Ikan siakap merupakan jenis ikan yang boleh hidup di air tawar dan air masin. Ikan ini memiliki isi putih berkeping. Ikan siakap adalah amat popular di seluruh negara. Daging ikan siakap yang lembut jadikan ia lebih popular dengan masakan stim ala Thai, masak tiga rasa, digoreng, dibakar dan lain-lain masakan. Maka itu kami kongsikan 10 resepi masak siakap yang popular dan paling sesuai untuk menu makan tengah hari, makan malam mahupun acara kenduri. Resepi yang sedap makan jadi lebih bermakna.

1. Ikan Siakap Stim ala Thai

Imej via Facebook

Masakan yang paling menyelerakan. Petuanya jangan lupa letak serai. Selagi tidak jumpa serai, jangan cuba-cuba masak ikan steam Thai ini. Ayuh cubakan resepi daripada Zurina Zulkefli di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Seekor ikan siakap,
  • 2 biji limau nipis,
  • 1 batang serai,
  • 5 hirisan halia,
  • 3 tangkai cili kecil merah,
  • 3 tangkai cili kecil hijau,
  • 5 ulas bawang putih,
  • 1 batang daun ketumbar,
  • Setengah kiub pati ayam,
  • Sos ikan.
Cara kukus ikan :
  1. Bersihkan ikan siakap dan hiris bahagian badannya.
  2. Masukkan halia dan serai ke dalam perut ikan.
  3. Perah jus limau nipis ke atas ikan untuk menghilangkan bau hanyir.
  4. Kukus ikan ke dalam periuk kukus selama 5 minit dan biarkan seketika pada suhu api perlahan.
Cara masak kuah stim ala Thai :
  1. Cincang bawang putih secara kasar.
  2. Gorengkan bawang putih yang telah dicincang di dalam kuali sehingga warna keemasan. Kerangupan bawang putih goreng menaikkan aroma ikan siakap stim.
  3. Padamkan api kuali dan langsung masukkan sedikit air suam, setengah kiub pati ayam, 4 sudu besar sos ikan, 1 sudu kecil gula, cili hijau dan merah, lebihan serai dan perahan jus limau.
  4. Rasa dahulu kuah, sekiranya termasin sila tambah sedikit air. Kacau kuah sehingga sebati.
Langkah terakhir :
  1. Tuangkan kuah stim ke atas ikan siakap dan taburkan hirisan daun ketumbar.
  2. Kukus lagi ikan siakap bersama kuah selama 3 minit. Sedia dihidang.

2. Ikan Siakap Stim Lemon Ala Thai

Imej via Facebook

Ayuh merasai masakan Thai yang terkenal sangat. Tidak perlu ke kedai Thai kalau saja ingin merasa ikan siakap stim lemon. Resepi daripada Wirawati Negara di laman Facebook senang dicubakan di rumah.

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan siakap,
  • 4 ulas bawang putih (diketuk dan diracik halus),
  • 2 biji bawang merah kecil,
  • 1 biji bawang Holland,
  • 4 tangkai cili padi merah,
  • 3 tangkai cili padi hijau (kalau suka pedas boleh tambah lagi),
  • 2 inci halia (dihiris nipis),
  • 3 batang serai (dihiris nipis),
  • 3 sudu sos ikan,
  • ½ cawan jus lemon,
  • 1 sudu gula,
  • 2 helai daun limau purut,
  • Garam @ Meggi secukup rasa,
  • Sedikit daun ketumbar dan hirisan lemon utk hiasan.
Cara-cara :
  1. Bersihkan ikan dengan air beras atau air lemon untuk hilangkan hanyir ikan. Kemudian, perisakan ikan dengan serbuk Meggi cukup rasa.
  2. Masukkan hirisan bawang merah, halia dan serai yang telah dihiris nipis ke dalam perut ikan.
  3. Terus masukkan ikan ke dalam pengukus.
  4. Dalam kuali lain, masukkan air setengah cawan, kemudian masukkan jus lemon, bawang putih yang diracik halus, bawang holland, serai, halia, sos ikan, cili padi, daun limau purut.
  5. Bila kuah sudah mendidih, perisakan dengan garam atau Meggi cukup rasa, dan gula. Biarkan mendidih seketika dan terus tuangkan ke atas ikan yang siap dikukus.
  6. Akhir sekali, hiaskan dengan daun ketumbar dan hirisan lemon.

