Jom cuba resepi berbuka puasa ini. Akhirnya bulan Ramadhan tiba lagi.

Berpuasa seumpama kita tengah berjuang melawan nafsu diri sendiri. Mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Berbuka puasa pula umpama ‘hadiah’ kerana telah menjalankan puasa satu hari penuh.

Sudah semestinya anda teringin menghidangkan menu berbuka puasa yang menarik bukan? Menu yang mengenyangkan dan puaskan rasa lapar serta halallan tayyiban.

Justeru, pada perkongsian ini kami akan menghadirkan 25 resepi berbuka puasa patut cuba . Kumpulan resepi yang sedap dan mendapat perkongsian ramai di laman Facebook.

Di bawah ini ialah antara resepi-resepi yang selalu mendapat banyak permintaan di bulan ramadhan. Kami pastikan anda menyukai kesemua resepi ini. Jemput baca dan mencubanya.

1. Resepi Mee Goreng Basah

mee goreng
Imej via Facebook

Resepi yang selalu jadi kegilaan di bazar ramadhan. Setiap kali pergi ke bazar mesti ramai yang beli mee goreng. Ia sedap dan mengenyangkan. Resepi didatangkan daripada di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 1 kg mee kuning,
  • 1 biji bawang besar saiz sederhana,
  • 3 biji bawang putih,
  • 2 sudu besar lada kisar,
  • 1 sudu besar serbuk pati ayam,
  • 4 sudu besar sos cili,
  • 2 sudu besar sos tiram,
  • 3 sudu besar sos tomato,
  • 1 sudu besar kicap pekat,
  • 2 sudu gula,
  • Garam secukup rasa,
  • Air 1-2 cawan,
  • Minyak untuk menumis,
  • Sotong,
  • Udang,
  • Fish ball,
  • Fishcake,
  • Ayam potong dadu,
  • Sawi,
  • 1 biji tomato potong bagi 8,
  • Tauge.

Cara-cara :

  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan lada kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan sos tomato, sos cili, kicap dan sos tiram. Kacau sekata.
  3. Masukkan serbuk pati ayam dan gula.
  4. Masukkan ayam, sotong, udang, fish ball, fishcake.
  5. Kemudian tuang air dalam secawan dan masukkan sayur sawi dan tomato.
  6. Masukkan mee dan kacau. Kalau nampak mee agak kering boleh tambah air sedikit dan kalau tawar boleh tambah garam.
  7. Akhir skali letak tauge dan kacau sekata.
  8. Siap.

2. Resepi Tepung Gomak

tepung gomak
Imej via Facebook

Juadah berbuka puasa mestilah dengan yang manis-manis. Seperti tepung gomak yang berinti kelapa manis. Sangat sedap dijadikan juadah berbuka. Resepi perkongsian daripada Tahrunnisah Jali di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung pulut,
  • Sedikit garam,
  • 2/3 cawan air.

Cara-cara :

  1. Campurkan tepung pulut, garam dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat di tangan. Adunan tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik.
  2. Bulatkan adunan ini (besar 2x daripada onde-onde gula melaka).

Bahan Inti Kelapa Manis :

  • 1 biji kelapa parut/kelapa segera/kelapa kering,
  • 1 biji gula melaka,
  • ¾ cawan gula pasir,
  • 1 sudu besar tepung gandum dibancuh dengan sedikit air sahaja.
  • Daun pandan disimpul.

Cara-cara :

  1. Masak gula melaka, ¾ cawan gula pasir dan daun pandan dengan sedikit air.
  2. Masak sehingga gula melaka hancur, kemudian tapis.
  3. Masukkan kelapa parut tadi, kalau tidak ada kelapa parut boleh guna kelapa kering (kelapa kering tambah sedikit air panas untuk lembapkannya).
  4. Masak sekejap di atas dapur, agak-agak sudah kering baru masukkan bancuhan tepung gandum tadi. Masak sehingga ia lembap.
  5. Kemudian sejukkan.
  6. Bulat-bulatkan inti tersebut.

Salutan Luaran Tepung Gomak (Homemade)

  1. 1 cawan kacang hijau.
  2. Dibersihkan dan digoreng sebentar, jangan hangit.
  3. Kemudian kisar kacang sampai hancur.
  4. Tapis/ayak dan boleh dijadikan serbuk tepung untuk tepung gomak, lebihan tepung boleh disimpan.

(Jika beli yang sudah siap boleh beli di kedai namanya tepung kacang hijau).

Cara Menyediakan :

  1. Masukkan inti kelapa yang dibulatkan kedalam adunan tepung dan bulatkan adunan.
  2. Sementara itu panaskan air.
  3. Rebus adunan ini. Jika nampak terapung angkat dan toskan.
  4. Salutkan adunan dengan tepung kacang hijau yang diayak tadi.
  5. Siap.

3. Resepi Bubur Pulut Hitam

bubur pulut hitam
Imej via Facebook

Bubur pulut hitam boleh jadi pilihan juadah berbuka. Tekstur yang lembut dan rasanya yang manis membaiki tenaga yang masa berpuasa. Jom cuba resepi daripada Tahrunnisah Jali di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 1 cawan pulut hitam (dibersihkan dan direndam 2 jam),
  • 1 cawan air untuk merebus beras pulut hitam,
  • 1 helai daun pandan,
  • 1 keping gula melaka,
  • ½ cawan gula (ikut mana yang anda suka),
  • 1 cawan santan sederhana pekat.

