Kuih tradisional sekarang masih tak lapuk dek zaman. Masih lagi mempunyai permintaan daripada ramai orang. Tidak lagi terhad dijual pada waktu pagi, kuih tradisional boleh juga dilihat dijual pada waktu malam. Anda pasti kenal dengan kuih puteri ayu. Kuih yang mempunyai tekstur lembut dan gebu bila dimakan. Kami kongsikan resepi kuih puteri ayu untuk peminat kuih tradisional.

Mengikut perubahan zaman, resepi kuih puteri ayu juga telah banyak diolah mengikut keinginan masing-masing. Ada yang kita boleh nampak kuih puteri ayu coklat, cheese dan red velvet.

Walaupun dengan lambakan perasa baru yang ada, kuih puteri ayu pandan masih lagi mempunyai tempat di hati peminat kuih tradisional. Jom ikuti perkongsian resepi kuih ini dengan pelbagai versi.

Resepi Kuih Puteri Ayu

Imej via : Facebook

Sebelum kami berkongsi dengan anda resepi kuih puteri ayu dengan pelbagai perasa, izinkan kami kongsikan resepi asli kuih puteri ayu ini. Jika acuan dan teknik yang betul hasil kuih puteri ayu ini akan menjadi lembut bila dimakan. Mari baca resepi oleh Nada Ishak

Bahan-bahan

  • Kelapa parut 1 biji (putih sahaja lagi cantik)
  • Gaul dengan 1 SB tepung ubi + 1 SK garam halus
  • *Kukus dlm 5 minit
  • Ketepikan
  • 2 bijitelur
  • 1 cwn gula halus (gula pasir diblender)
  • 1 SB ovalett
  • 1 cawan susu cair/santan
  • 1 SK esen pandan
  • 1 SK pewarna hijau
  • 2 cawan tepung gandum + 2 SK soda bikarbonat

Cara penyediaan

  1. Pukul telur + gula + ovalett hingga kembang dan gebu putih.
  2. Step ini penting kalau tidak pukul bagi kembang putih, apam kurang naik dan tidak gebu.
  3. Selepas adunan tadu kembang masukkan susu@santan, masukkan esen pandan dan pewarna.
  4. Pukul sebati.
  5. Masukkan tepung pukul sebati agak dalam 2 minit.
  6. Panaskan pengukus higga air mendidih.
  7. Sapukan minyak pada keseluruhan acuan.
  8. Masukkan 1 SB kelapa parut, tekan bagi mampat dalam acuan.
  9. Tuang adunan tadi hingga penuh.
  10. Kukus dalam 20 minit.

Resepi Puteri Ayu Cheese Kalerfull

Imej via : Facebook

Sekarang ini lambakan perasa cheese yang kita dapat lihat di setiap kuih. Mungkin kerana ingin mengikut peredaran dan kehendak masa kini. Seperti resepi yang dikongsikan oleh Nitaharry ini di Facebook kuih puteri ayu cheese. Tekstur gebu dan lemak keju ini serasi dengan adunan kuih ini

Bahan-bahan

Bahan cheese

  • 250g cream cheese
  • 5 sdu besar gula halus
  • 2 sdu besar tepung gandum (di ayak)
  • 1 biji telur
  • 2 sdu besar susu cair/full cream

*campur semua bahan di atas dan mixer sebati dan masuk dalam piping bag.

Lapisan puteri ayu

  • 1 cwn gula halus
  • 2 biji telur
  • 1 sdu besar ovalette
  • 1 sdk esen vanila
  • 1/2 cwn santan
  • 1/2 cwn susu cair
  • 2 cwn tepung gandum

*pewarna pilihan

Cara penyediaan

  1. Mixer telur dan gula halus sebat.
  2. Masukkan ovalette + esen vanilla dan mixer sampai kembang putih. Kemudian masukkan susu cair+santan dan tepung. Mixer lagi sampai gebu.
  3. Bahagikan kepada beberapa bahagia untuk letak pewarna.
  4. Masuk dalam piping bag senang nk bubuh dalam acuan.
  5. Kukus lapisan cheese 5 min.
  6. Untuk lapisan kedua kukus 8 min api sederhana.

Resepi Kuih Puteri Ayu Tembikai

Imej via : Facebook

Kalau anda seorang yang kreatif pasti pelbagai bentuk kuih puteri ayu anda boleh olahkan. Resepi yang dikongsi oleh Siti Fairus sangat unik. Rupa bentuk kuih puteri ayu ini diolah menjadi bentuk tembikai memang menjadi tarikan ramai orang yang melihatnya.

Bahan-bahan

  • 2 biji telur gred B
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu makan ovalett
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 cawan santan @ susu cair (saya guna susu cair)
  • 2 cawan tepung gandum diayak bersama baking powder
  • Bijan hitam
  • Pewarna hijau, pink dan kuning

Cara penyediaan

  1. Caranya mix gula dengan telur hingga pekat dan putih gebu.
  2. Masukan esen dan ovalett mix lagi, selepas itu masukkan tepung berselang seli dengan susu cair.
  3. Didihkan air kukusan terlebih dahulu dan sapukan minyak pada acuan.
  4. Masukkan bijan dan masukan adunan tadi kukus sehingga masak.
  5. Nak tahu dah masak ke belum cucuk dengan lidi, bila dah tak melekat pada lidi maknanya adunan dah masak.

Resepi Kuih Puteri Ayu Versi Loyang

Imej via : Facebook

Anda jangan risau kalau teringin nak buat kuih puteri ayu tetapi tiada acuan. Resepi ini yang hanya menggunakan loyang oleh Siti Nailah Alfarafisha Roslan sangat berguna untuk anda yang tidak mempunyai acuan. Walaupun sedikit leceh tapi hasilya sangat unik. Tak cuba tak tahu lagi kan?

