Berkongsikan resepi masakan sangat menyeronokkan. Kali ini kami akan berkongsikan resepi chettinad mutton masala.

Chettinad mutton masala ialah makanan yang sangat-sangat popular di India. Kebanyakan restoran akan menghidang masakan yang berasaskan rempah ala chettinad ini.

Masakan yang popular di India selatan ini boleh anda cubakan di rumah. Resepi chettinad mutton masala dikongsikan oleh ‎Sheena Supramaniam di laman Facebook dengan sedikit ubah resepi supaya sesuai dengan kita. Tunggu apa lagi, jomlah cubakan.

Resepi Chettinad Mutton Masala

Imej via Facebook

Bahan kisar A :

  • 10 biji bawang kecil,
  • 1 biji bawang merah,
  • 2 cili hijau,
  • 10 ulas bawang putih,
  • Halia,
  • Segenggam daun ketumbar.

Bahan Kisar B (sangai dan blend kering) :

  • 1 batang kayu manis,
  • 5 biji buah pelaga,
  • 1 bunga lawang,
  • 1 sudu besasr jintan manis,
  • 1 sudu besar biji ketumbar,
  • 1 sudu kecil lada hitam,
  • 7 -10 cili kering tanpa biji,
  • 1 ½ genggam kelapa parut.

Cara-cara :

  1. Buka api kecil. Sangai rempah-rempah selama 2 minit.
  2. Masukkan cili kering. Sangai 2 minit.
  3. Masukkan kelapa parut. Sangai sampai kering dan agak keperangan.
  4. Tutup api dan biarkan sejuk dulu.
  5. Kisar kering bahan sangai.

Bahan lain yang diperlukan :

  • Rempah 4 sekawan,
  • Daun kari,
  • Tomato,
  • Akar daun ketumbar tadi,
  • Minyak kelapa paling sesuai untuk masakan ini, kalau tidak ada tidak apa, guna apa yang ada.

Cara-cara :

  1. Masukkan rempah 4 sekawan,
  2. Masukkan daun kari.
  3. Masukkan bahan blend A.
  4. Masukkan air bilas blender sedikit. Tumis sampai air surut dan pecah minyak.
  5. Masukkan daging kambing 1 kg campur tulang. Cuci bersih dengan serbuk kunyit.
  6. Masukkan 1 sudu kecil serbuk kunyit.
  7. Masukan tomato dan akar ketumbar.
  8. Masukkan air secukupnya. Kacau sebati.
  9. Tutup periuk dan biar daging kambing masak dalam 80%.
  10. Buka setiap 10 min dan kacau. Masak dalam 20-30 minit.
  11. Masukkan bahan kisar B.
  12. Masukkan 1 sudu besar serbuk cili.
  13. Masukkan garam. Masak lagi dalam 15 minit.
  14. Lepas 15 minit masukkan daun ketumbar cincang.
  15. Masak lagi selama 5-10 minit dengan api kuat.
  16. Kacau sekali sekala. Siap.

Resepi Menarik Lain

Kami menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan resepi di bawah ini. Terima kasih telah berkungjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.