Cara-cara :

  1. Mula-mula rebus pulut hitam dengan secawan air dan daun pandan simpul sehingga pulut hitam benar-benar empuk/lembut. Kalau air kering sila tambah air.
  2. Masukkan gula, gula melaka dan santan pekat.
  3. Kacau sebati.
  4. Jika sudah empuk sila tutup api.

Cara membuat santan pekat untuk dicurah di atas bubur :

  • ½ cawan santan pekat,
  • Sedikit garam.
  • Panaskan di atas dapur.
  • Sentiasa kacau hingga mendidih dan tutup api.
  • Hidangkan bubur dalam mangkuk dan tuang sedikit santan di atas bubur.
  • Siap.

4. Resepi Martabak Cheese

martabak cheese
Imej via Facebook

Martabak ialah antara makanan yang paling banyak dicari pada bulan ramadhan. Martabak sangat mengenyangkan dan lagi puas kalau bikin sendiri. Resepi martabak ala Tahrunnisah Jali di laman Facebook ini patut anda cuba.

Bahan-bahan :

  • 2 gelas tepung gandum (350gm),
  • 1 biji telur saiz C (yang paling kecil),
  • Sedikit garam,
  • 1 sudu besar gula,
  • 1 sudu besar susu pekat manis,
  • 1 sudu besar shortening/butter,
  • ½ gelas air atau kalau keras boleh tambah sedikit air (200ml),
  • Butter/margerin/minyak.

Cara-cara :

(Jika guna breadmaker)

  1. Mula-mula masukkan semua bahan kecuali air. Air tambah sedikit demi sedikit hingga mendapat hasil doh tidak terlalu lembik dan tidak lekat di tangan.
  2. Uli guna bread maker selama 20 minit.
  3. Bulatkan doh dalam 90 gm dan salut dengan butter/margerin/minyak.
  4. Simpan semalaman.

(Jika guna tangan)

  1. Dalam satu bekas masukkan tepung gandum, garam, gula, susu pekat dan shortening.
  2. Kemudian masukkan telur dan uli kering.
  3. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit hingga doh tidak lekat di tangan.
  4. Uli doh selama 20 minit sehingga doh lembut dan elastis (part ini uli 7 minit berehat sekejap, uli lagi rehat kejap dan uli lagi).
  5. Seterusnya bulatkan doh seberat 90gm hingga abis (saya dapat dalam 7 biji).
  6. Kemudian salut doh dengan sedikit minyak/butter/margerin.
  7. Letak dalam bekas tertutup dan biarkan semalaman atau dalam 5 jam.

Inti Martabak Daging (boleh dapat 3@4 biji martabak)

Bahan A :

  • 500 gm daging kisar/hancur,
  • 2 biji bawang besar (sederhana besar) kalau tidak suka bawang banyak isi 1 biji pun memadai potong dadu kecil.
  • Sedikit halia tumbuk,
  • 1 sudu besar rempah briyani,
  • 1 sudu besar rempah kari daging,
  • 1 sudu besar minyak masak,
  • Garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara :

  1. Tumis bawang besar dan halia dengan sedikit minyak.
  2. Masukkan rempah, kacau hingga naik bau. Masak agak lama supaya rempah masak sempurna.
  3. Masukkan daging kisar.
  4. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Kacau adunan hingga masak dan agak kering.

Bahan B :

  • 6 biji telor dicuci bersih.

Bahan C :

  • 2 biji bawang merah di potong dadu,

Bahan D :

  • ½ -1 mangkuk mozarella cheese yang diparut,
  • 1 tiub cheese warna oren yang biasa orang letak dalam burger dalam 6 keping.
  • Cairkan bahan dan tambah dalam 1 cawan susu segar kalau pekat tambah sedikit lagi hingga cair macam sos cili itu.
  • Jika sudah sedia semua bahan boleh mula menebar.

Cara-cara :

  1. Ambil sebiji doh roti canai. Jika tidak pandai tebar guna dulang, penyek-penyekkan doh di atas dulang.
  2. Letak sedikit minyak dan canai hingga leper. Tarik doh tadi hingga
    nipis. Kalau uli doh pertama lembut dan elastis, doh tidak akan carik/koyak kalau ditarik).
  3. Pecahkan telur di atas doh, masukkan inti martabak, bawang, dan cheese.
  4. Tutup doh.
  5. Panaskan pan dan letak sedikit minyak.
  6. Ambil roti perlahan-lahan dan letak di atas pan panas tadi.
  7. Balik-balikkan roti.
  8. Agak-agak sudah masak, pecahkan sebiji telur atas roti, ratakan dan taruk inti martabak.
  9. Terbalikkan dan biar doh yang ada daging dibawah.
  10. Biar hingga masak.
  11. Part akhir ini, kalau mahu letak cheese di atas permukaan yang ada daging pun boleh atau letak di permukaan satu lagi pun boleh.
  12. Taruk 2 jenis cheese. Hanya letak separuh roti sahaja cheesenya. Taruk banyak pun sedap.
  13. Biar sekejap dan terus lipat dua.
  14. Potong kecik dan sedia dihidang panas dan dimakan dengan bawang cuka.

Resepi Acar Bawang :

  • 2 biji bawang besar (saiz sederhana) dihiris nipis,
  • 3 sudu besar cuka,
  • Sedikit garam,
  • Gula,
  • Pewarna merah (ros),
  • Satukan kesemuanya dan taruk dalam peti sejuk.
  • Sedia dihidangkan dengan martabak.

