secubit garam.

Cara-cara :

  1. Masukkan semua bahan dalam inner Pot Noxxa.
  2. Set Rice 5minit.
  3. Selesai 5 minit gaul-gaul dan tekan sampai padat.

Bahan Sekaya Hijau :

  • 5 helai daun pandan dicuci bersih dan dipotong-potong. Blender dan ambil air daun pandan sahaja.
  • 1 cawan tepung gandum,
  • 1 sudu besar tepung kastard,
  • 1 biji telur grade AA,
  • 1 cawan santan pekat,
  • 1 cawan air daun pandan dan 2 titik pewarna epal hijau,
  • ¾ cawan gula,
  • Secubit garam,
  • Semua bahan ini dimasukkan dalam blender dan kisar halus.
  • Apabila pulut sudah siap masak tekan-tekan pulut bagi padat.
  • Tuangkan adunan sekaya ke atas pulut.
  • Set steam 10 minit.

18. ‎Resepi Sira Labu

Imej via Facebook

Orang pantai timur suka sira labu. Sebelum makan simpan dulu sira labu dalam peti ais, makan sejuk-sejuk lagi sedap. Tidak perlu buang kulit labu supaya dia tidak hancur. Kulit labu nipis boleh dikopek bila dah masak. Resepi dikongsikan oleh Bunda Nadiah di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 1 biji labu,
  • 2 ketul gula melaka/gula nisa,
  • 3 sudu gula putih,
  • Daun pandan,
  • Air,
  • Ais kapur sirih.

Cara- cara :

  1. Labu yang sudah dibelah direndam dengan air kapur dalam 15 minit.
    (Kalau tidak suka rendam pun tidak apa).
  2. Selepas direndam tapis dan basuh bersih labu.
  3. Susun labu dalam periuk. Masukkan semua gula, secubit garam dan daun pandan.
  4. Masukkan air secukupnya. Jangan macam buat pengat.
  5. Masak dengan periuk noxxa selama 3 minit.
  6. Siap. Sejukkan dalam peti ais.

19. ‎Resepi Burnt Cheese Cake

Imej via Facebook

Walaupun tidak punya oven, tidak perlu risau. Kerana dengan menggunakan noxxa sahaja boleh buat banyak jenis makanan. Salah satunya cheese cake viral ini. Sangat senang masak burnt cheese cake ala noxxa. Resepi dikongsikan oleh Noorul Hidayah Nh di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 500 gm cream cheese,
  • 160 gula kastor atau gula halus,
  • 3 biji telur gred A,
  • Whipping cream 200 gm,
  • 1 sudu besar tepung kek/gandum,
  • 1 sudu teh esen vanila.

Cara-cara :

  1. Kacau cream cheese and gula kastor/gula halus sampai kembang.
  2. Masukkan telur satu-satu, blend lagi.
  3. Masukkan esen vanila dan whipping cream, blend lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung, blend sebati.
  5. Masukkan dalam bekas noxxa.
  6. Letakkan nob ke steam.
  7. Tekan fungsi steam selama 25 minit.
  8. Tekan ON.

20. ‎Resepi Maggie Homemade Noxxa Noodle Maker

Imej via Facebook

Jom buat mee maggie sendiri di rumah tanpa was was. Selamat sejahtera tanpa bahan kimia berbahaya menggunakan noxxa noodle maker. Resepi didatangkan daripada Mira Hana di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Tepung HP 250 gm,
  • Tepung suji 250 gm,
  • Air 170 ml,
  • Secubit garam,
  • Pewarna sedikit.

Cara-cara :

  1. Campurkan kesemua bahan.
  2. Masukkan ke dalam noxxa noode maker.
  3. Setelah siap, keringkan dulu jangan terus rebus.
  4. Bagi terbentuk cantik ikal mayang baru rebus.

21. ‎Resepi Kek Kukus Buah Noxxa

Imej via Facebook

Yang paling terbaik ialah anda tidak perlu tambah air. Malah air kukus tidak berkurangan. Itulah keajaiban periuk Noxxa. Jika pakai kukus biasa boleh habis 4 jam tetapi dengan noxxa hanya 2 jam sahaja. Konfirm akan menjadi walaupun baru pertama kali cuba. Resepi dikongsikan oleh Rinawati Husnan di laman Facebook.

Bahan A :

  • 350 gm gula pasir,
  • 1 cawan air panas,
  • 350 gm gula pasir,
  • 500 gm buah mix,
  • 1 sudu besar susu pekat manis,
  • 1 sudu besar Sunquick,
  • 1 sudu kecel esen vanilla.

Bahan B :

  • 350 gm tepung gandum*,
  • 1 sudu kecil cream of tartar*,
  • 1 ½ sudu kecil soda bikarbonat.
    (Ayak semua bahan)

Bahan C :

  • 3 biji telur saiz A.

Cara-cara :

  1. Masukkan gula dalam periuk dan masak sehingga kekuningan tapi jangan sampai terhangit.
  2. Masukkan air panas perlahan-lahan.
  3. Masukkan butter. Pastikan semua bahan hancur dan sebati..
  4. Masukkan buah mix.
  5. Masukkan susu pekat manis dan Sunquick.
  6. Biarkan adunan sejuk.
  7. Masukkan bahan B tadi.
  8. Akhir sekali masukkan telur.
  9. Gaul sehingga semua sebati (jangan gaul terlalu lama).
  10. Masukkan dalam bekas.
  11. Tutup permukaan dengan aluminium foil.

