Adakah anda mencari resepi yang mudah dan cepat tetapi sedap? Ramai orang mencari-cari resepi yang cepat dan pantas kerana selain penyediaan dan bahan-bahannya senang, ia juga tidak memakan masa.

Kami hadirkan untuk anda resepi-resepi yang mudah dan senang lagi sedap untuk anda hidangkan kepada keluarga anda. Sempena menyambut hari bercuti, bolehlah anda sediakan masa untuk mengolah resepi di bawah ini.

10 koleksi resepi di bawah ini ialah resepi kumpulan makanan yang telah mendapat perkongsian ramai. Tentunya sedap, viral dan amat mudah! Tanpa perlu keahlian memasak pun, konfirm resepi ini mesti selalu menjadi.

Resepi mudah kuih, bihun, ayam, kek, pastry dan lainnya ini akan menyamankan tekak anda. Sila kongsikan resepi mudah dan menarik kepada rekan-rekan anda. Selamat menjamu selera.

Resepi Kuih Gabin Goreng

gabin goreng

Imej via Facebook

JIka di Indonesia kuih ini dipanggil kue gabin goreng dan intinya pula menggunakan tapai. Resepi yang tak kalah sedap juga dikongsikan oleh ‎Fitria Ria‎ di laman Facebook iaitu resepi kuih gabin goreng tanpa tapai. Anda patut cuba buat resepi ini boleh dijadikan hidangan petang-petang mahupun niaga.

Bahan-bahan :

  • 1½ cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • ½ cawan susu pekat
  • ½ buku butter
  • 3 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1 penutup esen vanilla

Cara-cara :

  1. Campur semua bahan dan kacau-kacau atas api sederhana sampai pekat.
  2. Letakkan inti di atas roti gabin kemudian lapiskan lagi roti di atasnya.
  3. Celup tepi gabin dalam putih telur. Tepi saja biskut tak payah celup.
  4. Goreng dengan api perlahan sekejap sahaja.
  5. Siap.

Resepi Bingka Durian

bingka durian

Imej via Facebook

Siapa kata durian tak sedap? Mungkin belum rasa lagi bingka durian ini. Kalau biasanya ada bingka ubi dan lain-lain. Sekarang pula kami menyuguhi anda dengan bingka durian. Resepi perkongsian ramai daripada ‎Bunga Dahlia di laman Facebook. Sangat senang, mudah, cepat dan sedap. Penyuka durian patut cuba resepi ini.

Bahan-bahan :

  • 1 cawan setengah tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air
  • 3 biji telur
  • 1 cawan isi durian
  • Secubit garam
  • Bijan
  • Pewarna kuning

Cara-cara :

  1. Campur semua bahan dan blend sampai sebati.
  2. Masukkan adunan dalam loyang dan tabur bijan.
  3. Bakar suhu 180’C menggunakan api atas bawah selama 1 jam.
  4. Siap.

Resepi Bihun Pama Homemade

bihun pama homemade

Imej via Facebook

Anda yang sudah cukup lama tak masak bihun pama homemade, patut cuba masak sekarang. Resepi mudah, ringkas dan sedap daripada Cik Pooja‎ di laman Facebook. Selain sedap yang penting juga sangat mengenyangkan. Rasanya sama macam yang segera punya. Proses penyediaan hanya 10 minit. Penyediaan untuk makan 2 orang.

Bahan-bahan :

  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 ketul kiub pati ayam maggi
  • 1 sk lada sulah (yang putih)
  • Sedikit daun sup dan daun bawang (potong)
  • 1 liter air (agak2 1 jug kecil saja)
  • Secubit garam (jika perlu)
  • Bihun secekak. (Guna bihun jasmine kerana lembut dan sedap. Bila masak tak mudah lunyai)

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak (agak saja ya).
  2. Tumis bawang putih sampai kekuningan keemasan.
  3. Masukkan air, kiub pati ayam, lada sulah, daun sup dan daun bawang.
    (Lada sulah itulah sebenarnya yang buatkan rasa dan bau bihun kita jadi macam bihun pama tau! Tanpa lada sulah, memang tak jadilah bihun pama anda).
  4. Bila sudah menggelegak kuahnya, masukkan bihun.
  5. Reneh sampai bihunnya masak elok.
  6. Perasakan dengan secubit garam (agak-ahak ikut citarasa ya).
    Nota : Nak tambah isi ayam atau carrot potong dadu pon boleh, lagi bertambah sedap.

Resepi Kek Moist Biskut Chipsmore

kek coklat chipsmore

Imej via Facebook

Pergh sedap sungguh kek viral ini. Mesti anda ternanti-nanti resepinya. Resepi kek biskut chipsmore yang dikongsikan oleh Lyana Laa‎ di laman Facebook ini memang mudah sangat. Selain itu juga senang dan cepat siap kerana hanya menggunakan 2 bahan sahaja. Rasanya pun sangat moist. Anda patut cuba resepi favorit ini.

