Bila sebut tentang karipap, pasti anda akan terbayang-bayang gambar karipap yang rangup menggebukan dalam fikiran anda kan. Karipap ni sangat sesuai dihidang tidak kira masa, bila dan di mana. Boleh dikatakan makanan kegemaran orang kita lah. Senang didapati dijual di mana-mana tapi nak cari yang betul-betul sedap, kene cari keliling daerah dulu lah kan. Hihi

Ramai yang jual karipap ni kat luar sana tapi mereka hanya sekadar menjual. Tak jaga kualiti. Ye lah kan nak cari untung semata-mata sampai tak kesah dah kualiti karipap tu sedap ker tidak untuk santapan pembeli. Jadi, nak puas hati, lebih baik kita masuk dapur, uli doh buat sendiri karipap kegemaran kita. Hati tak sakit, perut kenyang kepuasan.

Karipap ni ada karipap biasa dan karipap pusing. Bezanya ialah karipap pusing ni lebih cantik sebab bentuk spiral yang dihasilkan setelah gulungan dan gelekan berkali-kali. Gigih lah sikit nak membuatnya ni. Disebabkan kegigihan dan kesungguhan, maka karipap pusing ni akan lebih gebu, sedap dan rangup daripada karipap biasa. Haa alang2 buat karipap tu, buatlah terus karipap pusing. Lagi sedap dan puas hati tau.

Kali ini, kami kongsikan resepi karipap pusing dari saudari Seri Arisha yang dimuatnaik di facebook untuk perkongsian umum. Beliau menggunakan resepi ini untuk dijadikan karipap frozen banyak-banyak. Haa boleh jual lagi tau. Untung sangat! Jom kita lihat resepi beliau.

Resepi Karipap Pusing

KaripapPusing

Image Via Facebook

Bahan-bahan:

  • 1 kg tepung gandum
  • minyak panas
  • 1 sk garam
  • Air sejuk dari peti ais
  • 1 paket tepung jagung (400gram)
  • Inti yang dah siap dibuat

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan kesemua tepung gandum, 2 senduk minyak panas, garam dan air sejuk.  Air tu agak-agak je dan uli sehingga menjadi doh.
  2. Apabila dah siap dijadikan doh, bahagikan doh kepada doh-doh kecil dan bulatkan kecil-kecil. Biarkan seketika.
  3. Ambil satu paket tepung jagung dan tambah minyak panas. Agak-agak macam nk buat doh biskut.
  4. Bila dah siap,  masukkan dalam doh tepung gandum yang dibulat kecil2 tadi. Kiranya akan ada dua lapis. Lapis luar ialah tepung gandum, lapis dalam ialah tepung jagung (sebagai isinya). Gabungkan dan bulatkan.
  5. Gelek ratakan dan gulung.
  6. Lepas tu, gelek lagi secara memanjang
  7. Pastu gulung lagi.
  8. Gulungan dipotong dua.
  9. Kemek kan sikit dan gelek lagi.
  10. Pastu terbalikkan.
  11. Masa untuk letak isi inti dan terus kelim tepi karipap
  12. Kita bakar sekejap dalam 20 minit api atas dan bawah atau terpulang ikut oven masing-masing.
  13. Dah siap bakar, sejukkan dan susun di pinggan frozen.
  14. Bila suhu dah sejuk sekata, bolehlah packing ke dalam plastik. SIAP!

Selain resepi karipap pusing, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Fazeeda Abdul Malik

Merupakan seorang graduan perakaunan dan kewangan. Kini menjadi suri rumah sepenuh masa yang aktif menggunakan dunia teknologi untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.