Cara Kukus Guna Periuk Noxxa :

  1. Masukkan tungku yang dibalut dengan aluminium foil kedalam periuk.
  2. Isi air sehingga paras atas tungku.
  3. Tutup tudung periuk.
  4. Panaskan air selama 5 minit. Tekan ‘steam’ ‘ON’.
  5. Selepas 5 minit tekan high preassure selama 90 minit. Lepas tamat tambah lagi 30 minit.

22. ‎Resepi Kek Marble Durian

Imej via Facebook

Ayuh buat kek marble durian ala periuk noxxa. Rasa jangan diragukan, memang sedap sangat. Anna Nordiana berkongsikan resepi kek marble durian di laman Facebook. Sila cubakan.

Bahan A :

  • 4 biji telur ayam,
  • 1 sudu besar ovalette,
  • 1 cawan minyak masak,
  • ½ cawan gula,
  • ¾ cawan susu pekat,
  • Sedikit esen vanila,
  • ½ cawan isi durian.

Bahan B :

  • 2 cawan tepung gandum,
  • 1 sudu besar baking powder,
  • Ayak kedua bahan diatas.

Cara-cara :

  1. Pukul bahan A sampai gebu.
  2. Kemudian masukkan bahan B sedikit-sedikit dan mix hingga sebati. Bila sudah sebati masukkan ke dalam inner pot yang disapu butter. Kalau ingin letak pewarna boleh bahagikan adunan tadi.
  3. Masukkan adunan dalam inner pot berselang seli.
  4. Set tombol atas ‘steam’. Tombol bawah set ‘steam’ juga.
  5. Setelah masa 20 minit periuk akan mengeluarkan bunyi ‘bip’, abaikan saja.
  6. Setelah masa habis jangan terus buka penutup.
  7. Tunggu selama 5 minit lagi, selepas itu boleh ‘OFF’ kan tombol.

23. ‎Resepi Coklat Lapis Cheese

Imej via Facebook

Resepi kek seterusnya yang boleh dibuat dengan noxxa ialah kek coklat lapis cheese. Kukus pakai periuk noxxa sahaja. Cara-cara yang mudah dan senang pun kejadian kek lembut sangat. Kalau ingin sedap pakai chocolate van hauten. Resepi dikongsikan oleh Hartini Omar‎ di Facebook.

Bahan A :

  • 1 ½ cawan tepung gandum,
  • 1 cawan serbuk koko,
  • 1 sdt soda bikarbonat,
  • 1 sdt baking powder.

Bahan B :

  • 4 biji telur,
  • 1 cawan susu pekat manis,
  • 1 cawan susu cair full cream,
  • 1 cawan minyak masak,
  • 1 cawan gula.

Bahan C :

  • 1 biji telur,
  • 250 g chese tantura,
  • 1 sb tepung gandum,
  • 3 sb susu cair,
  • Esen vanila,
  • 1/3 cawan gula.

Cara-cara :

  1. Campur sebati bahan B.
  2. Kemudian ayak dulu bahan A.
  3. Masukkan sedikit-sedikit bahan A dalam adunan B tadi. Kacau sebati.
  4. Bahagi 2 adunan.
  5. Kukus bagian pertama selama 20 minit.
  6. Sementara tunggu masak, kisar bahan C guna blender.
  7. Apabila bagian pertama sudah masak, masukkan bagian C yang dikisar tadi.
  8. Kukus selama 15minit.
  9. Akhir sekali masukkan baki lagi satu adunan. Kukus selama 20 minit.
  10. Uji guna garfu. Kalau tidak melekat maknanya kek sudah masak.

24. Resepi Kek Marble

Imej via Facebook

Ramai yang cari resepi kek marble dengan periuk noxxa. Sedap dan lazat cicah dengan air milo untuk minum petang. Sila cuba buat kek marble ala noxxa resepi daripada Jay Anne Zaihan di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 5 biji telur,
  • 1 cawan gula kastor,
  • 1 buku butter,
  • 1 sudu esen vanilla,
  • 2 cawan tepung self raising flour,
  • ½ cawan serbuk koko.

Cara-cara :

  1. Mixer telur, gula, butter, esen, naik serentak hingga sebati.
  2. Masukkan tepung dan sebatikan lagi.
  3. Kemudian bahagikan menjadi dua bekas, satu bekas adunan asal, satu bekas lagi campurkan serbuk koko. Selang selikan adunan mengikut corak yang kita suka.
  4. Kemudian alas inner noxxa dengan redai besi, tutup periuk dan tekan tombol pressure HP selama 60 minit.
  5. Apabila nampak permukaan kek perang atau cuba cucuk dengan lidi jika tidak melekat maknanya kek sudah masak. Jika belum masak boleh tambah HP sedikit lagi.

25. Resepi Kuih Dangai

Imej via Facebook

Resepi memikat hati mertua dengan kuih dangai. Kali ini kami bawakan anda resepi kuih dangai oleh ‎Intan Mazwin Awinie‎ di laman Facebook. Buat kuih dangai versi noxxa hanya dalam masa 19 minit siap. Rasa memang macam dangai.

Bahan-bahan :

  • 2 cawan kelapa parut,
  • 1 cawan tepung pulut,
  • Setengah cawan gula pasir,
  • 1 sudu kecil garam.

Cara-cara :

  1. Gaul semua bahan dan masukkan ke dalam inner pot yang sudah dioleskan dengan sedikit minyak masak.
  2. Tekan-tekan mampatkan adunan.
  3. Arahkan tombol steam.
  4. Tekan butang steam 15 minit.
  5. Kalau sudah siap lepaskan steam pressure. Buka dan biarkan seketika (dalam 1 minit).
  6. Balikkan kuih dangai dan steam lagi 4 minit. Selesai.
  7. Lepaskan steam pressure sebelum buka.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi noxxa, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.  Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.