5. Resepi Mango Float

mango float
Imej via Facebook

Menu lain yang lazat untuk berbuka puasa ialah mango float. Siapa yang suka hidangan masam-masam lemak manis, cair di mulut dan sejuk di perut? Sedap untuk menu berbuka puasa. Resepi mango float daripada
Putri Bungsu di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 1 cawan whipping cream,
  • ½ tin susu pekat manis,
  • 200 gm cream cheese,
  • ½ pakej biskut cream cracker,
  • 4 biji mangga (dihiris memanjang),
  • 2 keping biskut cream cracker (hancurkan),
  • Loyang segi 4 tepat atau bekas yang bersesuaiannya,
  • Aluminium foil,
  • Susu segar (untuk rendam biskut bagi lembut).

Cara-cara :

  • Putar whipping cream sehingga pekat, masukkan cream cheese dan susu pekat manis dan putar lagi sehingga kembang dan sebati.
  • Sementara itu balutkan loyang dengan aluminium foil.
  • Rendam biskut di dalam susu segar kemudian masukkan kepingan biskut ke dalam loyang.
  • Masukkan adunan cream cheese dan ratakan.
  • Kemudian aturkan hirisan mangga diatasnya. Ulang langkah 1-3 hingga habis.
  • Untuk lapisan atas, selepas cream cheese diratakan, tabur biskut cream cracker yang telah dihancurkan.
  • Baki hirisan mangga dihiris dadu dan ditaburkan di atas bahan tadi.
  • Masukkan ke dalam freezer sekurang-kurangnya selama 3 jam, selepas itu mango float boleh dimakan.

Nota : Mango float mudah cair, tidak boleh dibiarkan dalam suhu bilik nanti cari macam ais krim.

6. Resepi Apam Kampung

 apam kampung

Imej via Facebook

Bagi yang sedang mencari resepi apam kampung jom intai resepi di bawah. Sangat sesuai untuk juadah berbuka puasa. Mudah, cepat dan menyelerakan. Resepi apam kampung daripada Jamal Dan Asmahan yang dikongsikan di Facebook.

Bahan-bahan :

  • ¾ sudu teh gula pasir,
  • ½ cawan air suam,
  • 11 g yis mauripan.
    (Campur kesemua bahan dan perap sehingga betul-betul kembang dalam 10 min)
  • ½ cawan gula pasir,
  • ½ cawan gula melaka/gula merah,
  • 2 cawan air,
    (Masak hingga gula hancur dan sejukkan)
  • 4 cawan tepung gandum,
  • ½ cawan air.

Cara-cara:

  1. Mula-mula bancuh tepung gandum bersama yis, air dan air gula.
  2. Sebatikan kesemuanya.
  3. Perap adunan selama 1 jam.
  4. Alas loyang 10 x10 dengan plastik dan curahkan adunan.
  5. Rehatkan dalam 10 minit.
  6. Bila periuk kukus betul-betul panas, kukus adunan tadi dalam 40 minit.
  7. Sejukkan apam.
  8. Apam siap.

Tips : Yis kena betul-betul kembang. Perap adunan tadi dalam mangkuk. Adunan akan naik dan kembang. Apam sedap dimakan selepas bermalam, masam yis akan hilang.

7. Resepi Blue Butterfly

blue butterfly
Imej viaFacebook

Untuk berbuka puasa, mestilah ingin melepaskan dahaga dengan minuman sejuk dan segar. Seperti minuman blue butterfly resepi daripada Nur Fakhira Mohd Rosli‎ di laman Facebook. Menggunakan bunga telang asli untuk membuat minuman. Terasa segar dan naturalnya.

Bahan-bahan :

  • Segenggam bunga telang.
  • 2 cawan air suam,
  • 3 cawan air sejuk,
  • Gula batu secukupnya,
  • 1 daun pandan,
  • 2 biji limau nipis (ambil jus sahaja),
  • Ais (optional),

Cara-cara :

  1. Basuh bersih bunga. Rendam dalam air suam selama 30 minit.
  2. Kemudian masukkan bunga ke dalam periuk. Tambah 3 cawan air.
  3. Masukkan gula batu dan daun pandan. Biar mendidih sampai air tinggal lebih kurang 3 cawan.
  4. Setelah itu, tutup api dan tutup periuk. Kemudian biarkan sejuk.
  5. Akhir sekali, letak air bunga telang dalam gelas berisi ais, tuang jus limau.
  6. Siap.

8. Resepi Bandung Float

bandung float
Imej via Facebook

Melepaskan dahaga masa berbuka puasa dengan bandung memang sangat tepat. Lagi kalau bandung float pakai aiskrim memang menyelerakan sungguh. Selamat mencuba resepi bandung float daripada Fakhira Mohd Rosli‎ di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 1 liter air masak,
  • 1 tin susu manis,
  • 1 tin ais krim soda,
  • 4 sudu sirap,
  • Ais krim vanilla,
  • Ais secukupnya.

Cara-cara :

  1. Bancuh air dengan susu sampai sebati.
  2. Kemudian tuang aiskrim soda perlahan sambil kacau laju hingga tak berbutir.
  3. Letak ais dalam cawan. Tuang susu tadi sampai penuh.
  4. Letak 1 sudu sirap di atas susu dan kacau sedikit saja.
  5. Letak 1 scoop ais krim.
  6. Siap.

