Sebelum ini pernah dikongsikan resepi nasi dagang Kelantan. Namun kerana ramai permintan resepi nasi dagang Terengganu, maka kali ini kami akan berkongsi resepi nasi dagang Terengganu pula.
Perbezaan nasi dagang Terengganu ialah ia diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa. kemudian dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas yang berlainan dengan rempah kari biasa. Sedangkan nasi dagang Kelantan biasanya menggunakan beras dagang yang berwarna coklat.
Ikan yang digunakan untuk nasi dagang Terengganu biasanya ikan Aya Hitam @ ikan tongkol yang bersaiz besar dan dipotong. Selain itu acar timun juga disediakan. Penyediaan nasi dagang Terengganu cukup mudah, di mana ia tidak memerlukan banyak lauk. Sesuai untuk mereka dalam perdagangan di mana masa adalah sangat berharga.
Selain dihidang untuk mereka dalam perdagangan, sebetulnya nasi dagang pun boleh anda buat di rumah untuk acara majlis rasmi mahupun kenduri. Untuk anda hidangkan bersama keluarga pun boleh. Sila cuba resepi perkongsian daripada Haninah Abd Rahman di Facebook. Selamat mencuba.
Nota : Beras ini direndam semalaman.
Selain resepi nasi dagang Terengganu, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.