Kunafa Nabulsi merupakan salah satu manisan yang popular berasal daripada Palestine. Ianya telah diolah oleh penduduk setempat dengan menambahkan keju. Kunafa Nabulsi juga merupakan manisan kebanggan penduduk Palestin dimana mereka sendiri telah mendapat Guiness World’s Record sempena menghasilkan kunafa yang terbesar di dunia.

Kunafa Nabulsi amat sedap berlemak dan sesuai untuk dihidangkan kepada seisi keluarga. Ianya amat bagus untuk dipelajari oleh kita memandangkan ianya merupakan budaya masyarakat lain, sekali gus mevariasikan masakan kita kepada budaya budaya lain.

Resepi yang kami bawakan kali ini merupakan resepi daripada Fanthaghiro Roses. Katanya, resepi ini dipelajari memandangkan suami beliau berasal daripada Palestine. Resepi ini telah mendapat banyak perkongsian di Facebook. Tanpa membuang masa, jom kita lihat!

Resepi Kunafa Nabulsi

Terdapat 3 variasi Kunafa iaitu:-

1) Khishnah ( kasar – guna dough kataifi)

2) Na’mah (halus- guna semolina)

3) Mhayara (gabungan kataifi dan semolina)

Kunafa Nabulsi
Image via Facebook

Saya akan kongsikan resepi Kunafa yang menggunakan dough kataifi dulu.

Bahan – bahan:

(Untuk dulang 9 inci)

  • 200 gram unsalted butter atau ghee
  • 250 gram dough kataifi (shredded phyllo)
  • 450 gram akkawi cheese (boleh tukar rujuk gambar)
  • Kacang pistachio untuk hiasan
Image via Facebook

Langkah – langkah memasak:

  1. Potong dadu Akkawi Cheese.Akkawi cheese yang dah dipotong perlu direndam dalam air bersih sekurang – kurangnya 8 jam bagi mengurangkan rasa masin cheese. Proses ini dinamakan sebagai desalted.
  2. Gunakan kataifi dough. Saya gunakan kataifi dough jenama Sunbulah. Boleh cuba cari di Suria Wholesale, Berkat Madinah, Lulu Mall atau dimana mana kedai arab.
  3. Potong doh kataifi menggunakan pisau dan gunting. Kerat agak agak saiz butir beras kalau nak kunafa yang cantik kemas, tak berselerak dan mudah untuk dimakan.
  4. Unsalted pure butter perlu dipanaskan dahulu. Kemudian, tapi menggunakan cheese cloth atau mesh sifter untuk buang bahagian lemak tepu yang berwarna putih. Tujuan untuk membuang lemak tepu itu adalah supaya kunafa tak mudah hangit semasa dibakar.
  5. Apabila butter itu sudahpun dibuang lemak tepu, ianya dipanggil sebagai clarified butter. Kalau anda menggunakan ghee jadi ianya tak perlu untuk ditapis. Tuang butter pada doh kataifi dan ratakan sepenuhnya. Oleskan butter dalam dulang saiz 9 inci. Boleh sapu pewarna oren pada dulang jika inginkan kunafa berwarna oren. Saya tak letak perwarna.
  6. Kemudian, isi separuh doh kataifi yang dah digaul dengan butter tadi. Buat tembok lebih kurang 1 cm lebar dan tinggi supaya cheese tak melimpah keluar.
  7. Rapikan doh kataifi dengan menggunakan measurement cup yang mempunyai permukaan rata. Tekan supaya padat dan kemas.Cheese Akkawi yang telah melalui proses desalted perlu diramas untuk buang lebihan air dan juga dihancurkan.
  8. Kemudian, isi cheese kedalam doh kunafa yang dibentuk tadi. Dengan cara ini cheese tidak akan melimpah keluar keliling kunafa apabila dibakar. Isi lebihan doh kataifi menutup cheese. Rata dan padatkan.
  9. Saya gunakan one way ovenwave (api bawah). Bakar selama 25 ke 30 minit, kemudian telangkupkan dalam dulang lain dan bakar lagi selama lebih kurang 5 minit, bergantung kepada suhu. Kunafa yang sempurna tanpa pewarna tiruan warnanya Golden Brown, tak hangit, cheese tak melimpah keliling dan crispy!
  10. Keluar je dari Oven terus tuang air gula/sira memenuhi Kunafa. Saya guna separuh sira dari resepi .Nota: Sediakan Sira lebih awal kalau nak sedap (sekurang-kurangnya 8 jam sebelum buat kunafa). Sira perlu disimpan dalam peti sejuk.Jangan tuang Sira yang panas, nanti kunafa tak crunchy.
  11. Hias dengan kacang pistachio. Boleh makan panas – panas ataupun sejuk. Dua dua pun sedap.
kunafa nabulsi
image via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi ini, terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk variasikan hidangan anda! Teruskan ikuti laman ini bagi sentiasa mendapat pelbagai lagi resepi yang menarik. Semoga berjumpa lagi dimasa akan datang.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.