Bahan-bahan :

  • 1 peket besar biskut chipsmore
  • 200 ml susu dutch lady perisa coklat

Cara-cara :

  1. Patah-patahkan biskut campur sekali dengan susu.
  2. Blend hingga sebati.
  3. Masuk dalam acuan kemudian kukus selama 30 minit.
  4. Hiasan bergantung pada kreativiti masing-masing.

Resepi Ayam Masak Cili Kering Style Cina Muslim

ayam cili kering cina muslim

Imej via Facebook

Resepi yang ini konfirm sedap sangat. Kalau pergi makan di restoran cina muslim, anda mesti nampak menu ini. Resepi yang dikongsikan oleh ‎Fatin Pauzi‎ di Facebook ini rasanya masam-masam manis pedas. Sangat identik dengan citarasa cina muslim. Jika anda penyuka makanan restoran cina muslim, anda patut cuba resepi ini.

Bahan-bahan :

  • Bawang merah – mayang dan potong besar (2 versi)
  • Bawang putih – mayang
  • Lada besar 1 biji – mayang
  • Cili padi 3 biji – mayang
  • Cili kering 10 tangkai – potong kecik kecik
  • Daun kari
  • Sos cili, sos tomato dan sos tiram
  • Paste asam jawa
  • Tepung gandum
  • Telur

Cara-cara :

  1. Ayam potong kecik. Jika suka besar boleh potong besar.
  2. Lepas basuh dengan air garam, celup dalam telur dan tepung. Kemudian goreng.
  3. Toskan minyak ayam.
  4. Tumis cili kering dan daun kari sampai garing.
  5. Masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan lada besar.
  6. Letak semua sos tadi secukupnya. Ikut kuantiti ayam.
  7. Masukkan sedikit air.
  8. Biar sedikit pekat. Masukkan paste asam jawa dan gula serta garam secukup rasa.
  9. Masukkan ayam goreng tepung tadi dan gaul.
  10. Bila sebati, biar sekejap dan siap.

Resepi Portuguese Egg Tart @ Tart Telur Portugis

portuguese egg tart

Imej via Facebook

Resepi ini sangat mudah. Tak perlu asing telur, tak bazir telur dan tak muak. Resepi olahan sendri daripada ‎Iedah Abdullah‎ di Facebook. Resepi ini biasa digunakan untuk niaga. Memang terbukti laku dan laris dijual. Boleh juga dihidangkan untuk menjamu selera tetamu yang datang ke rumah.

Bahan-bahan :

  • 2 biji telur gred A
  • 2 sb gula
  • 2 sb tepung castard
  • 2 sb tepung jagung
  • 1 sk vanilla essence
  • 200 ml susu kotak
  • Secubit garam
  • Puff Pastry: beli yang ready jenama Kawan. Masukkan dalam acuan yang sudah disapukan butter@majerin sedikit.

Cara-cara :

  1. Masukkan semua bahan dalam periuk. Kacau sebati semua bhan. Guna hand whisk seeloknya.
  2. Masak di atas api kecil sampai pekat sedikit tapi masih cair. Kacau sentiasa dan jangan sampai berketul.
  3. Kalau ada hand whisk lagi bagus dan sekata.
  4. Tuang dalam mangkuk kaca untuk elak adunan terus dimasak.
  5. Sudukan adunan dalam puff pastry yang sudah disediakn lebih awal 3/4 penuh.
  6. Bakar sehingga sedikit perang bagian atas selama 25-30 minit dengan api atas bawah pada suhu 170’C ikut size oven anda. Siap.

Resepi Bubble Rice Coklat Leleh

bubble rice coklat leleh

Imej via Facebook

Ada yang mahu resepi mudah ini? Seronok makan sambil tengok cerita, buat kerja atau sambil sembang-sembang memang paling best. Jika anda ingin memanjakan selera dengan coklat terutamanya anak-anak anda, boleh buatkan mereka bubble rice coklat leleh ini. Resepi daripada ‎Aisyah Abdullah‎ di Facebook ini sangat mudah, sedap dan bikin ketagih.

Bahan-bahan :

  • Bubble rice – beli di bakery ( boleh tambah apa-apa cereal lain macam coco crunch, honey star n lain-lain)
  • Beryl’s milk chocolate compound 500 g.
  • Minyak sawit 100 ml (nisbah 5:1).
  • Boleh letak apa-apa toping (kit kat, oreo, nestum).