3. Ikan Siakap Kengsom

Imej via Facebook

Siapa yang belum cuba lagi makan kengsom ikan siakap? Sedap rupanya lauk ini. Masakan ini amat membangkitkan selera. Satu keluarga boleh makan. Resepi dikreditkan kepada Nina Mahdar di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan siakap,
  • 3 tangkai cili merah dibuang biji (*),
  • Beberapa biji cili api (*) letak 2 biji sahaja supaya tidak pedas sangat anak-anak boleh makan,
  • 1 sk serbuk kunyit (saya tidak beli kunyit hidup),
  • 1 biji bawang merah besar (*),
  • 4 ulas bawang putih (*),
  • 1 batang serai (*),
  • 1 inci belacan (*),
  • 1 inci halia (*),
  • Air asam jawa secukup rasa,
  • 1 biji tomato – belah 6,
  • 1 biji limau nipis diambil jus,
  • Nanas masak secukupnya,
  • Kangkung secukupnya.
Cara-cara :
  1. Kisar bahan-bahan bertanda (*) kemudian masukkan ke dalam periuk.
  2. Masukkan air. Masukkan serbuk kunyit. Kacau rata. Biarkan mendidih.
  3. Kemudian masukkan hirisan nanas.
  4. Masak bahan tadi hingga mendidih kemudian tambahkan air asam jawa.
  5. Seterusnya masukkan ikan dan tomato. Biar hingga masak.
  6. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  7. Akhir sekali, masukkan kangkung dan jus perahan limau nipis. Padam api dan sedia untuk dinikmati.

4. Ikan Siakap Kukus Halia

Imej via Facebook

Bila hilang selera, makan pun tak lalu. Mungkin anda boleh cuba masakan ikan siakap kukus halia, gerenti bangkitkan selera makan. Masakan ini sesuai dihidang untuk orang sakit. Rempah halia pula wangi dan boleh hilangkan angin dalam badan. Resepi dikreditkan kepada Liana Ana di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Seekor ikan siakap,
  • Halia muda 2 inci (dipotong nipis),
  • Batang seleri dipotong ikut suka,
  • Cili api siam ikut pedas (diketuk),
  • Bawang holand dibelah 6 (separuh disimpan, kalau ingin tutup api baru bubuh),
  • Tomato belah 4,
  • Daun ketumbar,
  • Jus limau kasturi,
  • 1 sk sos tiram (opsional),
Cara-cara :
  1. Bubuh bahan dalam pinggan.
  2. Bubuh semua bahan ke atas ikan.
  3. Isi halia dan daun ketumbar dalam perut ikan sedikit.
  4. Perisakan dengan garam dan aji.
  5. Kukus selama 20 minit. Siap.

5. Ikan Siakap Masak 3 Rasa

Imej via Facebook

Bila ada acara makan-makan, menu ikan siakap masak tiga rasa paling dicari. Di kedai ikan bakar pula menu ini cukup mahal kerana ikut harga ikan semasa. Baik masak sendiri tidak banyak modal makan boleh sepuasnya. Gerenti resepi yang dikongsikan oleh Ariana Sofia Ahmad di laman Facebook sama macam kedai punya.

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan siakap diberi garam dan 1 sudu besar tepung jagung,
  • 5 biji bawang merah (dicincang halus),
  • 5 ulas bawang putih (dicincang halus),
  • 1 batang serai (dihiris halus),
  • 4 sudu besar cili giling,
  • 4 sudu besar sos cili,
  • 6 sudu besar sos manis thai (sos cili thai),
  • 6 biji cili api (hijau + merah),
  • 2 biji tomato dipotong dadu,
  • 1/3 biji nenas dipotong dadu,
  • 1 mangkuk kecil minyak untuk menumis,
  • ½ sudu besar garam,
  • ½ cawan air masak,
  • Daun sup.
Cara-cara :
  1. Gaul ikan siakap bersama garam dan 1 sudu besar tepung jagung.
  2. Kemudian goreng ikan dalam minyak yang banyak. Pastikan minyak betul-betul panas. Ketepikan.
  3. Masukkan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan.
  4. Masukkan lada giling dan tumis sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan sos cili dan sos manis thai. Kacau sehingga sebati.
  6. Masukkan nenas, tomato dan serai. Kacau lagi.
  7. Kemudian masukkan cili api, garam dan air. Masak sehingga pekat.
  8. Jika sudah siap tuangkan kuah ke atas ikan siakap. Kemudian boleh tabur sedikit daun sup ke atas ikan.
  9. Boleh tambah cili api kalau ingin lebih pedas.

6. Ikan Siakap Bakar

Imej via Facebook

Ikan siakap bakar memang tidak ada tandingan. Sedap sangat dimakan dengan nasi putih panas. Apalagi dimasak dengan pes ikan bakar sedap yang dikongsikan oleh Ana Mariana Ismail yang berkongsi di laman Facebook, gerenti semua orang suka. Ketepikan diet sekejap.

Bahan-bahan :
  • *Cili kering segenggam (ikut pedas masing-masing),
  • *Bawang besar sebiji,
  • *Bawang putih 3-4 ulas,
  • *Kunyit hidup (serbuk kunyit pun boleh),
  • *Halia seinci,
  • *Serai sebatang,
  • *Minyak masak atau minyak zaitun sedikit,
  • *Sedikit air,
  • Garam dan gula secukup rasa,
  • Madu (opsional).
Cara-cara :
  1. Blend semua bahan yang bertanda *.
  2. Kemudian tuang bahan blend ke atas ikan siakap yang sudah dibersihkan (belah 2 ikan untuk bagi serap semua bahan perap tadi).
  3. Kemudian letak garam dan gula secukup rasa dan madu sedikit.
  4. Perap sekejap dan bakar ikan.
  5. Lebihan bahan perap ikan tadi kita masak sampai likat jadikan pes pula. Bila ikan sudah masak kedua-dua bahagian boleh sapukan pes yang kita masak tadi untuk rasa lebih sedap.

