Hendak cuba resepi ikan masak taucu? Pernahkan anda makan taucu? Taucu ialah sejenis makanan yang dibuat daripada kacang soya yang telah direbus, dihaluskan dan kemudian diperam.
Taucu biasanya digunakan sebagai penyedap dalam membuat lauk, misalnya ayam taucu, sayur taucu ataupun ikan taucu.
Ikan taucu dimasak dengan cara menggoreng ikan terlebih dahulu, kemudian menumis kesemua bahan sayur seperti tomato, kacang buncis dan cili sehingga agak layu barulah diberi pes taucu. Selain ikan, ada pula orang yang membuat taucu sayur sahaja.
Taucu sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih. Dihidangkan sebagai makan tengah hari. Taucu ada yang berkuah ataupun kering dan aromanya sangat sedap hingga mampu membangkitkan nafsu makan.
Taucu tidaklah pedas. Bahkan kanak-kanak boleh makan ikan masak taucu ini. Tanpa tunggu lama, mari tengok resepi ikan taucu yang dikongsikan oleh Kalaivani Krishnasamy di laman Facebook. Selamat mencuba.
Nota :
Selain resepi ikan masak taucu, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.