Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis juadah dan menu yang boleh didapati dengan mudah. Sebut sahaja ingin makan apa, makanan Malaysia, Indonesia, Thailand atau masakan barat semuanya ada. Lagi-lagi sekarang ni terdapat pelbagai service makanan yang menarik dan siap ada delivery lagi bukan? Kini, semuanya mudah dan cepat dari semua aspek termasuklah makanan. Best ker best?

Walaupun kita orang Malaysia dan mempunyai pelbagai jenis makanan yang enak-enak di sini, masyarakat kita sangat gemar untuk mencuba masakan dari negara-negara lain. Salah satunya ialah masakan masyarakat Jepun yang dikenali sebagai Takoyaki. Kuih ini merupakan snek Jepun yang berbentuk bulat. Bahan asas bagi kuih ini adalah tepung gandum dan lauk yang dipilih seperti seafood, ayam atau daging dan ia dimasak khas menggunakan kuali takoyakiyang akan menjadikannya berbentuk bulat.

Untuk membuat kuih takoyaki, terdapat beberapa penyediaan yang perlu dilakukan iaitu untuk menyediakan doh, inti, sos dan topping. Jika anda ke kedai bakery, anda boleh dapatkan tepung yang sudah siap dibancuh untuk membuat kuih ini. Jadi, tempoh penyediaan boleh disingkatkan. Tapi of course lah tak boleh lawan tahap keenakan yang kita buat sendiri kat rumah.

Rasa susah nak buat kuih takoyaki? Jangan risau, kami sudah menyediakan satu resepi istimewa takoyaki yang telah dikongsikan oleh saudari Norlizah Ramli di Facebook. Ikut je step ni ok, InshaaAllah jadi! Khas untuk penggemar kuih Takoyaki, resepi ini untuk anda! Selamat mencuba.

Resepi Takoyaki

Kuih Takoyaki

Image via Facebook

Bahan dan Cara Penyediaan Batter:

2 ½ cwn tepung gandum
1 sdb tepung jagung (optional) x letak pon xpe
1 sdk baking powder
2 sdb serbuk dashi/bonito
1 biji telur ayam gred A
Air 600ml (klu pekat tambah lg skit air)
**bancuh semua hingga sebati.bancuhan ni tak terlalu pekat atau tak terlalu cair..mcm bancuhan lempeng yg cair.

Bahan dan Cara Penyediaan Sos:

1 cwn sos tomato
5 sdb kicap manis
2 cwn sos wostechere ( lea & perrins)
2 sdb serbuk bonito
¼ cwn gula
1 cm halia diparut
1 ulas bawang putih diparut
Garam/kicap cair secukup rasa
**masak bahan sos hingga pekat sikit dan tapiskan.

Bahan Inti:

Kubis yang diracik halus
Sotong/udang/sosej/ketam (suka hati)
Daun bawang kalau suka

Bahan Topping:

Mayonis jenama kewpie utk rasa sedap
Bonito flakes
Aonari/seaweed powder(x letak pon xpe)
Sos takoyaki

 

P/s:

 rasaa tu agak2 ye. Kalau masam sangat lebihkan gula dan kalau tawar tambah kicap cair/garam.
 Rasa masam manis secukup rasa
 Kuantiti pon boleh agak2 x semestinya ikut sukatan ni
 BONITO FLAKES FROM AEON JUSCO SUPERMARKET
 SERBUK BONITO & SOS wosteshere from daiso (pastikan beli yg halal)
 TAKOYAKI PAN BOLEH BELI DARI LAZADA

Best ke best resepi ini? Haa nak lagi banyak resepi? Jangan lupa untuk melihat pelbagai lagi resepi yang menarik yang kami paparkan buat anda di blog meriah kami ini yer. Lagi satu, jangan lupa untuk LIKE dan SHARE resepi ini ya!

Penulis: Fazeeda Abdul Malik

Merupakan seorang graduan perakaunan dan kewangan. Kini menjadi suri rumah sepenuh masa yang aktif menggunakan dunia teknologi untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.