Siapa peminat laksa siam? Laksa siam sedia untuk makan pagi dan petang. Laksa siam ialah hidangan laksa lemak Thailand yang menggunakan mee laksa halus dan menggunakan banyak rempah.

Sebenarnya ada pes siap untuk buat laksa siam. Tapi lagi seronok dan sedap kalau buat sendiri resepi untuk kuah dengan resepi asal dari kelate di bawah. Resepi laksa siam versi orang melayu yang sedap ini dikongsikan oleh Ieja Mohamad Rejab di laman Facebook.

Laksa siam pula biasa dimakan dengan laksa halus atau bihun sebabnya lebih serasi rasa dia. Tapi kalau ingin makan dengan laksa biasa pun OK asal kuah sedap. Untuk dapatkan kuah sedap, jom cubakan resepi di bawah dan anda boleh agak-agak kuantiti bahan.

Resepi Laksa Siam Versi Melayu

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 kg ikan kembong/selayang direbus dan diasingkan isinya kemudian blend sampai halus.
  • Cili giling/cili kering yang diblend 2 sudu,
  • Asam keping 2-3 keping,
  • Daun selasih atau thai basil 2-3 tangkai,
  • Daun limau purut [email protected] helai,
  • Santan 3-4 cawan,
  • Air secukupnya.
  • *Bawang merah 10 biji,
  • *Serai 3 batang,
  • *Lengkuas 2 inci,
  • *Halia 2 inci,
  • *Kunyit 2 inci,
  • *Belacan.

Cara-cara :

  1. Blend bahan yang betanda * sampai lumat.
  2. Panaskan minyak sedikit untuk menumis
  3. Jika minyak sudah panas, masukkan bahan yang diblend tadi dan cili giling. Kacau sampai naik bau.
  4. Kemudian masukkan isi ikan yang diblend tadi. Kacau sampai sebati.
  5. Masukkan daun limau purut, daun pudina dan asam keping.
  6. Kemudian masukkan santan dan kacau.
  7. Terus masukkan air secukupnya. Kuah jangan pekat sangat dan jangan cair sangat.
  8. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  9. Masak sampai mendidih sambil dikacau. Jangan tak kcau nanti berketul kuah laksa itu.
  10. Sudah mendidih terus tutup api.
  11. Boleh hidangkan dengan ulam macam dalam gambar. Ulam jangan dipotong macam laksa biasa. Bila ingin makan baru kutip sedikit-sedikit masuk dalam pinggan.

Resepi Menarik Lain

Selain laksa siam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.