Kalau kita mengidam akan chocolate chip cookies, pasti sahaja kita akan ke kedai seperti Famous Amos ataupun Subway. Namun begitu, cookies ini tidaklah murah dan sekiranya kita perlu membeli dalam jumlah yang banyak, pasti menelan kos yang tinggi.

Oleh itu, ada satu lagi alternatif untuk anda yang ingin jimat akan tetapi masih lagi menyediakan sesuatu yang lazat dan menyelerakan. Ya, anda boleh menyediakan sendiri chocolate chip cookies ini!

Resepi yang kami bawakan kali ini telah dikongsikan oleh Zulaikha Ika dan mendapat banyak perkongsian di Facebook. Cara pembuatannya juga mudah dan boleh diikuti oleh sesiapa sahaja. Tanpa membuang masa, jom! Let’s check it out!

Resepi Chocolate Chip Cookies

chocolate chip cookies
image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A:

  • Butter 250 gram (pure butter) *
  • 3/4 cawan brown sugar (gunakan yang paling halus) *
  • 1/2 cawan gula *
  • 1 biji telur
  • 1 telur kuning
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh butter oil

Nota: Campurkan bahan bertanda * dahulu dan kacau sehingga sebati.

Bahan B:

  • 2 cawan tepung biskut red rose
  • 1/2 sudu kecil serbuk Nescafe
  • 1 sudu kecil serbuk koko
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil soda bicarbonat
  • 1/4 sudu baking powder

300 g Chocolate chip

Langkah – langkah memasak:

  1. Selepas adunan yang dicampurkan tadi sebati, letakkan satu biji telur, satu telur kuning dan kacau sehingga sebati bersama satu sudu teh esen vanilla dan satu sudu teh butter oil.
  2. Gaulkan kesemua bahan B di dalam bekas kering.
  3. Kemudian, letak sedikit demi sedikit adunan bahan B kedalam bahan A
  4. Akhir sekali, letakkan chocolate chip.
  5. Bakar api 150 darjah dalam 15 minit mengikut oven masing – masing.
  6. Adunan memang lembik, jarakkan sedikit untuk elak melekat.

Nota:

  • Kalau tak nak chocolate chip cair, simpan dalam peti sejuk baru cantik chocolate chip nampak seketul – seketul.
  • Sementara menunggu cookies masak, lebihan adunan boleh disimpan ke dalam peti sejuk.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat variasi jenis resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi ini. Jangan takut untuk mencuba dan hidangkan kepada yang tersayang ya! Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini di media sosial anda. Sehingga berjumpa lagi!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.