Anda teringin untuk membuat kuih koci tapi tidak tahu caranya? Jika ya, hari ini kami akan berkongikan resepi kuih koci yang popular di Malaysia ini!

Untuk pengetahuan anda, kuih koci ini terbahagi kepada dua iaitu koci labu dan koci pulut hitam. Dan jangan risau. Kerana resepi ini mengandungi dua dua jenis kuih koci tersebut.

Resepi ini dikongsikan oleh Puan Diena Anilda dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.

Resepi Kuih Koci

Resepi Kuih Koci

Imej via Facebook

Salam. Semalam ramai yang mintak resepi #kuihkocibydienaamous. Kuih koci tradisional yang telah dimodenkan sedikit cara ia dibuat. Kalau dapat daun pisang yang cantik maka cantik la kejadiannya. Kalau tak, hitam hitam juga kuih koci yang saya buat.

Resepi ni mak saya yang ajar dan telah diolah beberapa perkara oleh saya untuk menambah keenakan kuih koci itu sendiri.

Sebelum ni mak saya buat untuk berniaga tapi setelah mak saya sakit diabetes dan di potong sebelah kaki, dia tak lagi mampu untuk membuat kuih ini yang sememangnya remeh dan leceh. Jadi saya meneruskan warisan beliau. Sahabat sahabat doakan mak saya sentiasa sihat dan berada di dalam lindungan Allah. Jaziah Bte Sahya Jie. I love u mak!

Kawan kawan yang hari hari tengok saya post kat fb tapi jauh nak order tu, dipersilakan bersilat.

Jom check resepi!

(Tak perlu kukus dah ye)

Inti (200++ biji)

Bahan bahan

  • 1500 gm Kelapa(Lebih kurang 4 bj kelapa)
  • 370 gm gula merah
  • 1kg gula
  • 6 cawan air
  • 6 helai daun pandan
  • 6-7 sudu tepung gandum
  • 2 sudu kecil garam

Cara cara

  1. Masak gula merah + air sehingga larut.Tapis guna tapis kain.
  2. Masak semula gula merah yang dah ditapis + gula pasir + garam + daun pandan sehingga gula pasir larut.
  3. Masukkan Kelapa. Kacau sehingga kering.
  4. Bila tolak sedikit inti dgn senduk,kelihatan berbuih2 didasar kuali,maksudnya inti dah nak kering,boleh masukkan Tepung gandum untuk jadikan inti lebih kental.
  5. Tutup api. Siap

Doh Pulut Hitam (50++biji)

  • 500 gm tepung Pulut
  • 2-3 sudu tepung Pulut hitam (Beras pulut hitam di kisar+ayak)
  • Santan cair/Air (Untuk uli)

Doh Labu (50++biji)

  • 500 gm Tepung pulut
  • 500 gm labu (direbus+dilecek)
  • Santan cair/Air(Untuk Uli)

Cara cara Memasak

  1. Masukkan air/santan cair sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat di tangan.
  2. Ambil inti dan masukkan dalam doh. Bulat bulatkan. Gris loyang dengan sedkit minyak.
  3. Didihkan air panas. Setelah mendidih masukkan doh.
  4. Kalau dah timbul, angkat doh dan terus gaul dalam dadih santan yang telah dimasak.
  5. Bungkus dengan daun pisang yang telah dilayur atas api. Siap.

Dadih santan

  • 1/2 atau 1 biji kelapa (Blend dengan 2liter air then tapis)
  • 10-15 sudu tepung beras
  • 10-15 sudu tepung jagung
  • 3 helai daun pandan
  • Garam & Gula secukup rasa

Cara cara Memasak

  1. Kisar Kelapa+air. Tapis guna tapis kain.
  2. Masukkan tepung beras+tepung jagung.Tapis sekali lagi guna tapis teh je sebelum pasang api.
  3. Masakkan sehingga pekat bersama beberapa helai daun pandai untuk aroma yang wangi.
  4. Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula mengikut selera masing masing.

Nota 1: Dadih santan kene pandai adjust ye. Jangan cair sangat, jangan pekat sangat. Kalau tercair,  bancuh sedikit tepung beras+air, tapis msukkan dalam dadih.

Nota 2 : Masak sampai dadih plupp..plupp..plupp.. untuk tahan lama. Untuk dadih ni saya takde sukatan yang betul betul tepat. Ikut seni tangan masing ok

Tips:

  1. Kacau doh yang dah dimasak dalam santan guna senduk kayu untuk elak doh senang pecah.
  2. Buat santan terlebih dahulu sebelum masakkan doh didalam air. Sebab since doh dah masak kene tros msukkan dalam santan. Kalau tak nanti melekat lekat.
  3. Setelah inti siap dimasakkan, sejukkan sebentar. Masukkan dalam freeze atas. Setelah agak agak sejuk dan beku, keluarkan dan bulat bulat kan inti. Bekukan semula untuk mudahkan proses masukkan inti kedalam doh. Tak melekit lekit dan kerja jadi cepat.
  4. Untuk dapatkan size kuih yang sama besar, saya timbang inti 11gm dan doh 21gm setiap satu. Leceh tapi berbaloi.

Selamat Mencuba

Resepi Kuih Lain Yang Menarik

Selain resepi kuih koci, kami juga mempunyai beberapa resepi kuih lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.

Jangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye.

Penulis: Nabilah Ruza

Merupakan salah penyumbang di Bidadari.my. Rajin berkongsi artikel yang berinformasi di sini.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.