Sambal balado merupakan sambal khas Indonesia. Alangkah seronoknya kalau dapat resepi terus daripada orang yang menetap dan tinggal di sana, seperti resepi yang dikongsikan oleh Mazliana Mazlan di laman Facebook.

Sekali anda cuba resepi dari Indonesia ini, mesti anda tidak akan tercari resepi lagi di laman sesawang untuk sambal balado. Sebab ini resepi yang betul-betul kena dengan lidah. Padu sangat rasa dia, pelbagai guna lagi, memang stok yang tidak pernah putus yang perlu ada di rumah.

Tumis bawang, kemudian masukkan sambal dan telur, gaul dengan nasi. Siap nasi goreng tidak sampai 5 minit. Tumis bawang holland, masukkan sambal, masuk air dan perasakan dengan garam. Siap untuk digaul dengan ayam atau ikan goreng. Makan dengan sup sayur pun tak ingat orang sebelah. Buat peminat sambal, anda wajib cuba resepi ini tau!

Resepi Sambal Balado Ala Indonesia

sambal balado

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 biji bawang besar,
  • 1 biji tomato,
  • 3 ulas bawang putih,
  • 3 biji cili merah,
  • 3 genggam cili padi (campur merah dan hijau ikut tahap kepedasan masing-masing),
  • 2 inci belacan,
  • 2 sudu besar gula,
  • Garam secukup rasa,
  • Minyak.

Cara-cara :

  1. Kalau rajin, boleh tumbuk bahan-bahan di atas kecuali gula, garam, dan minyak. Kalau ingin cepat, boleh masukkan semua bahan dalam food processor. Jangan letak air langsung. Kalau guna blender biasa pun boleh, letak air sedikit sahaja.
  2. Kisar jangan lumat sangat, biar nampak ada serdak-serdak cili gitu.
  3. Panaskan minyak, agak-agak.
  4. Masukkan sambal dalam minyak panas. Masak sambal sampai agak kering airnya untuk tahan lama, biar betul-betul kering.
  5. Masukkan gula dalam 2 sudu.
  6. Masukkan garam secukup rasa.
  7. Siap! Boleh simpan dalam bekas dan masukkan dalam chiller. Tidak perlu sejuk beku, boleh tahan dalam 2 minggu.

Nota :
Kuantiti yang saya tulis hanya sebagai petunjuk sahaja. Boleh ubah ikut tahap kepedasan yang diingini. Saya banyak kali cuba olah bawang lebih, sambal lebih, tomato lebih, akhirnya saya suka dengan kuantiti yang ini.

Resepi Menarik Lain

Selain sambal balado indonesia, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.