Ramai orang pos pasal kek pandan layer di media sosial. Nampak sedap sebab lapis demi lapis kek pandan yang lembut itu ada terdapat krim kastard pandan. Apabila termakan bahagian kastard manis itu, rasa macam melompat ke bintang saking sedapnya. Kami tahu anda pula mesti tercari-cari resepi kek pandan layer macam yang kami terangkan bukan? Sesiapa yang mencari itu, mari kita buat sama-sama kek pandan layer dengan resepi yang dikongsikan oleh Chesu Riani‎ di laman Facebook.

Resepi yang kami tuliskan di bawah amat mudah. Bahkan orang yang pertama kali cuba mesti terus berjaya buat dan hasilnya semacam dengan kek viral itu. Apabila tercium wangi pandan itu, terus lapar perut ingin makan. Sukatan mudah guna cawan teh sahaja.

Kek pandan layer sesuai untuk hidangan minum petang sambil layan tv, kumpul dengan keluarga, atau dengan kawan-kawan dan jiran-jiran. Boleh juga dibuat untuk hidangan menjamu tetamu. Tunggu apalagi jom cubakan resepi di bawah.

Resepi Kek Pandan Layer

kek pandan layer

Imej via Facebook

Bahan Kek :

  • 3 biji telur A,
  • ½ cawan gula perang (kalau suka manis letak 1 cawan),
  • 1 sdb ovallete,
  • 1 cawan tepung gandum,
  • ½ sdt baking powder,
  • ½ sdt baking soda,
  • ¼ sdt garam,
  • 1 sdt perisa pandan,
  • 1 sdt pewarna hijau,
  • ½ cawan santan kotak,
  • Sedikit esen vanilla,
  • 3 sdb air pandan,
  • 50 ml minyak jagung.

Cara-cara :

  1. Pukul telur, gula dan ovallette sampai warna putih guna mixer.
  2. Ayak tepung, baking soda, powder, dan garam pastu masukkan dalam adunan selang seli guna speed perlahan.
  3. Matikan mixer. Campurkan kesemua bahan lain dan kaup guna spatula sahaja. Akhir sekali baru masukkan minyak.
  4. Bahagi dua adunan dan ketuk-ketuk loyang bagi hilang gelembung.
  5. Kukus 15-20 minit dengan api besar. Kalau bakar ikut suhu oven masing-masing.
  6. Jika sudah masak keluarkan dari loyang dan tunggu sampai sejuk.

Bahan Kastard Pandan :

  • 1 cawan santan [email protected] segar,
  • 3 cawan air,
  • 1 cawan air pandan/1 sdt perisa pandan,
  • 1 cawan susu cair,
  • 100 g tepung hoen kew (guna 50 gm tepung jagung dan 50 gm tepung kastard),
  • ½ cawan gula perang (jika suka manis guna 1 cawan),
  • 1 sdt garam halus,
  • 10 g agar-agar serbuk/agar-agar tali,
  • 1 sdt pewarna hijau.

Nota :

  1. Jumlah cecair (santan + susu cair + air pandan + air mesti [email protected] cawan kesemuanya).
  2. Jika guna agar-agar serbuk, ayakkan tepung dan satukan dengan bahan-bahan lain ke dalam periuk.
  3. Kacau dengan api sederhana perlahan-lahan sampai pekat berkilat dan meletup-meletup kecil.

Jika Guna Agar-Agar Tali :

  1. Satukan air dengan agar-agar dan masak sehingga mendidih dan agar-agar larut. Kacau sekali sekala.
  2. Masukkan gula, garam dan pewarna, kacau sekejap dan biar mendidih.
  3. Ayakkan tepung dan satukan dengan air pandan, santan dan susu cair.
  4. Kacau sebati dan tuangkan ke dalam periuk agar-agar yang tengah mendidih.
  5. Kacau jangan berhenti hingga adunan pekat dan mula meletup-meletup kecil. Kalau nampak terlalu pekat tambah setengah cawan air panas dan kacau sebati sehingga mula meletup-meletup kecil semula. Matikan api, siap kastard.

Cara Melapis Kek dan Kastard :

  1. Basahkan loyang yang lebih besar dari loyang kek tadi @ renjiskan dengan air biar basah.
  2. Kalau kek dipotong 2, bahagikan kastard kepada 3 bahagian.
  3. Bahagian dalam loyang biar basah, jangan lap kering pula.
  4. Kemudian ambil mangkuk kastard pertama dan tuang dalam loyang.
  5. Ratakan keseluruhan loyang dan letak sekeping kek di bahagian tengah-tengah kek. Biar tepi-tepi ada ruang kosong.
  6. Kemudian masukkan bahagian kastard kedua dan tuangkan ke atas kek, tuangkan juga pada tepi-tepi sekeliling kek. Ratakan kemudian hentak-hentak perlahan biar kastard rata dan turun ke tepi-tepi loyang.
  7. Kemudian ambil lapisan kek yang kedua dan letak atas kastard, tutup balik dengan baki adunan kastard. Ratakan dan hentak perlahan loyang. Biarkan kastard sejuk.
  8. Kemudian simpan kek dalam peti ais sekurang-kurangnya 4 jam. Kalau tidak cukup 4 [email protected] jangan berani tanggalkan loyang dan keluarkan kek ya, nanti kastard tidak cukup keras, takut pecah.

Cara Tanggalkan Kek Dari Loyang :

  1. Lepas keluarkan loyang dari peti ais, kalau nampak kastard melekat kuat pada tepi loyang, ambil pisau besi nipis dan lalukan hujungnya pada tepi permukaan loyang tapi jangan sampai ke bahagian bawah loyang nanti calar-calar kastard. Hentak dan goyang sedikit-sedikit loyang supaya kek regang sedikit dari loyang.
  2. Ambil pinggan [email protected] [email protected] letak pada permukaan loyang, kemudian terbalikkan biar loyang terlangkup atas pinggan. Tepuk-tepuk sedikit belakang loyang penuh hati-hati.
  3. Pegang sisi loyang dengan tapak tangan, bila rasa kek sudah turun angkat loyang perlahan-lahan. Kek akan keluar licin cantik, tidak melekat-lekat pada loyang.

Resepi Menarik Lain

Selain kek pandan layer, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.