9. Resepi Kurma Milkshake

kurma milkshake
Imej via Facebook

Berbuka mengikut sunnah nabi ialah makan kurma. Bagaimana pula dengan minuman kurma? Penasaran bukan? Mari tengok resepi daripada
Fakhira Mohd Rosli‎ di laman Facebook pada perkongsian di bawah ini.

Bahan-bahan :

  • 7 biji kurma (buang biji, rendam dengan 1 gelas air suam selama 2-3 jam atau semalaman),
  • 2 gelas susu,
  • Madu/susu manis secukupnya,
  • Ais.

Cara-cara :

  1. Blend semua bahan sampai sebati.
  2. Tuang dalam gelas berisi ais. Boleh carik carik isi kurma dan tabur di atas sebagai topping.

10. Resepi Homemade Laicikang Simple

laicikang
Imej via Facebook

Buat laicikang sebagai menu berbuka puasa sedap sugguh dan melepaskan dahaga. Buat sendir lebih puas makan dan keluarga pun suka. Mari coba resepi laicikang simple daripada Fakhira Mohd Rosli‎ di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 2 liter air,
  • ½ paket gula batu,
  • 5 helai daun pandan,
  • 1 keping gula melaka,
  • 1 paket halwa kundur,
  • 2 tin laici,
  • Sepeket kecil biji selasih (rendam dengan air suam),
  • 6@7 biji kembang semangkuk (basuh dan rendam dengan air suam sampai kembang),
  • Kismis secukupnya,
  • Boleh tambah kacang goreng, biji sagu besar, nata de coco, cincau dll.

Cara-cara :

  1. Masak air, gula batu, daun pandan, gula melaka dan halwa kundur sampai semua gula larut.
  2. Tutup api.
  3. Campur semua bahan. Kacau rata.
  4. Minum suam boleh, letak ais pun sedap.
  5. Siap.

11. Resepi Roti John

roti john

Imej via Facebook

Bila bulan puasa roti john adalah antara makanan paling banyak peminatnya bukan? Panjang sungguh orang beratur di bazar untuk beli roti john. Tunggu tup tup sudah azan magrib pula sudah terlepas masa berbuka. Apa kata kalau anda buat roti john sedap menjilat jari dengan resepi ‎Tengku RosElyza Raja Muhammad‎ di laman Facebook yang telah kami suntingkan dengan kemas untuk anda.

Bahan-bahan :

  • Roti john/roti oblong dibelah tengah,
  • Daging kisar ramly atau daging burger,
  • Bawang merah,cili merah, cili api,
  • 2-3 biji telur,
  • Planta,
  • Sos cili,
  • Mayonis,
  • Thousand island,
  • Timun dan kubis,
  • Sedikit garam.

Cara-cara :

1. Mula-mula satukan telur, daging, bawang hiris, cili hiris dan juga garam. Ketepikan.

2. Kemudian sapu roti dengan planta. Ketepikan.
3. Lalu sapu kuali dengan sedikit planta, masukkan daging tadi dan biarkan daging sampai masak.
4. Tekapkan roti tersebut di atas daging tadi. Biarkan sekejap baru diterbalikkan.
5. Bila sudah masak, baru angkat.
6. Kemudian letak sayur dan sos yang ada.
7. Siap dipotong.

12. Resepi Pulut Sekaya

Imej via Facebook[/caption]

Juadah berbuka puasa kali ini dihadirkan oleh ‎Ainu Zura‎ yang berkongsi resepi di laman Facebook. Nama menu ialah pulut sekaya atau tok aji serban. Cik Ainu hanya menggunakan rice cooker untuk mengukus kuih kaya ini.

  • Telur 5 biji,
  • Gula melaka 2/3 keping,
  • Daun pandan,
  • Gula 3 sudu,
  • 2 cawan santan,
  • Air agak-agak sedikit sahaja,
  • Garam sedikit,
    Beras pulut 2 cawan.
  1. Kukus dulu pulut bersama santan sampai masak dalam 20 minit.
  2. Kemudian panaskan gula melaka bersama dengan daun pandan dan biarkan sejuk.
  3. Lenyekkan pulut biar sekata dalam loyan.
  4. Kemudian pecahkan telur 5 biji kemudian campur bersama gula melaka yang disejukkan tadi (pastikan guna tangan bagi sebati kedua bahan biar berbuih telur baru cantik). Guna blnder tidak lawa kejadianya.
  5. Jika adunan sudah siap, tuangkan ke pulut.
  6. Kukus lagi dalam 35 minit terpulang.

13. Resepi Mixed Fruit Pudding

Imej via Facebook[/caption]

Menu berbuka puasa mestilah yang manis lagi menyihatkan. Juadah berbuka puasa kami seterusnya ialah mixed fruit pudding atau puding buah. Selain buah campur, puding ini pakai yogurt. Memang sihat betul resepi puding yang dikongsikan oleh CikPuan SitiMasitah di laman Facebook. Anda yang menghindari makanan berat pada waktu berbuka boleh buat resepi ini.

Bahan Puding Yogurt Strawberry :

  • 900 ml minuman yogurt strawberry,
  • 10 gram serbuk agar agar.

Cara Membuat puding yogurt strawberry:

  1. Larutkan air yogurt dengan serbuk agar agar dalam periuk dengan api sederhana.
  2. Kemudian tuang dalam acuan puding. Biarkan sejuk.
  3. Jika sudah sejuk, keluarkan puding, kemudian potong ikut garisan. Masukkan puding semula dalam acuan tapi diselang selikan. Seeloknya guna 2 acuan yang sama sebab puding ini boleh dapat 2 puding. 

