Char Kuey Teow amat sinonim dengan rakyat Malaysia. Char Kuey Teow adalah kuey teow goreng, akan tetapi, char kuey teow biasanya dihidang berkuah dan masyarakat Malaysia lebih menggemarkan yang berkuah.

Kali ini, anda tidak perlu lagi keluar untuk membeli char kuey teow. Malahan, anda boleh menyediakannya sendiri buat anda dan keluarga anda. Sudah tentulah rasanya lebih terjamin dan lebih jimat!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Rozmaliza Omar dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook. Jom kita lihat!

Resepi Char Kuey Teow Berkuah

char-kuey-teow-berkuah
image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan untuk paste:

  • Udang diambil kepala sahaja
  • 1 liter air 
  • 6 ulas bawang putih di ketuk
  • 1 senduk (k) sos tiram
  • ½ senduk (k) kicap pekat
  • 1 senduk kicap manis
  • 2 kiub pati ikan bilis
  • 2 sk garam
  • 2 sk gula
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk mee:

  • 300 gm kuey teow (untuk 3 pinggan, guna yang halus)
  • ½ kg udang saiz L
  • 1 sk cili mesin
  • Kucai & taugeh
  • 1 biji telur

Cara penyediaan:

Untuk paste:

  1. Kisarkan kepala udang. Kemudian tapis dan rebuskan dengan air.
  2. Campurkan kesemua bahan – bahan untuk paste bersama dengan air pati udang tadi, reneh higga menjadi paste yang sedikit pekat.
  3. Matikan api, biarkan paste sejuk dan bolehlah disimpan kedalam peti ais.

Untuk mee:

  1. Panaskan minyak. Tumis cili mesin sehingga garing.
  2. Masukkan 4 -5 ekor udang dan masak sehingga bertukar warna.
  3. Masukkan 2 senduk kecil paste Char Kuey Teow.
  4. Letakkan sedikit air dalam setengah cawan.
  5. Bila air mendidih, masukkan kuey teow, kucai, taugeh dan kacau rata.
  6. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat.
  7. Proses memasak kuey teow dalam 3 ke 4 minit sahaja, pastikan api kuat semasa memasak.

Nota: Kalau goreng char kuey teow, pastikan buat sepinggan sepinggan!

Resepi lain yang anda boleh cuba:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.