Cara-cara :

  1. Masak chocolate secara double boiler. Bila sudah cair masukkan minyak, biar sehingga betul-betul cair.
  2. Bila sejuk sedikit, masukkan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais lebih kurang 30 minit dan letak di suhu bilik semalam biar likat sedikit macam nutella.
  3. Sangai bubble rice hingga rangup (goreng tanpa minyak).
  4. Kemudian letak bubble rice dalam bekas, lepas itu tuang chocolate tadi. Kemudian bolehlah letak apa-apa topping.
  5. Letak di suhu bilik saja tak perlu panaskan sebelum makan.

Tips :
Kalau letak coklat yang sudah dicairkan dalam peti ais cukup 30 minit saja ya. Kalau terlampau lama nanti keras.
Lepas itu letak di suhu bilik saja semalaman (buat malam, pagi boleh letak dalam bubble rice). Elok likat sikit senang nak letak dalam bubble rice.

Resepi Apam Balik Semudah ABC

apam balik

Imej via Facebook

Teringin nak makan apam balik tapi selalunya orang jual di pasar malam sahaja. Sudah tak perlu nak peningkan itu sekarang. Kerana sekarang kami suguhkan kepada anda resepi apam balik yang amat mudah resepi oleh ‎Juju Minhad‎ di Facebook. Boleh dibuatkan untuk sarapan anak-anak juga. Lagi puas kerana boleh letak topping suka hati seperti Oreo, jagung, chocolate rice, cheese, pisang, Nutella, peanut butter. Buat sendiri macam-macam topping bole buat anak-anak memang suka.

Bahan-bahan :

  • 1½ cawan susu segar
  • ½ cawan gula
  • 1 biji telur

Cara-cara :

  1. Blend semua bahan sampai gula hancur.
  2. Kemudian bubuh 2 cawan tepung gandum, secubit garam dengan secubit baking powder.
  3. Blender lagi smpai sebati.
  4. Panaskan pan, jangan letak minyak.
  5. Bubuh adunan, agak-agak sudah keluar lubang-lubang.
  6. Bubuh toping yang anda suka.
  7. Lipat-lipat. Siap.

Resepi Puff Sardin

puff sardin

Imej via Facebook

Mudah sangat-sangat nak buat puff sardin ini. Hanya menggunakan puff pastry dan sardin tin sahaja sudah boleh dapatkan puff yang sangat nyaman. Resepi mudah ini dikongsikan oleh Maya Miera‎ di Facebook.

Bahan-bahan :

  • Puff pastry jenama Kawan size besar
  • Sardin tin

Cara-cara :

  1. Lenyek-lenyek sardin. Tumis bawang holland dan masukkan sardin yang sudah dilenyek.
  2. Masak bagi kering sedikit. Siap.
  3. Bahagi puff pastry kepada 4 bahagian.
  4. Potong lagi bagi jadi segi tiga.
  5. 1 side potong dengan pisau memanjang.
  6. Letak inti sardin.
  7. Tekan-tekan dengan garfu sekeliling pastry.
  8. Sapu kuning telur + susu segar.
  9. Tabur oregano.
  10. Bakar suhu 200’C selama 20-25 minit menggunakan api atas bawah.
  11. Masak bagi garing baru sedap.

Resepi Roti Telur Tepung Bestari

roti telur tepung bestari

Imej via Facebook

Siapa kata tepung bestari hanya untuk ayam sahaja? Jika anda ada roti jumbo pack dok tergolek di atas meja tiada sesiapa nak makan, esok pula dah nak expired. Anda boleh ubah roti itu jadi camilan ini. Cik Pooja‎ berkongsikan resepi roti telur celup tepung bestari yang jadi viral. Resepinya sangat simple, mudah dan sedap. Sangat dialu-alukan anda mencubanya.

Bahan-bahan :

  • Roti
  • Telur
  • Tepung bestari pedas
    (Kalau tak suka pedas, boleh tambah sedikit tepung gandum)

Cara-cara :

  1. Pecahkan telur dan masukkan dalam blender.
  2. Tepung bestari dibancuh dengan sedikit air.
  3. Kemudian masukkan bancuhan tepung tadi dalam blender bersama dengan telur, blend halus.
  4. Roti dipotong ikut suka.
  5. Tuang bahan blend tadi dalam bekas.
  6. Celup roti yang dipotong dalam bahan blend tadi.
  7. Boleh goreng menggunakan api sederhana. (Jangan kuat sangat apinya nanti cepat hangit. Jangan slow sangat apinya serap minyak pula nanti).
  8. Balik-balikkan masa goreng.
  9. Jika sudah kekuningan keemasan boleh angkat.
  10. Tak payah cicah sos sebab rasanya suda complete.

Resepi Menarik Lain

Resepi-resepi di atas sangat mudah dan menarik kan? Selain resepi di atas, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.