Bahan Puding Jernih Buah Campuran :

  • 10 gram serbuk agar agar,
  • 250 gram gula pasir (ikutlah kemanisan sendiri),
  • 1000 ml air,
  • Buah-buahan campuran (strawberi, anggur, kiwi, oren dipotong kecil).

Cara Membuat Puding Buah :

  1. Satukan air bersama serbuk agar agar dan gula. Larutkan di atas api dapur.
  2. Sendukkan sedikit larutan agar agar ke dalam acuan yang telah kita susun puding yogurt tadi.
  3. Kemudian susun campuran buah-buahan. Tuang lagi adunan agar agar. Buat sampai habis.
  4. Kemudian sejukkan.


Nota: Seeloknya guna 2 acuan puding yang sama. Resepi ini akan dapat 2 Puding ya. Kalau ingin gantikan dengan air yogurt perisa lain pun boleh, tiada masalah. Ingin tukar dengan susu strawberry pun tidak apa. Boleh tambah pewarna ikut suka.

14. Resepi Bubur Lambuk

Imej via Facebook[/caption]

Bubur lambuk memang sesuai sangat untuk berbuka puasa. Bubur lambuk kena selalu ada di atas meja. Macam-macam versi bubur lambuk. Yang ini paling simple. Rasa tetap menang. Yang belum ada menu untuk berbuka,bBoleh intai resepi Jamal Dan Asmahandi laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 2 mug beras (rendam dalam 20 minit),
  • Daging ( ½ kg campur yang berlemak),
  • Rempah sup ( 1 bungkus kecil),
  • Santan (250 ml),
  • Lada hitam 3 sb,
  • Bawang merah 3 biji,
  • Bawang putih 8 ulas,
  • Halia 2 jari,
  • Kentang,
  • Lobak merah,
  • Daun sup,
  • Bawang goreng.

Cara-cara :

  1. Blend bawang-bawang dan halia, tumis sehingga bawang agak garing.
  2. Masukkan rempah sup, tumis sehingga rempah masak.
  3. Masukkan daging, gaul sebati dan masukkan beras.
  4. Goreng beras seketika, masukkan air.
  5. Rebus beras sehingga nampak lembut.
  6. Masukkan santan dan garam.
  7. Lada hitam serbuk masukkan juga.
  8. Masukkan kentang dan lobak merah.
  9. Bila sayur sudah lembut, tabur daun sup dan bawang goreng.

15. Resepi Ayam Percik

Imej via Facebook

Belum lengkap rasanya bulan ramadhan kalau tidak makan ayam percik untuk berbuka. Ayam percik merupakan langganan bazar ramadhan dan ramai orang beli. Anak-anak suka makan ayam percik kerana ia tidak pedas dan daging ayam pula lembut. Jom masak ayam percik di rumah dengan resepi yang dikongsikan oleh Syieda Zulida‎ di laman Facebook.

Bahan Perapan Ayam :

  • 1 ekor ayam,
  • 2 biji bawang merah/besar,
  • ½ labu bawang putih,
  • 1 inci halia,
  • 3 sudu serbuk kunyit,
  • 2 batang serai,
  • 1 sudu jintan manis (dikisar),
  • 1 sudu ketumbar ( dikisar),
  • Gula dan garam secukup rasa.

Cara-cara :

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
  2. Gaulkan semua bahan-bahan bersama ayam. Perap selama 3 jam.
  3. Kemudian boleh dibakar.

Bahan-bahan :

  • 3 biji bawang merah/besar,
  • ½ labu bawang putih,
  • 15 tangkai lada kering/ikut kepedasan (direbus dan dikisar),
  • 2 inci halia,
  • 3 sudu serbuk kunyit,
  • 2 batang serai,
  • ½  kotak santan,
  • Gula melaka (ikut citarasa),
  • ½  kiub ayam,
  • 3 sudu sos cili,
  • Gula, garam dan perasa.

Cara-cara :

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan serai, tumis sehingga naik minyak.
  2. Kemudian masukkan lada yang dikisar dan serbuk kunyit, tumis sehingga lada betul-betul masak.
  3. Masukkan sedikit air untuk cairkan kuah.
  4. Masukkan ½ kotak santan, gula melaka, kiub ayam dan 3 sudu sos cili. Biar sehingga mendidih.
  5. Masukkan gula 7 sudu (ikut citarasa), garam dan perasa. Kebiasaan kuah mesti manis baru sedap dimakan bersama ayam yang sudah dibakar.

Tips sedap, ayam yang dibakar menggunakan arang dicelup panas-panas ke dalam kuah percik untuk mendapatkan kuah yang lebih beraroma.

16. Resepi Ikan Kering Gelama Masak Gulai Kuning

Imej via Facebook

Seterusnya kami akan membawa anda menikmati menu berbuka lauk kampung. Ikan kering masak gulai kuning untuk menu berbuka. Guna pula ikan kering gelama bengkak buat gulai kuning. Makin sedap sebab letak lada solok dengan timun batang. Fuh terangkat makan dengan nasi panas-panas. resepi dikongsikan oleh Wan Muhammad Hafiz Satar di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • *4 ulas bawang merah,
  • *2 ulas bawang putih,
  • *1 inci halia,
  • *1 inci lengkuas,
  • *Cili merah,
  • *Kunyit hidup,
  • Santan (1 biji kelapa) @ 1 kotak kecik,
  • Ikan kering,
  • Asam keping (kalau ada nenas yang masam tidak perlu asam keping),
  • Cili besar,
  • Timun batang,
  • Nenas.

