Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Resepi Roti Pizza Tepung Pau (Rasa Tak Menipu!)

Ramai peminat pizza di sini? Yang mana minat pizza tu mesti teringin buat pizza sendiri di rumah kan. Boleh lah sekali sekala cuba masak pizza homemade…

ResepiDikemas kini 24 Disember 2018oleh Rahayu Z
Sekeping roti pizza homemade yang gebu dengan topping sosej, capsicum dan keju mozarella.
Hidangan: 2 adunan saiz 9x9Masa Penyediaan: ½ – 1 jam (atau 20 minit)Masa Memasak: 20-25 minit

Ramai  peminat pizza di sini? Yang mana minat pizza tu mesti teringin buat pizza sendiri di rumah kan. Boleh lah sekali sekala cuba masak pizza homemade pula. Secara mudahnya membuat pizza senang sahaja. Cumanya resepi dan proses pembuatan roti pizza perlu diambil perhatian. Oleh itu kali ini kami berkongsi resepi roti pizza yang dikongsikan oleh ‎Farwin Amellia‎ di Facebook. Resepi roti pizza gebu dihasilkan ini menggunakan tepung pau sahaja. Hasil yang didapati ialah roti pizza yang gebu dan lembut macam restoran pizza. Untuk topping pula anda boleh letak semua jenis bahan yang anda mahu mengikut selera anda. Tanpa tunggu lama sila cuba resepi perkongsian ramai di bawah ini. Selamat menjamu selera dengan pizza homemade anda.

Resepi Roti Pizza Tepung Pau

roti pizza

Imej via Facebook

Bahan Untuk Roti :

  • Tepung Pau BlueKey 500g (boleh dapat 2 adunan saiz 9x9)
  • Mauripan 1 paket
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air suam 1 gelas atau lebih
  • Minyak masak 3 sudu besar atau lebih

Bahan Topping :

  • Sosej
  • Daging kisar
  • Ayam kisar
  • Capsicum
  • Tomato
  • Bolognese sos / tomato puree
  • Mayonis
  • Mixed herbs
  • Black pepper powder
  • Paprika powder
  • Cheese cheddar slices + mozarella

Cara Menyediakan :

  1. Campurkan semua bahan untuk roti. Uli sampai tak melekat di tangan. Masukkan air suam dan minyak masak sedikit-sedikit supaya senang adjust.
  2. Jika doh sudah siap. Tutup dan biarkan selama ½ – 1 jam. (Boleh tunggu 20 minit kalau malas tunggu lama).
  3. Kalau doh siap mengembang, bahagikan pada 2 bahagian.
  4. Oleskan loyang dengan butter dan ratakan doh dalam loyang.
  5. Kemudian oleskan mayonis di atas doh yang sudah diratakan.
  6. Bubuh topping kesukaan dan ikut kreativiti sendiri.
  7. Bakar suhu 180’C selama 20-25 minit (bergantung pada saiz).
  8. Siap.

roti pizza

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi roti pizza tepung pau, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.