Bahan-bahan

  • 3 bj telur
  • 1 cwn gula halus
  • 1 sdk ovelet
  • 1/2 sdk esen pandan

Cara penyediaan

  1. Mixer semua bahan di atas sampai gebu dalam 5-6 minit
  2. Selepas itu masukkan satu cawan santan pekat mix lagi, dan asukkan pewarna hijau.
  3. Ayak dua cawan tepung gandum+2sdk baking powder, masukkan dalam adunan dan kaup balik.
  4. Kelapa parut+1sdkgaram+1sdb tepung ubi dan gaul sebati.
  5. Sapu acuan dengan minyak masukkan kelapa, tekan-tejang pasat masukkan adunan tadi.
  6. Kukus 7 minit untuk acuan kecik.15-20 untuk acuan loyang.

Resepi Puteri Ayu Coklat Cheese

Imej via : Facebook

Ada kanak-kanak yang tidak gemar dengan kuih tradisional, apakata anda cuba resepi puteri ayu coklat cheese dari Zubaidah Awang ini, confirm anak-anak suka dengan kuih tradisional ini. Tak cukup makan satu! Satu lagi mana lah tahu boleh buat jualan kan?

Bahan-bahan

Adunan cheese

  • 250 gm cream cheese
  • 20 gm tepung gandum
  • 80 gm gula kastor
  • 25 ml susu cair
  • 1 biji telur ayam

Cara penyediaan cheese

  1. Putar dulu cream cheese dengan gula, telur, susu cair dan masuk tepung pukul sampai sebati dan licin tiada ketulan.
  2. Selepas itu boleh letak dalam acuan, kukus 2minit.
  3. Sebelum itu, sapu acuan dengan minyak sikit.

Bahan coklat

  • 1 cawan minyak (minyak jagung/minyak masak)
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan serbuk koko
  • 10 sudu besar gula
  • 3 biji telur ayam Gred A
  • Masuk kesemua bahan dalam blender dan blend sebati lebih kurang 5 minit

Bahan ayak

  • 1 1/4 cawan tepung gandum (nak guna tepung kek boleh tapi tak perlu letak soda n baking dah)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Secubit garam halus

Cara penyediaan

  1. Selepas itu masukkan adunan yang blend tadi dalam bekas besar, masukkan tepung sikit demi sikit, kaup balik sampai sebati.
  2. Tapis adunan untuk elak ade yang berketul.
  3. Biarkan kejap.
  4. Selepas itu boleh tuang atas cheese yang dah kukus tadi. Kukus balik dalam 7 minit/sehingga masak.
  5. Guna api sederhana.

Resepi Puteri Ayu Jagung Coklat Rice

Imej via : Facebook

Selain dari cheese, resepi kuih puteri ayu jagung coklat rice ini juga bakal menjadi perasa favorite anak-anak anda. Dengan penambahan coklat rice ini pasti membuatkan anak-anak anda teruja dan tak sabar nak makan. Jom baca resepi dikongsikan oleh Zurina Kifli.

Bahan-bahan

  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 sdk baking powder (kedua-duanya diayak bersama)
  • 4 biji telur gred B dibuang pusat
  • 3per4 cwn gula castor tak penuh cawan
  • 1 sd makan ovalette
  • 2 sd makan minyak jagung @masak
  • Sedikit pewarna kuning telur
  • *3per4 cawan jagung krim dalam tin
  • *1/2 cwn susu cair
  • *Sedikit pes @perasa@pati jagung
  • *1 sd makan susu pekat manis
  • *Secubit garam halus
  • Bahan* blend bersama hingga berbuih halus
  • **Sedikit coklat rice untuk letak dalam adunan atau kelapa parut putih digaul sedikit garam dan 1 sd tepung ubi untuk isi dalam dasar acuan

Cara penyediaan

  1. Panaskan pengukus sementara nak mula mengadun.
  2. Dengan speed perlahan putar telur hingga berbuih halus, masukkan gula dan ovalette. Apabila ovalette dah sebati naikkan ke speed paling tinggi.
  3. Putar dengan high speed hingga adunan telur naik sehabis tinggi dan kelihatan gebu bertanduk, lebih kurang 10 hingga 15 minit.
  4. Perlahankan mixer ke no 2, masukkan minyak bahan blend dan pewarna.
  5. Masukkan tepung sedikit sambil terus mix sebati, sambil itu sisip adunan yang melekat pada tepi mangkuk dan kacau biar sebati.
  6. Matikan mixer kacau adunan biar sebati. Boleh terus kukus atau rehatkan adunan 30 minit hingga 1 jam untuk lagi cantik hasilnya.
  7. Sambil itu bolehlah sapu minyak dalam acuan dan isi kelapa dalam acuan. Kukus sekejap acuan berisi kelapa agar kelapa tidak mudah masam dan kuih tahan lama. Kemudian isikan adunan separas acuan
  8. Kukus semula 7 hingga 10 minit ikut saiz acuan, dengan api sederhana. Siap. Keluarkan acuan dari pengukus kemudian picit tepi acuan supaya kuih lekang dari acuan dan mudah tanggal. Moga bermanfaat.

**Untuk puteri ayu jagung coklat rice, masukkan coklat rice kedalam adunan dan kacau sebelum isi adunan kedalam acuan

**Setelah masukkan bahan blend dan tepung jangan mix terlalu lama, cukup sekadar semua sebati.

Resepi Menarik Lain

Banyak kan resepi kuih puteri ayu ini yang anda boleh cuba nanti. Dah cuba jangan lupa ye share dan like jika bermanfaat untuk anda. Pelbagai resepi Menarik yang menanti anda di laman web kami ini.

Penulis: Faten Asnida

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.