Cara-cara :

  1. Kisar bahan bertanda * dan tumis.
  2. Bila nampak macam keperangan boleh masukan air.
  3. Kemudian masukkan asam keping, nenas, timun dan ikan.
  4. Masak sampai mendidih baru masukan santan dan perasakan dengam garam (rasa dulu kuah sebelum letak garam sebab ikan kering biasanya masin jadi garam sebagai tambahan kalau kuah kurang masin sahaja).

17. Daging Masak Merah Ala Thai

Imej via Facebook

Antara makanan yang kita gemari bila ke restoran Ala Thai ialah daging masak merah. Tapi sebenarnya untuk buat lauk ini bukannya susah, senang saja. Kali ini kami kongsikan resepi daging masak merah versi ori yang dikongsika oleh Wan Muhammad Hafiz Satar yang belajar dengan tukang masak dari Selatan Thailand.

Bahan-bahan :

  • ½ kg daging lembu rebus empuk dengan pewarna merah (kalau tidak ada pewarna guna sos labu. Kalau ada sos labu tidak perlu letak pewarna merah).
  • 2 ulas bawang putih ketuk.
  • 1 labu bawang besar hiris,
  • 1 sudu besar cili kisar,
  • 2 sudu besar sos tiram,
  • 1 sudu besar sos ikan Thai,
  • 4 sudu sos labu (kalau ada),
  • ¼ cawan sos tomato,
  • Garam dan gula secukup rasa,
  • Kailan,
  • Kacang panjang – jika suka,
  • Daun sup/daun bawang,
  • 1 biji cili capsicum,
  • 1 cili merah.

Cara-cara :

  1. Rebus daging dengan sedikit pewarna merah hingga empuk dan hiris nipis.
  2. Tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan daging.
  3. Goreng sampai daging nampak garing sedikit kemudian masukkan cili giling.
  4. Kacau sehingga cili betul betul garing dan bolehlah di masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
  5. Masukkan pula kailan, cili capsicum, bawang besar serta cili merah yang dihiris.
  6. Sentiasa kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Tabur daun sup di atas dan hidangkan dengan nasi putih.

18. Resepi Siakap Kengsom

Imej via Facebook

Siapa pernah masak siakap kengsom? ‎Ida Zairi‎ berkongsikan resepi siakap kengsom pertama kali buat di laman Facebook. Namun begitu, resepi ini telah mendapat perkongsian amat ramai. Tidak hairan jiran sebelah rumah pun terliur hanya dengan wangi lauk ini. Sila cuba resepi yang lagi sedap dari restoran siam punya (versi tumis).

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ikan siakap, (tak potong pun tidak apa)
  • Kangkung,
  • ½  biji nanas (potong-potong),
  • Daun kesum (sedikit),
  • Pes asam jawa,
  • 1 sudu gula kabung/nisan/merah,
  • 1 sudu sos ikan,
  • Gula,
  • Garam,
  • Serbuk perasa,
  • 1 sudu minyak untuk menumis,
  • Air (agak-agak kalau ingin pekat tambah sedikit sahaja),

Bahan kisar :

  • 2 biji cili merah,
  • 10 biji cili kering (rendam air panas),
  • 3 biji cili padi,
  • 2 biji bawang besar,
  • 6 ulas bawang putih,
  • 1 batang serai,
  • 1 inci kunyit hidup,
  • 1 inci halia,
  • ½ inci lengkuas,
  • ½ sudu udang kering,
  • Sedikit belacan.

Cara-cara :

  1. Panaskan 1 sudu minyak, masukkan bahan kisar, masak sekejap.
  2. Tambahkan air tunggu hingga mendidih.
  3. Masukkan gula nisan, pes asam jawa, sos ikan.
  4. Masukkan nenas, tunggu mendidih.
  5. Masukkan ikan.
  6. Bila ikan hampir masak, masukkan kangkung dan daun kesum.
  7. Bila kangkung sudah kecut, masukkan gula, serbuk perasa dan garam.

19. Resepi Gulai Darat Daging (Tidak Perlu Menumis)

Imej via Facebook

Orang kelantan memang suka makan gulai ini sebab ia berbeza dengan kari biasa sebab rasanya yang lebih beraroma dan menggunakan rempah yang tersendiri untuk buat gulai darat. Terliur dengan gulai darat Wan Muhammad Hafiz Satar hari ini berbuka kita buat juga. Yang menarik gulai darat ini tidak perlu menumi, hanya satukan semua bahan kemudian renehkan sampai kuahnya pecah minyak.

Bahan-bahan :

  • 1 kg daging,
  • Serbuk rempah gulai darat,
  • 200 ml santan (kotak kecil),
  • ½ keping gula Melaka,
  • Asam keping,
  • 1 sudu besar kerisik,
  • Garam,
  • Serbuk perisa (kalau suka).

Bahan-bahan Kisar :

  • 4 ulas bawang merah,
  • 1 sudu besar cili kering kisar,
  • 2-3 hiris lengkuas,
  • 1 inci kunyut hidup,
  • 1 inci halia,
  • ½ sudu ketumbar.

