Karipap merupakan sejenis makanan pencuci mulut yang popular di Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei. Ia terdapat dalam pelbagai perasa, bergantung kepada inti di dalamnya.

Bahan utama karipap ialah adunan tepung dan pelbagai inti seperti ubi, sardin, kentang dan sebagainya.

Karipap atau curry puff boleh dihidangkan pada masa panas mahupun sejuk. Karipap memang sangat digemari oleh netizen, daripada kanak-kanak sehingga orang dewasa. Harga satu karipap ada ada 50 sen atau kurang daripada 1 ringgit.

Namun bagaimana jika anda termasuk penggemar berat karipap? atau anda ingin menyajikan karipap untuk tetamu atau keluarga anda di rumah? tentunya harga yang anda keluarkan untuk membeli karipap akan menggunung juga.

Oleh kerana itu, kami ingin berkongsikan kepada anda resepi karipap yang sedap yang didapati daripada JJ Pau Mawar di Facebook yang mendapat perkongsian lebih dari lebih darai 1.3K. Dalam resepi ini ia menggunakan 3 jenis tepung, namun jika anda ingin membuat dengan tepung gandum sahaja pun boleh tiada masalah. Inti yang digunakan untuk karipap ini ialah sardin. Dengan mengikuti resepi ini dan mencuba di rumah anda tak perlu lagi pergi balik ke kedai.

Karipap ini boleh disimpan frozen dan tentunya anda boleh memasak seberapa banyak yang anda mahu pada bila-bila masa sahaja. Resepi karipap ini conform sangat lazat! Silakan mencuba.

Resepi Karipap Sardin (Lazat dan Garing)

Resepi Karipap Sardin

Imej via Google

Bahan-bahan yang Digunakan

Bahan untuk Doh

  • 850 gm tepung gandum
  • 100 gm tepung beras gajah 1
  • 100 gm tepung ubi
  • 100 gm butter/margarin
  • 100 gram minyak
  • 30 gram shortening
  • 2 sudu teh garam halus
  • 2 cawan air sejuk

Cara Membuat Doh

1. Panaskan butter, minyak dan shortening hingga berbuih.
2. Tuang bahan no.1 ke dalam tepung. gaul hingga sebati. (gunakan senduk utk menggaul kerana minyak masih panas)
3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh
4. Perap 15 minit

Bahan untuk Inti

  • 2 tin Sardin makerel (ikan dilenyek)
  • 3-5 biji kentang (potong dadu)
  • 2 biji bawang holland (potong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • Asam jawa paste adabi, garam, gula secukupnya
  • 1-2 biji telur

Cara membuat Inti

1. Tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar, tumis hingga garing.
3. Masukkan ikan sardin, kentang, bawang besar dan air. Kacau biarkan hingga semuanya empuk.
4. Bila hampir kering masukkan telur.
5. Masukkan asam jawa adabi tambah sedikit garam dan gula.
6. Masak hingga inti mnjadi agak kering dan masukkan sedikit daun sup jika suka.
7. Canaikan doh. Timbang 20 gram.
8. Masukkan inti dan kelim dengan kemas
9. Goreng dengan api sederhana untuk hasil kulit karipap yg licin.

Resepi Karipap Sardin

Imej via Facebook

Resepi Karipap Sardin

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi karipap sardin yang lazat dan garing, kami juga berkongsi resepi menarik lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya..

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.