Jom terokai resepi bingka kelapa. Namun berbeza dengan resepi asal, bingka kelapa ini disediakan dengan versi moden iaitu guna oven. Dimana resepi asli guna sabut kelapa semasa proses membakar kuih.

Bingka kelapa ialah resepi tradisi yang patut kita lestarikan. Bingka rasanya lembut namun ada tekstur kelapa di dalamnya yang mengejut di lidah. Sangat sesuai dihidang untuk minum petang. Juga cara membuat bingka kelapa amat mudah.

Untuk tahu lebih lagi, sila semak cara membuat bingka kelapa dengan resepi yang didatangkan daripada Adrina Lavender Taurus yang berkongsi di laman Facebook. Cara moden membuat bingka kelapa paling mudah, dengan oven sahaja. Selamat mencuba.

Resepi Bingka Kelapa Versi Oven

bingka kelapa

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 ½ cawan tepung beras,
  • ½ cawan tepung gandum,
  • 1 cawan gula (sesuaikan manis yang anda mahu),
  • 2 biji telur gred B,
  • 4 cawan air kelapa muda,
  • 1 mangkuk isi kelapa muda,
  • ½ sudu teh garam,
  • 1 sudu besar marjerin (buttercup),

Cara-cara :

  1. Masukkan gula, marjerin dan telur dalam bekas. Kacau sebati hingga gula larut dan masukkan tepung bersama sedikit garam dan air kelapa.
  2. Setelah adunan tadi sebati, tapiskan ke dalam periuk. Ini untuk memastikan tiada ketulan tepung dalam adunan tersebut.
  3. Masak adunan bersama sedikit isi kelapa dalam periuk sehingga adunan pekat. Adunan perlu sentiasa dikacau menggunakan api yang sederhana.
  4. Kemudian masukkan ke dalam loyang yang disapu dengan sedikit marjerin (buttercup) untuk mengelakkkan kuih melekat pada loyang dan memudahkan proses untuk memotong kuih.

    bingka kelapa

    Imej via Facebook

  5. Isi kelapa juga ditaburkan di atas adunan dan bakar selama 1½ jam dengan kepanasan 180’C.
  6. Atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing.
  7. Sejukkan kuih sebelum dipotong.

    bingka kelapa

    Imej via Facebook

Selamat mencuba.

Resepi Menarik Lain

Selain bingka kelapa, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.