Cara-cara :

  1. Satukan bahan kisar, rempah gulai darat dan daging. Masak atas dapur sehingga agak-agak daging kecut dan empuk boleh masukan asam keping.
  2. Setelah daging lembut masukan santan dan kacau rata. Masak sehingga kuah sedikit terbit minyak.
  3. Masukan garam, gula melaka, kerisik dan serbuk perasa kalau suka. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

20. Resepi Asam Pedas Ikan Pari

Resepi asam pedas ikan pari Imej via Facebook

Menu yang amat terkenal di negeri Melaka dan Johor ini amat sesuai dijadikan untuk lauk berbuka puasa. Resepi ini telah mendapat perkongsian ramai di Facebook yang dikongsikan oleh Sue Ninie. Jom kita tengok apa resepi nya. Jemput baca resepi asam pedas ikan pari.

Bahan-bahan :

  • 1 biji tomato potong 4
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • tangkai daun kesum
  • 3 cawan air
  • Satu senduk kecik minyak masak
  • 20 tangkai cili kering (kalo ikan Lebih, Lebih kan cili kering)
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Lengkuas sebesar ibu jari (diketuk)
  • Serai sebatang dititik

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan wangi.
  2. Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendidih.
  3. Masukan serai.
  4. Masukan lengkuas.
  5. Masukkan ikan, daun kesum dan bendi biarkan sehingga mendidih.
  6. Masukan garam, serbuk perasa dan gula sedikit.
  7. Masukkan tomato, perlahankan api biarkan sehingga pecah minyak dan sayur lembut.

21. Resepi Laksa Johor

laksa johor Imej via Facebook

Laksa johor menggunakan spaghetti dan bukan menggunakan mee laksa biasa. Kuahnya pula lebih kurang sama macam kuah laksa biasa namun lebih pekat. Tradisinya kuah laksa johor menggunakan ikan parang dan orang dulu lebih suka makan laksa johor dengan tangan kerana lebih lazat. Sila tengok resepi daripada Nur Elina Mohd Aziz di laman Facebook. Selamat mencuba.

Bahan-bahan :

  • Spaghetti,
  • 1 kg ikan selayang/kembung,
  • ¾ cawan rempah kari ikan,
  • ½ cawan cili kering yang dikisar,
  • 1 kotak santan segera,
  • 1 paket kecil kerisik,
  • Garam dan serbuk perasa.

Bahan Kisar dan Tumis :

  • 3 batang serai,
  • 2 inci halia,
  • 2 inci lengkuas,
  • 4 ulas bawang putih,
  • 2 biji bawang besar,

Ulam-ulaman :

  • Timun,
  • Taugeh,
  • Daun kesom,
  • Kacang panjang,
  • Limau kasturi.

Cara-caranya :

  1. Ikan disiang dan dibersihkan.
  2. Kemudian ikan dikukus atau direbus bersama asam keping. Carikkan isi ikan. Air rebusan ikan tadi disimpan.
  3. Kemudian kisar ikan yang telah dibuang tulangnya dengan air rebusan ikan tadi. Ketepikan.
  4. Panaskan minyak ½ cawan lalu tumis bahan kisar. Tumis sehingga naik bau.
  5. Kemudian masukkan rempah kari ikan dan cili kering yang telah dikisar. Tumis sehingga kering.
  6. Masukkan isi ikan yang telah dikisar tadi dan kacau rata.
  7. Masukkan air rebusan ikan baki sedikit tadi dan santan.
  8. Apabila sudah mendidih, masukkan kerisik pula.
  9. Masukkan garam, perasa dan daun kesom sedikit. Kepekatan kuah Laksa johor ini mengikut suka. Air kena agak-agak.

22. Resepi Bihun Goreng Tomyam

Imej via Facebook

Makan bihun goreng hari ini esok mesti teringin buat lagi. Itulah tarikan resepi bihun goreng tomyam yang dikongsikan oleh Zureena Nor Hakim‎ di laman Facebook ini. Resepi mudah sedap untuk berbuka. Selamat mencuba.

Bahan-bahan :

  • 3 keping bihun,
  • 2 biji bawang merah,
  • 4 biji bawang putih,
  • 2 sudu cili giling,
  • 2 sudu pes tomyam,
  • 1 batang serai ketuk,
  • 3 helai daun limau purut,
  • Tomato dipotong dadu,
  • Sotong,
  • Udang,
  • Garam secukup rasa.

Cara-cara :

  1. Tumis bawang merah dan putih hingga wangi.
  2. Masukkan serai.
  3. Masukkan cili giling.
  4. Masukkan pes tomyam.
  5. Masukkan daun limau purut.
  6. Masukkan tomato.
  7. Masukkan sotong, udang.
  8. Perasakan dengan garam.
  9. Masukkan bihun yang sudah direbus.

23. Resepi Satay Ayam Kuah Kacang Paling Lazat

resepi satay ayam Imej via Google

Satay dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa/buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu. Satay biasanya dimakan bersama ketupat nasi atau nasi himpit. Pada resepi kali ini kami akan mengongsikan resepi satay ayam serta kuah kacang yang sangat lazat. Resepi ini dikongsikan oleh NazLynn Ismail di Facebook.

Bahan-bahan Yang Digunakan

  • Ayam/Daging 2 kilo.
  • Bawang putih 1 labu.
  • Bawang besar 2 biji.
  • Halia 2 1/2 inci.
  • Serai 6 batang.
  • Lengkuas 2 inci.
  • Ketumbar 10 grm.
  • Jintan Manis 50 grm.
  • Jintan Putih 20 grm.
  • Kunyit serbuk 50 grm.
  • Kunyit hidup 3 inci.
  • Gula melaka 1 cawan.
  • Gula pasir 1 cawan (kurangkan jika tak nak manis).
  • Garam 3 sudu kecil.