7. Ikan Siakap Sweet Sour Thai

Imej via Facebook

Idea untuk masak makan malam seterusnya ialah siakap sweet sour. Menu ini gerenti lazat sangat sampai menjilat jari. Makan nasi pun bertambah-tambah pinggan. Lagipula masakan ini tidak pedas sehingganya anak-anak pun suka. Mari cubakan resepi daripada Tuan Adriana Arissa di laman Facebook. Bahan2

Bahan-bahan :
  • Ikan siakap digaul garam, kunyit dan sedikit tepung jagung. Ikan digoreng.
  • 3 ulas bawang putih dimayang halus,
  • 1 biji bawang besar dimayang kasar,
  • 1 inci halia dimayang halus,
  • ½ cawan sos tomato,
  • ½ cawan sos cili,
  • ½ cawan sos cili masam manis thai (botol warna putih merah),
  • Sedikit sos tiram,
  • Lada benggala merah dan hijau dipotong dadu,
  • Nenas dipotong dadu,
  • Garam secukupnya kalau masih tawar.
Cara-cara :
  1. Tumis bahan yang dimayang sampai wangi dengan sedikit minyak.
  2. Kemudian masukkan semua sos dan sedikit air. Kacau sebati. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan lada benggala dan nenas.
  4. Apabila sudah secukup rasa masam manis. Tutup api.
  5. Tuang sos ke atas ikan. Siap.

8. Ikan Siakap Masak Asam

Imej via Facebook

Sekali cuba ikan siakap masak asam mesti teringin lagi. Dijamin tidak pernah jemu makan hidangan ini. Namun Rosliza Rubee di laman Facebook berkongsi resepi ikan siakap masak asam bubuh kurma sedikit. Rasa dia jadi sedap manis-manis dan masam.

Bahan-bahan :
  • Bawang besar,
  • Bawang putih,
  • Halia,
  • Cili merah dan cili padi,
  • Air perahan asam jawa secukupnya,
  • Garam atau pak aji,
  • Lada hitam (kalau suka pedas),
  • Kurma (buang biji siap-siap).
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia.
  3. Kemudian masukkan air asam jawa dan kurma, masak sampai mendidih.
  4. Seterusnya perasakan dengan garam atau aji secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan ikan yang sudah digoreng, cili merah, cili padi dan bawang. Siap.

9. Ikan Siakap Masak Asam Pedas

Imej via Facebook

Sesiapa yang tidak biasa masak asam pedas siakap tapi teringin, kami kongsikan resepi asam pedas isi lembut kurang hanyir oleh Nooraini Ramly di laman Facebook. Asam pedas siakap sedap dimakan dengan tempe goreng, telur masin dan ikan masin. Jika ada ulam timun, ulam-ulam dan sambal belacan amboi meleleh pula liur.

Bahan Kisar :
  • Bawang merah,
  • Bawang putih,
  • Halia
  • Kunyit,
  • Jintan manis (bagi bau wangi),
  • Belacan,
  • Tomato,
  • Cili kering.
Bahan lain :
  • Ikan siakap,
  • Daun kesum,
  • Serai ketuk,
  • Air asam jawa.
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah dikisar, masukkan serai, tumis sampai garing.
  2. Jika sudah garing masukkan air asam jawa, kalau suka masam letak lebih, masukkan air ikut kepekatan sambal. Jangan banyak sangat dan jangan terlalu cair.
  3. Masukkan bahan perasa garam, Meggi cukup rasa dan gula secubit sahaja
  4. Jika sudah mendidih masukkan ikan. Tunggu ikan masak baru tutup api.

10. Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api

Imej via Facebook

Seterusnya siakap masak lemak cili api orang negeri sembilan punya. Rupanya lagi senang tidak perlu sediakan bawang semua. Rasa pedas dan masam pun sesuai dengan tekak. Letak peria dalam lauk ini lagilah sedap. Ayuh cubakan resepinya oleh أم عقيل فوزيه يوسف di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Cili api (tumbuk) ikut tahap kepedasan yang boleh tahan.
  • Kunyit hidup (tumbuk) atau kunyit serbuk.
  • Asam keping 4 keping.
  • Ikan.
  • Santan.
  • Boleh letak peria atau belimbing atau timun.
  • Garam.
  • Perasa.
Cara-cara :
  1. Tumis lada api dan kunyit sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan bahan-bahan lain selepas itu diikuti dengan santan, ikan dan peria.
  3. Kemudian perasakan dengan garam. Masak ikan tidak boleh lama. Takut ikan hancur.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi di atas, kami menulis kumpulan resepi lain yang menarik dan patut cuba. Jangan like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.