Cara Membuat Satay Ayam

1. Blend semua bahan satay kecuali ayam.

2. Kemudian satukan bahan blend dengan ayam dan gaul sebati.

3. Rendamkan dahulu lidi satay 1 jam untuk memudahkan cucuk dan bakar nanti lidi tidak hangus.

Bahan Untuk Kuah Kacang

  • Kacang tanah, goreng dengan minyak sedikit atau tanpa minyak dan blend setelah sejuk.
  • Lada kering, blend.
  • Gula melaka.
  • Garam.
  • Gula.
  • Halia.
  • Serai.
  • Asam keping.
  • Bawang besar dan bawang putih.

Cara Membuat Kuah Kacang

1. Tumis bawang dan lada kering sehingga naik bau.

2. Masukan Kacang, gula melaka, halia, serai, asam keping, garam dan gula.

3. Akhir sekali masukkan air.

24. Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa

siakap tiga rasa Imej via Facebook

Rasa masakan ini haruslah terasa manis, pedas dan masam barulah menjadi tiga rasa tersebut. Apalagi kalau ikan yang digunakan ialah ikan siakap yang memang terkenal paling sedap dimasak tiga rasa. Lagi berselera makan masa berbuka nanti. Resepi ikan siakap tiga rasa daripada ‎Afy AL Habibi‎ di laman Facebook.

Bahan tumbuk :

  • 2 hiris halia,
  • 3 ulas bawang putih,
  • ½ sudu kecil garam,

Bahan potong :

  • ½ biji bawang merah- dadu,
  • ½ biji bawang Holland- dadu,
  • 2 ulas bawang putih – dadu,
  • 2 helai daun limau purut,
  • 2 hiris halia- hiris memanjang,
  • 3 tangkai cili padi merah,
  • 1 tangkai cili besar hijau,
  • 1 batang serai- hiris serong,
  • 1 hiris nanas- hiris dadu.

Bahan kisar :

  • ½ biji bawang merah,
    ¼ biji bawang Holland,
  • 1 ulas bawang putih,
  • ¼ sudu keil ketumbar dan jintan putih,
  • 2 hiris nipis serai,
  • ¼ hiris nipis halia.

Bahan lain :

  • ¾ sudu besar tepung jagung,
  • Minyak,
  • Daun salad.
  • 1 ½ senduk cili kering kisar,
  • 1 senduk cili sos Life.
  • 1 sudu besar sos tiram,
  • ¾ cawan air asam jawa (secubit asam jawa + ¾ cawan air).
  • 1 ¾ sudu besar gula,
  • ¾ sudu kecil garam,
  • ½ sudu besar perencah Hilal.

Cara-cara :

  1. Mula-mula perap ikan setengah jam dengan bahan tumbuk. Belah ikan ala ‘fillet’ atau ikut suka.
  2. Selepas diperap, tabur rata tepung jagung di depan dan belakang ikan untuk elak ikan melekat dan isinya lebih rangup.
  3. Goreng ikan dalam minyak yang panas dan banyak. Angkat setelah ikan garing pada kedua-dua bahagian. Terus letak di atas daun salad yang telah dihias.
  4. Sementara itu, goreng kesemua bahan potong kecuali cili dan nenas.
  5. Kemudian masukkan pula 1 senduk bahan kisar. Tumis sehingga naik bau dan sedikit garing.
  6. Masukkan cili kering kisar. Tutup kuali dengan penutup seketika. Biarkan ia pecah minyak.
  7. Tambahkan 1 senduk cili sos Life.
  8. Masukkan juga 1 sudu besar sos tiram.
  9. Masukkan air asam jawa. Kacau sekata dengan api sederhana perlahan.
  10. Perasakan dengan gula, garam dan perencah Hilal. Segala kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.
  11. Akhirnya masukkan potongan nenas.
  12. Masukkan juga sedikit cili potong.
  13. Tutup api. Siap. Kuah sedia untuk dicurahkan di atas badan ikan.
  14. Hiaskan dengan baki cili potong dan hirisan limau nipis.

25. Resepi Thai Style Meatball

thai style meatball Imej via Facebook[/caption]

Menu berbuka terakhir ialah meatball ala Thai. Meatball ini menggunaka daging dan jagung sebagai bahan utama. Tampilan meatball ini menarik dan menggoda. Sangat sesuai untuk sesiapa yang tidak makan berat sewaktu berbuka. Resepi oleh Khadijah JaafarKhadijah Jaafar di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 1 ½ cawan jagung segar – dihiris @ biji jagung frozen,
  • 1 cawan daging cincang,
  • 1 biji telur,
  • 1 sudu besar akar daun ketumbar dicincang halus,
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk,
  • 2 sudu teh lada hitam ditumbuk,
  • 1 ½ sudu besar tepung,
  • 1 sudu teh garam,
  • 1 sudu teh gula.

Cara-cara :

  1. Tumbuk bersama bawang putih dan lada hitam.
  2. Hiris nipis jagung segar.
  3. Campurkan daging, jagung, tepung, bawang putih, lada hitam, akar ketumbar, telur, gula dan garam. Gaulkan sehingga sebati.
  4. Goreng dalam minyak panas (api sederhana) sehingga keemasan. Tos dan hidangkan dengan sos cili atau tomato.

Resepi-resepi berbuka puasa di atas sedap dan menarik bukan? Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mencubanya.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi berbuka puasa, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.